I'm
- Unemployed. Atau bahasa pasarnya, PENGANGGUR! Uh-oh. Sekarang saya tidak bekerja, hanya melepakkan diri di rumah atau di pusat-pusat membeli-belah.
- A housewife. Sila rujuk no 1 untuk keterangan lebih lanjut.
- 35 weeks pregnant. Tinggal lagi satu bulan untuk melahirkan anak. Ho Ho Ho. Berdebarnya!
- Heavier, bigger and hoho ROUNDER than before. Err yang bulat tu perut ye, jangan salah faham. Perutku dah semakin mengembang, seperti ada bola sepak yang baru sahaja selesai di pam anginnya. Tapi, 'bola sepak' ini boleh berubah bentuk dan sentiasa bergerak aktif, tidak kira waktu mahupun tempat. Hoho. Entah apa yang dibuatnya kat dalam tu. Haish anak mummy ni. Dah keluar nanti, siap dia mummy kerjakan! Muahahaha...
- Done with baby shopping spree. Tapi bukanlah 100% siap. Adalah 80%. Tinggal sikit-sikit je lagi. Benda yang penting sudah dibereskan.
- Story-less. Sekarang tiada cerita sensasi mahupun menarik untuk dikongsikan. Hidup saya sekarang hanya bangun, tido, makan dan menunggu saat kelahiran. Jadi, ada alasan untuk membiarkan sahaja blog ini seperti tiada penunggu.
- Out of here. Sila rujuk no 6 untuk lebih memahami. Sekian sahaja.