Hari ini hari terakhir kelas dengan Mrs A. Hari yang stress sudah tamat. Alhamdulillah.. Harap kita tak jumpa lagi semester depan! Ahah.
Keseluruhannya, tolak sarkas-tik (kenapa bunyi macam ada pelawak sarkas?) Kau nak kena babap buat lawak dengan Mrs A. T__T
Mari ulang balik ayat tadi dengan lebih berhemah (eceh). Keseluruhannya, tolak bahagian sarkastik (semestinya), kelas dengan Mrs A sangat berguna dari segi praktikal. Beliau (Kita up sikit kedudukan Mrs A, memandangkan zaman penyiksaan batin sudah tamat. Lagipun, mesti puji cikgu kan? Guru ibarat lilin, membakar diri. Is it applicable for her?? Not sure dan tak mahu sure pon.) Abaikan. Ulang lagi. Repetition is the mother of learning. Minta lalu.
Beliau adalah guru praktikal yang sangat praktikal. (Heh? Kenapa kau ulang ayat sama neh?). Beliau tunjuk satu persatu tanda-tanda objektif yang ada pada pesakit. Dan beliau sangat suka tunjuk pesakit yang sangat menarik. Bukan maksudnya
good-looking ke apa. Apa kes pulak nak tunjuk pesakit yang
good-looking. Ini bukan agensi mencari jodoh. Izinkan saya lalu lagi sekali. Beliau suka mencari pesakit yang jarang-jarang jumpa. Kiranya kalau jumpa, sangat beruntunglah. Sebab boleh jumpa pesakit secara
live. Bukan setakat teori seperti dalam buku sahaja. Contohnya seperti penyakit
systemic sclerosis. Ada satu pesakit sahaja kat hospital tu. Dan pertama kali saya jumpa pesakit yang ada
Raynaud's syndrome. Menarik. Kat Malaysia semestinya susah nak jumpa, memandangkan pesakit seperti ini hanya akan tunjuk simptom jikalau mereka berada di tempat yang sejuk. Menarik. Menarik.
Cuma bila masuk bab teori, zaman penyiksaan batin pun mulalah. Salah satu peraturan dalam kelas beliau adalah, orang yang ditanya di larang sama sekali untuk melihat nota. Ohoh. Kau ingat senang nak ingat nota kalau menghadap muka dia? Tak masuk bila dia buat lawak sarkastik lagi. Cuak, tahu? Bila cuak, mestilah semua dalam otak pun black-out macam terputus sumber tenaga dan lidah pun berbelit-belit tak tahu kau cakap apa. Oh, dan beliau akan bertambah suka bila nampak orang takut dengan beliau. Seperti superior saja. Aku tahu T___T Dia memang begitu. Abaikan. Biarlah dia gembira dengan kejadian dia sebegitu.
Apapun, aku pun gembira juga sebab dah merdeka daripada beliau. Yeay, Merdeka! Kita jangan jumpa lagi semester depan nanti, OK!
Esok, mula pula dengan kelas Paediatric selama 8 hari. Dan selepas itu, CUTI !
Come baby, come to mommy!
Heh?
Kecil kecil dah cute, besar nanti nak jadi apa?
Eceh. Pandai kau posing.Adorable lah!
Sekian, aku pun nak cari baby jugak lah. Nak kumpul yang comel-comel buat penuh rumah kamera.