June 17, 2010

One Last....

....Paper

One last paper, that is. Bukan one last breath lagi. Isnin nanti. Bukan sekarang. HAHA. 
Aaa tak sabar nya nak habis exam, pastu boleh tutup buku buat...err selama-lamanya ke? Buku resepi kena buka jugak, kalau tak macam mana nak masak. HAHA lagi. 
Lagipun, kalau otak berkarat nanti macam mana? Siapa nak gilapkan. Nak harapkan berus besi kat dapur tu? Kompom tak ada efek, erghhh bertambah kecai otak adalah. HAHA engkau mengarut apa neh @_#

Seronok, seronok. One last bumper, and I'm good to go. Err go where? Go anywhere. Ke tandas (urrggh macam takde tempat lain), ke pasar beli ikan dan dot dot dot. Go lah anywhere pun. ISA pun boleh. Bukan tempat tahanan tu eh. ISA kat sini maksudnya 'Ikut Suka Ai'. HAHAHAHA.

Dahlah. Aku merepek je, tak ade perkembangan otak langsung. 



Kenangan itu.


  Zaman yang bakal berlalu.


My 'Edward Cullen' *wink* *wink*



Thinking back, i seriously didn't know how i managed to get through all these. 
A mountain of materials to revise with a load of stress, how is it even possible?
Thank You God for easing all the way through this. 
Thank You Beloved Husband for the support and the comfort you gave me. 
I'm happy I'm almost there. 
It's never been easy for me.
And with the precious 'gift' You gave us, I feel so blessed.
Alhamdulillah.
Thank You, dear Allah.

June 09, 2010

And so I survived!

Another one down. Alhamdulillah!

Nota surgery dah boleh buat bungkus nasi lemak. Bungkus sayur goreng pun boleh jugak. Haha. Semalam sangat ramai orang yang lepas tapi macam cukup-cukup makan je. Ramai sangat yang dapat 3 with warning. Kalau dapat 2 tu memang bye-bye lah! Datang saja jawab exam tahun depan pulak. Hoho. Scary!
Katanya cikgu strict la, ada soalan yang tak ada dalam list; dan macam-macam la. Gerun tahu, gerun dengar orang cakap macam tu. Time tu, I was like ada sedozen lagi soalan nak cover kot. Dari dua hari lepas memang aku tak boleh nak baca buku. Hyperactive dah habis internal. T___T Padan muka. Main-main lagi. So, aku ingatkan boleh la main redah saja surgery kali ni, dah exam ke-3 pun kan. Lagipun, surgery je. Ahah! Sekali, hapa??? Ramai dapat teruk?? 
Punyalah kami semua ingat internal exam yang paling scary, rupanya kami sedang bermimpi di siang hari. Surgery lagi gerun la weh! Bila 1st batch balik je, ramai yang kompen ini dan itu. Hah. Memang cuak dan bercelaru la kan. Sampai baby pun tergaru-garu (Hoh!).

Pagi tadi pun sengaja aku keluar lambat. Biar boleh jawab last-last. Konsepnya, bila dah last cikgu akan penat. Bila cikgu penat, cikgu tak tanya banyak. Ahah. Apa punya konsep da..!
Baru je sempat duduk berapa minit (ehem-ehem pun tak sempat panas lagi) cikgu dah panggil suruh masuk. @_@ Naik lagi atas cepat-cepat, kan dah kena panggil!
Alhamdulillah, hari ni rezeki murah. Dapat tiket yang senang. (Tapi, jawab macam blerggghh jugak. Aiyoo!) Dah tu, ramai lagi yang masuk lagi awal daripada aku, aku jugak yang nak kena pergi jawab dengan cikgu dulu. Tak sempat nak perah jus otak banyak-banyak lagi la cikgu! Aishh. 


Setelah beberapa minit aku merapu-meraban di hadapan examiner V (yang botak. haha! Ada orang cakap dia hansem? Hairan aku), lepas la aku daripada cengkaman surgery. Alhamdulillah. Situasi hari ini tidaklah se-ngeri semalam.


Next stop, makan! Pergi makan tu cerita biasa, yang aku nak cerita ni perkara luar biasa sikit. Sepanjang 6 tahun aku berada di Russia, inilah first time ada waitress approach kami dan tanya;

Kenapa foreigner selalu tak pernah tinggal tips bila makan kat kedai sini ye?

Sebab kamu semua selalu order banyak-banyak, jadi kami selalu kena banyak ulang alik. Tapi, bila bayar tak pernah pun tinggalkan tips.

Negara kamu memang tak ada custom tips ke?


Nasib baik la mood kami baik hari ni. Dan En Husband pulak baik hati orangnya. Instead of lawan balik, En Husband tanya balik dia macam mana dan berapa amount yang kena tinggalkan. Kalau aku pergi makan dengan geng perempuan, memang dah kena kutuk gila babeng dah waitress tu. First time aku encounter waitress yang ada guts to tell face to face. Berani.


Jadi, moral pada hari ini: Tinggallah 10% tips untuk waitress jika anda makan di restoran ye rakan-rakan!

June 06, 2010

Lega itu bukan sejenis LEGO

Lega itu adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Lagi satu exam tumbang; as in dah habislah. Bukan seperti pokok tumbang. Lega yang amat. Amat lega. Lega sangat. Lega sangat-sangat!! Ok dah. Full stop. Dah tak perlu ulang lagi! Dari semalam kot asyik tak keruan. AHAHA. Tak keruan sampai mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Eceh, macam musim bercintan dolu-dolu. BLERGGHH bosan gile pernyataan macam ni.

Alhamdulillah. Lega sangat dah tumbang subjek internal medicine. Lega ok. Mari kita mengulang lagi. Lega. Lega. Lega! Kiranya dah boleh la kalau nak iktirafkan diri sendiri jadi doktor dah. Kuang kuang kuang! Pengiktirafan daripada diri sendiri je lah yang layak. Lesen pun tak ada lagi. Lesen cap kopi je yang boleh. Ke orang panggil lesen terbang. Masuk spital nanti memang macam nak kena ketuk dengan specialist; tak perlu specialist pon, MO pun macam nak siku. Aku rasa. Sebab ilmu di dada macam belum mencukupi. Entah macam mana nak selamatkan nyawa orang. Ah takut lah nak jadi dokter mude. Aku resah juga. Seperti ada banyak potensi nak kena buli, nak kena maki dan macam-macam daki. Urghh gelis!

Bakal dokter mude dan ehem seorang bakal ibu muda (ahah. Nak jugak!)

Pertandingan mencari jejaka hensem. 
Pilihlah mana satu pilihan kalbu; kecuali err yang ke-3 dari kanan. 
Yang itu tidak available ye, harap maklum.. Biasa dia tuh!


Apa-apa sajalah. Buat masa sekarang, aku hanya nak jadi ibu muda. Tak mahu fikir tentang dokter mude lagi. Fokus satu-satu. Bukankah itu salah satu rahsia kejayaan err rumah tangga dan tangga-tangga? HAHAHA. Boleh juga kalau nak buka kilang mengumpul skuad bola sepak keluarga ni. Best best. Saya suka.

Dari kiri; jejaka yang tidak lagi available bersama seorang bakal ibu mude. 
Usia kandungan hampir mencecah 22 minggu. 
Baby tak nampak sangat, dia tengah menyorok. 
Dia shy la youu! Like mother like baby la :P


Selingan dihari minggu.

Kahwin muda; as in semasa sedang belajar dan dikelilingi rakan sebaya yang masih muda remaja memang lain persekitarannya, kalau nak di bandingkan dengan kahwin pabila sudah stabil dari segi akademik dan ekonomi. Maksudnya dah habis belajar dan ada kerja la, senang cerita. Homaigod! Mereka macam sangat excited terlebih. Dulu, masa mula-mula kahwin, macam-macam soalan diorang tanya. Soalan yang macam mintak nak kena siku tu tak payah cakap, memang banyak. So called FAQ lagi. Rimas memang rimas. Tension tak perlu cakap. Tapi, tak mengapalah. Aku tahu mereka curious. Aku sebenarnya tak kesah kalau nak jawab sebiji dua soalan. Tapi kalau dah banyak sangat yang dok menanya, tambah pula seorang dua yang tanya soalan yang macam urgghhh ('eh silalah siku saya bila saya tanya soalan ini'), memang la aku rimas. Bukankah itu satu tindak balas bukan kimia yang biasa daripada seorang manusia? AHAH


Time passed. Sekarang mula siri baru pula; musim peknen! Jadi, cycle FAQ bermula lah lagi sekali. Jenuh tahu nak menjawab satu-satu soalan. Macam artis gitu. Aww! Gediks. Nasib baik kali ini soalan-soalan berciri alien dah tak ada, kalau tak jadi elmo lah aku. Ini kan ibu mengandung. Tak tahukah kamu ibu yang hamil senang nak jadi elmo? Well, blame the hormone la weh. HAHA. Rutin sekarang adalah abdominal palpation. Leopold's Manuever tak boleh nak buat lagi. Dah jadi bahan eksperimen la anakku. Ibunya pula menjadi pesakit pertama boleh berbahasa Melayu di Russia. Walaweh! Itulah dia adat berada dalam persekitaran 'Student's life'. Nasib nasib. Itulah dia namanya pengalaman. Pengalaman yang tak boleh kutip kat tepi jalan. Kali ini sahaja.

Oklah. Kena pergi belek buku surgery pula. Me no likey lah. Surgery is just not my forte. 

Mari baby, kita pergi ulang kaji.. (Tetiba) :P

June 02, 2010

Welcome June

Jun, bulan kritikal. Banyak perkara yang bakal terjadi; perkara yang penting, soal hidup dan err hidup saja kot. Full stop. Mati belum lagi. Yang itu memang sudah confirm, tak perlu bimbang. Persediaan diri saja yang perlu dititik dan diberatkan. 

Final exam yang menentukan nasib di masa depan, ketibaan keluarga dan sanak saudara dari tanah air (yang ini memang memeningkan kepala. Banyak orang dan banyak hal), hari bergraduasi, percutian bersama keluarga (dan kami adalah event manager. Hoh!), pengemasan barang yang super-banyak sekali (dan memeningkan kepala juga) dan yang paling penting kehadiran orang baru; keperutan bertambah kebesaran hari demi hari. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan semoga bayi membesar dengan sihat.

Baru tadi, dah habis satu exam. Alhamdulillah. Boleh dikatakan bertuah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan. Walaupun dapat soalan yang tak ter-baca, tapi masih boleh menggoreng-goreng seperti menggoreng nasi goreng di dapur. Rasanya, memanglah kurang oommphh sikit. Tak cukup bahan la katakan, tapi tak mengapalah. Yang penting hasil akhir; nasi goreng jadi nasi goreng dan bukan bermutasi menjadi mee goreng. 

Lagi 3 hari, lagi satu exam menunggu. Oleh sebab itu, laporan tamat di sini. Sekian sahaja.

Semoga bulan Jun anda semua riang gembira sahaja!