December 31, 2010

Burdensome

 
i hate HARSH words
i do not fancy HARSH people
though
i do certainly love HARSH brown


December 28, 2010

Tooth Eruption

Today is the day when lil princess's tooth erupts. 

My baby was born with a tooth at the front row of mandible. Tetapi ketika itu giginya masih tertanam di dalam gusi. Dan semasa last time buat appointment dengan paeds dentist di Hosp Serdang, giginya seakan terbenam semula. Jadi, tiada apa-apa tindakan di ambil. Cuma observation. Hati mummy lega juga. Itu cerita awal bulan November.

I thought the story stops here saja. Tak tahu akan di sambung secepat ini.

Sekarang cerita akhir Disember. Semalam gusi bawahnya berdarah selepas timbul blister. Bikin mummy and daddy worry saja. Bukan apa, kalau tiba-tiba doktor cakap kena buat op nak keluarkan gigi tu macam mana? Bertambah risau mummy dan daddy, takut sayang mama tak tahan di bawah pisau. 

Mungkin blister semalam merupakan petanda kepada pegeluaran gigi daripada gusi kiut beliau. Mungkin. Mungkin jeritan di tengah malam semalam adalah disebabkan perasaan sedap di dalam mulut. Mungkin juga. Semuanya mungkin sahaja. The truth? We'll never know. Bila kita tidak tahu, kita assume sahaja untuk sedapkan hati sendiri. Poor baby! 

Today shes not a happy baby. Asyik merengek sahaja. Dah jemu merengek, menangis pula. Mungkin sakit gusinya nak keluarkan gigi. Mungkin lagi. Sekali sekala bila dah lupa tentang sakitnya, dengar juga dia bersuara, ajak berbual. Bila dah bosan, kembali merengek. Semua serba tak kena. Kesian si kecil. Usia pun belum mencecah genap 3 bulan, dah merasa sakitnya nak tumbuh gigi.

Cry baby cry
 

Swing Swing

Written by Fatimah Jr. aka Huda

Yesterday was a busy day. My grandma brought me and mummy to Sogo. Yeay! I loike shopping (just like mummy). Well, the main aim was to buy Mak Usu's shoe for school. So, I'm not the main cast. Fine. But since I tag along, there must be something for me too. I cannot be outcast, just like  that. Mana boleh pulang dengan tangan kosong. Right, mummy? 

Ask grandma, says mummy. MUAHAHAHA! Inilah dia untung jadi cucu sulung.


So, lets see what I got!


My, Oh My. My Polly Swing!!


Click on the picture and swing with me


My first ride was cool, or better to say shleepyy??


My second ride was urmmm...urgghh scarry!


Just like my polly swing, my mood swings too. I can scream and  be happy in just a minute. Wallaweh!

Yesterday was tough. I was so tired from the shopping. Even though I slept and mummy carry me all the way round and about the mall, but still I'm too tired from the shopping. 

I'm tired mummy. I want to sleep. Gimme some food, mummy!

Oh wait. Ouch, I could feel there's something on my teeth. (yes! I have a teeth people. Even though I'm young, they say I'm uhurm.. matured? *blink* *blink*). 
I need to tell mummy.

Cry. Cry. Cry.

Mummy says it looks like a blister. Mummy was worried, I know.  

Gimme some food mummy and I'll be a good girl. I will go to sleep, I promise.

Sleep. Sleep. Sleep. 

Cry. Whine. Play. Cry. Whine. Play.

It's 8 in the evening. I'm still tired. I'll let mummy know. 

Mummy, comfort me!

They put me in my swing. 

Let me out! I don't want to play anymore. I want to sleep. I want to sleep. I want to sleep!

Grandpa took me out and carry me around the house. 

Way to go pap!! 

But this is not it. I want mummy. The blister has gone but now my gum is bleeding, mummy. Look at me mummy.

Cry. Cry. Cry.

Cry. Cry. Cry.

Mmummy and daddy were so worried that they took me to Hosp Selayang. The nurse in room 1 took my BP and check my temperature. 

I Like you sis, so I will give you a smile.

Our turn was 1207 and now its only 1175. Now I'm bored!

I want food mummy.

Mummy have a look inside my mouth. Oh wait, its gone. Poof! Its gone, yeay! The blood is no longer there. But daddy still wanted to see the doctor or at least get a referral letter. I'm okay, as long as my food source is beside me, always. Teehee.

Now I'm tired. Altough I'm just a co-pilot, the journey still tires me.

Mummy, soothe me!

They put me in my swing again as mummy need to eat. Mummy hasnt had the dinner yet. So do daddy.

Ok, fine. I'll be a good girl and play for a minute. Just for a minute, okay!

Play. Play. Play.

Let me out! I don't want to play anymore. I want to sleep. I want to sleep. I want to sleep!

Grandpa took me out and carry me around the house. 

Thank you grandpa for understanding me. Way to go pap!!

Now where's mummy. I want mummy. Food, food where are you?
Cry again. Cry. Scream. Cry. Scream. Cry.

Mummy try to put me to sleep. 

Ahhh heaven!

But my diaper is dirty. How can i go to sleep with dirty nappy mummy?

Cry. Scream. Cry. Cry.

Daddy and mummy change my diaper.

Play. Smile. Coo.

Sweet hunny mummy and daddy say.

Its 11pm.

SCREAM!

Huda just suddenly screams at the top of her lungs. The worst screaming ever!

Mummy was so anxious. She nearly shed her tears. Mummy and daddy tried their best to console me but it's not working.
Scream. Scream. Scream.

Grand ma was terribly sad. Everyone in the house were worried. 

I knew they love me so much. Aww!

Scream. Scream. Scream.

Grandpa console me. Not working!

Scream. Cry. Cry.

Now I'm tired from the crying. I'm shleepy.
Zzzzzz. Good night all!
 
That's all for now. Good bye people!


December 23, 2010

A Woman

I'm not a girl, am already a woman..

Kahwin dah, mengandung dah, beranak pun sudah. Jadi, status pun dengan sendirinya dinaik taraf menjadi ehem, wanita; bukan girl dah. Syukur nikmat Tuhan diberi peluang untuk merasai the amazement of being a woman, specifically a mother. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Well, here goes my labor experience...

29.09.10 (Pregnancy: 40 weeks 1 day) 

Jam menunjukkan angka 2 pagi. Perut aku rasa berdenyut-denyut. Sangkaku perut yang memulas. Aku tak mengerti hakikatnya proses kelahiran sudah bermula. Sungguh aku tak tahu. Begitu rupanya apa yang dikatakan 'contraction'.  Ye lah, selama ini hanya belajar teori di dalam buku dan soal-menyoal pesakit sahaja; bukan sendiri yang rasa. Mana nak tahu. Tidurku terganggu. Sehingga subuh, aku memang langsung tak lena. 

Jam 7 pagi. Mama sedang bersiap untuk ke ofis. Rasa berdenyut dari pagi tadi tak hilang-hilang. Sekejap datang, sekejap berhenti. Aku khabarkan pada kedua ibubapaku. Mereka mula panik. Mungkin dah nak beranak, kata mereka. Aku kurang yakin. Ye lah, daripada pembacaan aku melalui pengalaman mereka yang sudah; ada yang tak rasa sakit dan terus pecah air ketuban. Ada juga yang keluar darah. Aku? Hanya berdenyut, macam period pain yang biasa aku alami ketika 'bestfriend' datang. Betulkah itu yang dikatakan 'contraction'?

Mahu ke hospital sekarang kah? Soalan itu bermain-main di benak fikiranku. Macam tak perlu. Tanda-tanda lain belum ada. Mungkin ini hanya false alarm. Kalau pergi hospital pun mungkin disuruh pulang semula.  Membazir masa dan tenaga sahaja.

Abah memberi ruang untuk aku buat keputusan sendiri. Tapi pesan abah; kalau anak sulung, jangan diambil mudah. Aku mahu tunggu dahulu. Mana tahu sakit itu berhenti. Mama nasihatkan aku ukur jarak between contraction. Oh, benda sesimple itu pun aku tak terfikir nak buat. Huh, FAIL! Inilah padah lama meninggalkan buku. Manusia kan mudah lupa. Tak gitu?

Abah pergi hantar mama ke ofis. Tinggal aku berdua dengan teman setiaku, en husband. Kami bersiap-siap. Mandi dan menyiapkan diri. Beg hospital dah lama siap. Diusung ke sana ke mari di dalam kereta. Aku timing jarak antara rasa berdenyut. Ada 8 minit, ada 10 minit, ada 5 minit. tak tentu. Aku masih dalam 1st stage of labor, latent phase.


Jam 10 pagi. Selesai bersiap aku mengajak suami ke hospital putrajaya konvoi bersama abah. Mama di maklumkan. Mama berkira mahu meminta cuti, kot-kot la si kecil kat dalam tu nak keluar hari ni. Aku pula rasa bagaikan sedang bermimpi. Betulkah aku dah nak beranak ni? D-day has come! Hoho rasa diri macam dah matang sebab dah nak beranak. Haha! Boleh ke macam tu?


Sepanjang perjalanan, aku pohon dipermudahkan segalanya. Tiba di perkarangan hospital, En suami drop aku depan dewan bersalin dan proceed untuk mencari parking. Penuh parking kat hospital ni. Kang kalo parking merata kena saman pulak. HAish.

Aku ke kaunter untuk mendaftar. Cuak juga manalah tahu kot-kot la dia tak mahu terima sebab aku buat check-up di KK BBBangi. Karenah birokrasi. 
Ingatkan susah nak masuk hospital putrajaya, rupanya senang saja. Aku di bawa masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Berat ditimbang, BP diambil. Urine diambil. Seterusnya TCG untuk detect fetal wellbeing. Lama aku terpaksa baring di situ. Husband kat luar dah tak senang duduk. Haha. Takut dah terberanak kat dalam. 
Tiba-tiba aku dengar suara familiar. Mc Jue! Haha banyak-banyak tempat, hospital jugak jadi tempat jejak kasih. Mc Jue sedang posting O&G di Hosp Putrajaya. Jue offer untuk buat VE tapi aku menolak. Hohoho, segan la diseluk member sendiri. I shy la you! Sempat berborak sebentar sementara menunggu HO lain membuat VE aka seluk menyeluk. 
Punyalah berdenyut rasa perut aku ni, rupanya baru 2cm dilated. Masyallah! Jauh lagi perjalanan aku. Disebabkan aku mengandung anak sulung, aku sepatutnya di admit ke wad. Malangnya, wad sangat penuh. Tiada katil kosong. Aku diberi pilihan untuk ke hosspital lain; Kajang, Serdang atau mana-mana hospital yang berdekatan. 
Kajang?? Better not! 
Serdang? Maybe penuh. Maybe saja, tak confirm. 
Suami mencadangkan kami ke Hosp Selayang. Aku tak setuju. Jauh! Tambah pula perut aku sedang berdenyut. Mana selesa berada dalam kereta lama-lama.

Aku buat pilihan untuk di discharge. Petang nanti bila contraction semakin kerap atau air ketuban sudah pecah atau ada blood drops, aku akan datang semula ke Hosp Putrajaya. Itu planningnya. 
Mama, Abah dan en Husband setia di luar, menunggu dengan penuh debaran. Aku khabarkan planning aku. Kalau boleh aku nak bersalin di hosp ini. Untung bersalin di sini, dapat privilege urut dan bertungku percuma selepas bersalin. Wad pun selesa. 


Jam 12 lebih. We split. Abah hantar mama ke ofis semula. Mama tak jadi cuti, maybe ambil half day memandangkan jauh lagi perjalanan aku nak bersalin. To progress from 2 cm until full dilation bkannya sekejap. Entah-entah esok baru aku bersalin. Aku dan suami pulang semula ke rumah. Kami singgah lunch sebentar. And the contraction still ongoing sepanjang petang. 
Mc Jue the informer memaklumkan bahwasanya bukan sahaja wad yang penuh, malah labor room juga. Ramai pula orang nak beranak hari ni. Apa kes? Tak pernah-pernah penuh sebegitu. Last time semasa aku buat praktikal di Hosp Putrajaya pun labor room lengang je. Hairan aku.
Jadi, plan terpaksa ditukar. Hosp Putrajaya dah kena cancel out of list. Next adalah Hosp Serdang.


Jam 7 mlm. Mama dah tanya bila mahu ke hospital. Contraction masih irregular. Aku rasa aku masih berada dalam latent phase. Jadi, aku berkira untuk ke Hosp Serdang selepas maghrib. Dah solat, sedap sikit nak keluar. Selesai solat, kami bergerak ke hosp Serdang. 
Alhamdulillah, dewan bersalin lengang. Tak ramai orang. Selesai daftar seperti pagi tadi, aku di bawa ke bilik pemeriksaan. Prosedur yang sama dilakukan. Bukaan hanya 3cm. Tapi aku perlu di admit memandangkan aku anak sulung. Aku diminta menyalin baju hospital. You, PINK! Ya aa aww!
Semua barang aku tinggalkan kepada husband. Memang tak boleh bawa naik pun.


Jam 8 lebih. Aku di bawa naik ke wad oleh nurse bertugas. Seronok betul disorong, tak perlu jalan jauh-jauh. Memandangkan masa melawat dah tamat, hanya en suami dibenar naik ke wad. Huhu sedih betul tak ada orang boleh teman. Jadi, terpaksa la aku tidur sorang-sorang malam ni :(
Malam-malam biasanya aku akan rasa lapar. Bawa perut la katakan. Rasa nak makan tu memang sentiasa ada. Aku minta mama belikan air dan roti kat kiosk di bawah sebelum pulang. Kemudian, Suami pun turun ambil makanan dengan mama dan lepak dengan aku di wad sebentar sebelum di halau oleh pak guard. Uhuh. Kacau daun betul minachi ni! En Husband pun berat hati nak tinggal aku sendiri. Dahlah tengah sakit, kena pula tidur sorang-sorang.
Bila semua orang dah pulang, aku solat isya' dan cuba untuk tidur. Dari pagi aku tak lena tidur. Mengantuk, letih, semua ada. Plus sakit yang tak hilang-hilang. Berat sungguh dugaan mu Ya Allah.

Jam 10 mlm. Nurse di wad datang cek. Ambil BP. Pesan dia, kalau sakit nanti jangan segan nak panggil dia. Makin larut malam, perut aku semakin kuat berdenyut. Semua posisi sudah aku cuba untuk hilangkan rasa sakit. Baring mengiring, duduk, berdiri. Tapi sakit tak juga hilang. Nak panggil nurse ke? Tapi, mata aku makin berat. Aku cuba baring semula.

Serangan sakit berdenyut datang lagi. Ya Allah, sakitnya! Last-last aku cuba tidur sambil duduk. Hilang sedikit rasa berdenyut. Tapi sekejap je hilang, tak lama kemudian, sakit datang balik. Aku tak senang duduk. Memang tak dapat nak lelap. Nurse pula datang pesan suruh aku tidur. Kalau tak rehat, macam mana nak meneran esok, kata dia. Tapi, siapa boleh tidur kalau perut tengah berdenyut. Ye tak?


Jam 3 pagi. Makin lama, makin kuat berdenyut. Ya Allah, sakitnya hanya Dia yang tahu. Aku memang dah tak tahan sangat. Nak tidur tu memang tak la. Tiba-tiba nurse datang katil aku. Sakit ye dik?, tanya dia. VE dibuat lagi sekali. Bukaan sudah 4cm. Maksudnya aku sudah boleh dibawa ke labor room/ Yang seronoknya ini bermakna en husband sudah boleh menemani aku. 
Aku diberi suppository untuk membuang air besar. Kemudian di bawa turun ke labor room oleh nurse bertugas. Suami dimaklumkan. Beliau sudah on the way ke hospital. Yay! Aku tidak bersendiri lagi.
FYI Hosp Serdang adalah suami friendly hosp. Jadi, para suami boleh menemani isteri sepanjang proses bersalin. Labor room pula memang besar. Seorang satu bilik. Setiap bilik di lengkapi dengan peralatan lengkap. Selesa nak beranak kalau macam ni.

Selesai dengan beberapa prosedur, aku dibiar di labor room; waiting for the dilation to progress. Suami datang teman aku. Di labor room, memang aku lost track masa. Mataku dipejam rapat, cuba untuk mengganti semula tidurku yang tidak berapa nak lena sejak hari semalam. Sekejap terlena, sekejap terjaga. Bila sakit datang menyerang, aku terjaga. Kuat aku genggam tangan suami. Sakitnya tak terperi. Memang susah nak digambarkan. Subhan'Allah! Berat dugaanMu Ya Allah. Aku hanya mampu bersabar.

Masa terus berdetik. Saat demi saat, minit demi minit. Bilamana saja ada prosedur yang perlu dilakukan, suami di minta keluar. Barangkali staff tak mahu di ganggu ketika bekerja. Seriously, aku tak tahu berapa kali di seluk.
Sekejap-sekejap, datang nurse untuk periksa. Bila dah tak tertahan, nurse menawarkan gas tahan sakit. Bila saja datang sakit, sedut dalam-dalam sehingga hilang sakit. Itu cara yang sebetulnya. Nak tahu aku sedut macam mana? Datang saja sakit, aku sedut dalam-dalam sekali. Then, biar sakit tu hilang sendiri. Memang la tak hilang kalau sedut sekali macam tu. Lama-lama aku termuntah. Mana taknya, kalau setiap 5 minit datang sakit, setiap 5 minit tu la aku sedut. Dah termuntah tu baru la ada nurse yang datang ajar cara sedut yang betul. HahaAmikKau. Buat malu muka sendiri saje! Nasib baik orang tengah sakit kan, rasa malu tu dah tercampak jauh-jauh.


In the mean time pun ada specialist datang meronda tapi yang tak bestnya, bersama student! Aksi seluk menyeluk of coz la dibuat di khalayak ramai aka student. Huhu. Malu memang malu. Tapi mari aku repeat lagi sekali; orang tengah sakit kan, rasa malu tu memang dah tercampak jauh-jauh. Lantak la apa pun. Bukannya boleh nak halau mereka kan. Kang tak ada pula orang nak assist aku beranak nanti macam mana. Ha, beranak la kau sorang-sorang; tadi sombong sangat kan.

Disebabkan aku dah lost track of time, aku tak pasti lah bila dan pukul berapa. Aku macam ingat-ingat lupa. Yang pasti, ada nurse datang terang bila aku akan disuruh teran. Aku? Angguk-angguk saja. Faham ke tidak tu suku kira. Sakit sayang oii! Malas nak melayan orang.
So, bila aku boleh teran?? Only when the dilation is 10 cm. Kenapa? Sebabnya ini adalah anak sulung; sepatutnya 8cm dah boleh mula. Disebabkan ini adalah anak sulung, automatically lah kau tak akan pandai nak meneran; ehem kecualilah kalau engkau ada pergi kelas meneran, itu bagus tapi out of topic la kan. So, bila kita tak ada pengalaman nak meneran ni, memang kita tak reti lah nak meneran. Jadi, tak perlulah kau nak start meneran kalau bukaan hanya 8cm, kesian anak. Lemas nanti! Kepala pun boleh jadi lonjong, kesian anak tak cantik kepala dia nanti. Hoho.

Yang paling aku tak boleh lupa, insiden menginsert cannula oleh HO. Mak aih! Orang dah la tengah sakit ni, boleh dia insert entah hape-hape. Huhu. Kalau tak sure, jangan la buat kan. Naya orang. Sakit tahu! Kebas tangan dengan darahnya memancut-mancut keluar. Dah tak berjaya, terpaksalah buat belah kiri pulak. 2x tau kena buat. Nasib baik tak kena maki dengan mak buyung ni. Alhamdulillah iman aku masih ada.

And the pain still come and goes. Bila sakit, kuat-kuat aku genggam tangan suami. Sabar! Sabar! dan Sabar! Itu sahaja yang aku mampu. Semoga Allah terus permudahkan. Sesekali gas tahan sakit aku sedut. Alhamdulillah, selang beberapa ketika ada Nurse offer utk inject ubat tahan sakit. Aku cuba melenakan diri, mengumpul tenaga untuk bersabung nyawa seketika nanti.


Aku tak pasti sudah berapa jam aku di labour room, tapi yang pasti hari sudah cerah. Bukaan sudah mencecah 6cm. 4cm to go! Air ketuban aku dipecahkan untuk mempercepatkan bukaan. Dan aku ditinggalkan lagi.

Ya Allah, permudahkanlah. Permudahkanlah Ya Allah. Permudahkanlah Ya Allah. Permudahkanlah Ya Allah.

Selang beberapa ketika, nurse datang lagi memeriksa pembukaan jalan. Sudah berapa jam aku ditinggalkan sejak air ketuban dipecahkan but the progression is somehow a bit slow. So, aku diberi ubat utk cepatkan bukaan. Memang bagus ubat itu boleh percepatkan bukaan. Huhu tapi, yang tak seronoknya, ubat itu akan menyebabkan sakitku bertambah. 

Subhan'Allah! Subhan'Allah! Subhan'Allah! 

Contraction menjadi semakin kuat. Sekejap-sekejap aku sedut gas tahan sakit. Sekejap-sekejap tangan suami aku genggam erat. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah!

Bukaan sudah mencecah 8cm. Masih ada 2cm sebelum aku dibenarkan meneran. Tapiii...aku rasa macam nak berak. Sorry for the rude description but that's really how I felt. Nurse tak bagi teran lagi tapi rasa macam nak berak yang tak dapat nak ditahan dah. Memang rasa macam nak keluar dah. Seriously tak tipu. Nurse bagi peluang aku utk teran. Kalau aku pandai, dia akan proceed. Kalau tak dia akan tunggu until 10cm.

And guess what, alhamdulillah Fatimah Huda safely arrived at 9.50am. Phew! I'm tired.





Thank You Allah for your amazing, priceless GIFT!