March 30, 2011

I am six. What about you?


































Happy 6 monthiversary dear baby. Mummy and daddy love you sooo much. Semoga anakanda membesar menjadi seorang khalifah Allah yang berjaya dalam hidupnya di dunia dan lebih lebih lagi di akhirat kelak. Semoga Allah sentiasa memberkati seluruh kehidupanmu. Insh'Allah. Amin.
FrOm My iPhOnE fOuR -

March 29, 2011

Roman-tique

Candle light dinner, surprise gifts, a bouquet of roses, lovey dovey cards. You name it. Man, they make your heart melts. Completely melt. Isn't it? 
Well, would you say no to a candle light dinner treated by Mr Husband? Can you resists when you saw a surprise gifts waiting for you on your dressing table? Or a bouquet of good-smell-red roses with a lovey dovey card? Boy, they are romantic. Very the romantic. HAHA!
Sure they do. They always happen err not to me, but only in movies. Well most of them i should say. Maybe you lucky people get them often, who knows. Err mine not that kind of romantic though. His roman-tiqueness is different, not the above kind.
Me? I'm not that roman-tique kind of woman (auww) too. HAHA! But I do like that idea of roman-tiqueness, though. They make my heart beating fast and my jaw drop and maybe drooling too.
Yes, we are not a roman-tique couple. We have our own styles. We have our own definition of roman-tique. Different people have different definition of roman-tique, right? Lets define ours!

Romantis pada pandangan saya adalah bila.... (isi tempat kosong)
  1. tiba tiba tangan di sambar ehem suami. Sentap! Hehe rasa romantis bila tiba-tiba saja hubby sambar tangan ai (auww) dan kami berjalan sambil berpegangan tangan. Haha tapi tahan sekejap sajalah. Dah lama, rasa rimas. Ha ha ha. Kan dah buat pengakuan terbuka tadi. SAYA BUKAN SEORANG YANG ROMAN-TIQUE!
  2. dapat melakukan aktiviti secara berdua-duan, bukan solo. Masak berdua, basuh pinggan berdua, makan berdua, kemas rumah berdua, menguruskan anak berdua. Dua dua dan dua. Didnt i tell you my favourite number is nombor dua. :) 
  3. kalaupun no 2 tidak dapat dicapai, sekurang kurangnya bila semua kerja dapat digandingkan bahu; rasa ermm romantis? Aii macam tak kena. Contoh isteri basuh kain, suami pula mandikan anak. Isteri jemur baju, suami pula kemas bilik. Kan romantis gitu. Suami selalu menolong isteri. Kan kan kan?
  4. suami isteri sembahyang berjemaah. Part paling saya rasa amat romantis adalah bila baca doa sama sama dan bersalaman lepas solat. Fuh. Tambah pula adegan suami cium dahi isteri. Memang lentoQ!
  5. dah lupa nak tulis apa
  6. idea dah hilang tiba-tiba. tadi rasa macam banyak nak tulis.
  7. rujuk pada no 6 dan7
 Just my two cents. Sekian sahaja.
- FrOm My iPhOnE fOuR -

March 28, 2011

Alone. They left me

SOB SOB..

Cerita hari Sabtu 

Pada hari Sabtu yang indah, daddy telah ke tempat kerja. Mummy dan Huda pula sambung tidur semula lepas hantar daddy ke tempat kerja. Daddy telah di kerah untuk buat atas-panggilan (read: on -call). Jadi, hujung minggu kali ini kami akan berhabis masa di Bangi; rumah aki dan wany.
Hari ini, kami (read: mummy, Huda, aki dan wany) ada jemputan kahwin di Shah Alam. Rumah kawan wany. Kami bergerak jam 12 lebih lepas ambil aki di tempat dialysis. Cuaca hari ini sangat panas. Nasib baik mummy pakaikan Huda topi. Kalau tak habis la muka aii youu, sunburnt! Auw!!
Hari Sabtu minggu lepas pula, atuk dan wan opah bawa Huda dan mummy berkenduri di Melaka. Jauh kan. Huda rasa macam femes pulak. HAHAHA. Kecil-kecil lagi dah merata tempat Huda merasa gulai kenduri. KIH KIH KIH
Owh ya! Mummy telah menerima lagi sepucuk surat cinta dari KKM. This time, it's real. Tak main-main dah kata mummy. Mummy akan terima surat cinta itu. Sob sob nanti siapa nak main dengan Huda pagi-pagi, mummy?

Cerita hari Ahad dan Isnin 

Hari Isnin Huda adalah hari yang indah juga kerana daddy ada bersama. Daddy tak kerja. Daddy ponteng T___T Dadddy kata daddy sangat penat. Exhausted. Hari Ahad adalah hari postcall daddy tapi daddy asyik ke sana ke mari, tak cukup rehat. Habis saja atas-panggilan, daddy terus pecut dari Hosp Selayang ke BBBangi untuk bertemu mummy dan Huda. HAHA. Daddy, mana boleh jauh jauh dengan mummy dan Huda lama-lama. Kan daddy? HIK HIK HIK
Jadi, sebab itu daddy berasa amat penat. Kalau dah nama on-call berapa jam sangat lah daddy sempat tidur, kan? Dah la jaga wad kardio pulak tu. Kesian daddy. Meh sini daddy, Huda kish...MUAHH!

Hari Ahad banyak dihabiskan bermalasan di rumah. Aki dan Wany dah bertolak ke Terengganu dari pukul 8 lagi. Tinggal lah Huda, mummy, daddy dan ayah long di rumah. Ayah long tak kerja tapi mungkin dia ada 'date' kot, jadi tengah hari lagi ayah long keluar naik motor besar dia. Vroom vroomm. Bila ayah long nak bawa Huda jalan-jalan naik motor besar nih?

Petang, lepas dah puas bermalasan di rumah kami pun bertolak pulang ke Taman Jasa. Dalam perjalanan kamisinggah sebentar di OU. Seperti biasa, tempat lepak feveret mummy dan daddy T__T
Sekarang Huda nak cerita tentang hari Isnin pula.

Bersempena dengan ketidak-hadiran daddy ke tempat kerja, mummy mengajak daddy untuk ke klinik. Mummy perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikerah ke tempat kerja. Jam 2 ptg, kami bergerak ke klinik Rahim Omar & rakan-rakan yang bertempat di Kompleks Daya Bumi. Ada lah dua tiga kali juga pusing sebelum sampai di destinasi. Mummy dan daddy ni, memang. Suka sangat pusing-pusing sebelum nak sampai ke satu-satu tempat. Bangunan dah depan mata dah, boleh pulak terlepas simpang. Adeh T__T Semalam dah pusing-pusing dulu sebelum sampai ke OU. Suka betul mummy dan daddy main pusing-pusing yer! Adeh lagi T__T

Atuk dan wan opah juga datang ke klinik. Wan opah pun nak jumpa doktor. Wan opah sakit, nak minta ubat. Wan cepat baik, ya T__T
Selepas mummy dan wan opah selesai jumpa doktor jeng jeng jeng..Huda dibawa pulang ke rumah oleh wan opah.
Mummy dan daddy pergi jalan tak bawak Huda. Uwaaa T__________T



March 24, 2011

Just a story to tell : Her that she did not want to be

the girl breathes deeply. there is something there, inside her heart, that feels like a burden. and causing her unhappiness. something. something at the bottom of her heart and it feels, not right. something that she did not know what, but subconsciously affects her behavior. that something could be anything. and that anything is bothering.

"why oh why, my heart?" she asks herself.

"what is wrong with you, oh my heart?" she asks repeatedly.

she just could not find the answer. she takes a deep breath and exhales sharply.

there is a lot of things that she thinks are not right, happening around her. just around her, in a circle. the attitude, the thinking, the words, the habit, the environment. most of them are negative. negative ambience, not positive. things that she did not favor. things that she certainly dislikes. things that she wish, she would not do anytime in future. they are not that bad but they may influence the surrounding, to be bad.

people see things differently from different ANGLES
people see things differently from different PLACES
people see things differently from different ROLES

well, say hello to mr perception. he made us view same thing, differently.

and from her angle, her place and her role right now, she just wish she would not turn out to be that him, this him, her or her. they are not bad, they are just not 'that' good. she wish she could be better. way far more better.

years from now, she would grew older too. one thing that she hope; she would not turn into her. she wish she would not.

"be strong dear heart. this road is a tough one," she whisper to herself and continue her dreams.

March 23, 2011

Practice Makes Perfect

doing something over and over again is the only way to learn to do it well. practice, practice and practice, and all is well. practice makes perfect.

March 22, 2011

Daddy and his story

Hari ini daddy berkerja, as usual. Semalam daddy bercuti. Bukan suka suki mahu bercuti, tapi daddy perlu cuti untuk ke HKL. Dan bila daddy cuti, kami juga secara tersendirinya akan bercuti juga. Mummy bercuti dari kerja tiap-tiap hari mummy dan baby pula cuti dari haha solid food nya. Dah dua hari baby bercuti, semua gara-gara kami ke sana ke mari. Hari Ahad, kami ke Bangi. Jadi puasa solid food sehari. Semalam pula hari Isnin, kami ke Midvalley mencari working attire mummy. Jadi, cuti lagi sehari. Hari ini mummy berhasrat untuk membuka puasa baby dengan lobak manis. Hasratnya memang tinggi, harapnya menjadi lah. Bukan takat menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja.

Habis perenggan intro. Masuk kepada main story: kenapa daddy ke HKL.

Daddy telah di diagnos dengan nasal septum deviation oleh lecturer ENT kami; Mr Yuri Aleksevich sejak kami berada di tahun 4 di NNSMA lagi. Sebab itu malam malam daddy akan selalu errr 'menyanyi' ketika tidur. Memang tiap tiap malam, tidur mummy di ulit oleh 'alunan indah' daddy. Tiap tiap malam. Tak pernah miss. Indah! Kamu ada? HA HA HA.

Jadi, dah lama kami maklum tentang keadaan tersebut. Tapi, tiap kali balik Malaysia mesti tiada kesempatan nak ke klinik dan seterusnya membuat rawatan. Bukan alasan, memang tiada kesempatan.
Tahun 2008; sibuk nak kahwin. 
Tahun 2009; sibuk pulak dengan resepsi belah pengantin perempuan aka ehem yours truly ini lah.
Tahun 2010; sibuk mengandung pulak. Aik? Mengandung pun boleh sibuk ke? HA HA HA sibuk nak men-siapkan diri untuk menyambut orang baru lah.

Nampak tidak? Sibuk betul kan. Mana lah sempat nak pergi ambil giliran dekat klinik kesihatan atau hospital kerajaan, kemudian tunggu giliran untuk bertemu doktor dan seterusnya menerima rawatan. Nak nak lagi kalau kena buat follow-up atau perlu ke hospital kerajaan atau klinik kesihatan berkali-kali sebelum dapat menerima rawatan. Lainlah kalau ia semudah ABC (air batu campur). Seru saja ABC, tingg terus dapat menerima rawatan daripada doktor. Berangan heh berangan! HO HO HO

Setelah beberapa tahun tertangguh; bulan Januari lalu daddy buat keputusan yang tegas untuk menerima rawatan. Ye lah; kahwin sudah, resepsi sudah, mengandung sudah (erk mummy lah, bukan daddy okay!), beranak pun sudah. Mahu tunggu apa lagi, ye tidak?

Untuk menerima rawatan, daddy telah melalui beberapa peringkat. 

Peringkat 1: Consultation with ENT Specialist at Hosp Tawakkal. Tak sangka consultation fee adalah FREE. Iya, FREE! Tak caya? Kami sendiri pun tidak percaya. Jadi tidak hairan kalau kamu juga tidak percaya. Tapi ini bukan main-main, ini hal serius. Memang free saja. Nak test, cubalah sendiri. 
Aim: referral letter to any goverment hospital. Kalau eden mampu bayar beribu-ribu, teruskan sahaja hajat untuk menerima rawatan di hospital private. Kami mana nak mampu, hospital kerajaan sudah.


Peringkat 2: Fix appointment date at HKL. Ingatkan bawa referral letter pergi HKL hari ni, boleh lah terus jumpa doktor hari yang sama. Rupanya tidak. Tidak sama sekali. Perlu fix appointment date, pada hari yang lain. Daddy minta bulan Mac memandangkan cuti daddy sudah habis. Tambahan pula, daddy akan habis cycle orthopedic pada 17 Feb dan memulakan cycle baru dengan tagging selama 2 minggu. So, the earliest is March. So March it is. Daddy dapat appointment date pada tanggal 16 Mac. 

Peringkat 3: Appointment day. Rabu,tanggal 16 Mac lalu, daddy telah membawa diri ke HKL untuk bertemu-janji bersama doktor ENT. Pemeriksaan telah dibuat dan rawatan telah dirancang. Daddy akan dibedah pada bulan April nanti. 11 April to be exact. Namun daddy perlu bertemu-janji dengan anesthesiologist dahulu di klinik memandangkan daddy akan dibedah under general anesthesia (GA) dan daddy tidak mempunyai any known illness in the past. 

Peringkat 4: Appointment with anesthesiologist. Anest perlu mengkaji selidik keadaan tubuh badan daddy sebagai persiapan untuk dibedah under GA 

Peringkat 5: 7 April - Appointment at the clinic. Daddy di kehendaki datang ke klinik lagi sekali sebelum dibedah. Tujuan: tak pasti.

Peringkat 6: Admission to the hospital. Walaupun daddy akan dibedah pada 11 April, namun daddy akan dimasukkan ke dalam wad sejak 8 April lagi.

Nampak tidak ada berapa peringkat di situ sebelum dapat terima rawatan. Kamu fikir, sempatkah kami nak selesaikan semua itu tiga tahun lepas ketika kami masih di bangku universiti dan masa yang kami ada hanyalah 2 bulan (cuti summer) pada setiap tahun. Kamu bilang sempat?

Sekarang, daddy masih di peringkat 4. Masih ada 2 peringkat sebelum D-day. Semoga semuanya berjalan lancar. Insh'Allah.

Amin..


Warrior of worries

i have a lot of worries, right now.
  1. i worried how it would turn out when i starts to work

  2. i worry what is going to happen when i leave my baby to others

  3. i worry if my performance at work will be affected

  4. i worry if my work will affect me as a mummy and me as a wifey


March 17, 2011

Marry Me

there will be another marriage in the family, the last one hopefully. err no guys, it is obviously not mine okay. boleh pulak girls pasang lebih, kan. ha ha ha! it is our hero's. the one and only son of the family, my eldest brother.

you have to know, they were once our neighbor when we were in terengganu back in 1996. so yeah, abe chose the girl next door to be the love of his life and to be err our new sister. HAHA! she is nice though. very nice and polite i must say. right choice abe!

on december two zero ten, we went there for the 'menanda' part. so, moving on to the next phase we went to the girl's side to discuss the matter last sunday. our main objective is to discuss everything about the BIG day. every single thing regarding D-day.

though she is not the main cast


she will be the diva of the day


manja manja dengan wany; gedix!


on the way to the 'site'

presenting the speaker from our sides; the groom-to-be's

wany and aki
presenting the speaker from her side; the bride-to-be's
her mom and her dad


the diva of all day, ALWAYS!



they discuss, discuss and discuss... the date, the theme, everything. i must take that in note. though it is still early i would face one someday, right?

tengok tu dia nak join jugak






muka tak masuk tak apa, janji tangan nampak


the headband diva
we opss not we, only them. they discuss, discuss and discuss until it's...err i do not know until what time. then we eat and they continue chatting at the dine table until God knows when.

so, they came to a conclusion;

solemnization day
date: 31st august 2011 (they say their anniversary later will always be a holiday. how sweet!)
day: wednesday
time: night
venue: the bride-to-be's house (in kuala terengganu)

her reception
date: 1st sept 2011
day: thursday
venue: to be decided later


his reception
date: 12 feb 2012
day: sunday
time: night
venue: dewan sri endon, putrajaya


so dear mama and papa cik, please save the date. okay!

muahh kish from baby huda
toodledoo people!

- FrOm My iPhOnE fOuR -

Just a story to tell : Trust Issue

It was nearly 7 in the evening. The couples were still in the mall, having their 'time' together. They were just about to wander around the mall when the girl's phone rang. It was the mother, asking their whereabouts. Saying that its time to go home, and that it's gonna rain anytime soon. Hearing the mother's tone, their plan goes..awry. It is not a good tone by the way.

So, they stopped for a while and re-schedule their plans. They think, and think and think. Do they need to go home, NOW? It's nearly 7, but they are already a grown-up. They are GROWN-UPS and they can THINK clearly. They knew what is good and what is bad, for them. They think, and think and think, again.

"It's not raining, yet and whats with the rain anyway? We are in a building, we drove our own car and we live in a house, not somewhere without a roof," she uttered, in her thoughts.

"Do you want to go anywhere, love?" asks the girl, trying to blew away the bad thoughts.

They were already there, at the mall and they were just about to start off their 'time'. Just about to start. It is such a waste if they just..headed home, NOW.

"No. I don't have any place to go. Do you want to go anywhere? Do you want to find anything?" asks the boy, back.

Seeing the boy's face, the girl give-in. She knew the boy does not want to upset his mother.

"Maybe we SHOULD go home now", says the girl with her sad-looking faces. 

"How about a cup of coffee? They have S here right?" the boy persuades, seeing the girl's sad-looking face.

"Let's just go home," says the girl.

That is not what she wants but that is what they need to do. They are old enough but they are still being treated like a small children. They see them as a kiddo and that the couple needs to be tell to do, anything. Every single thing. They still did not put their trust on them, to the couple.

Oh, by the way. The couple still stop by at a cafe to have their 'time'. Though its just for a short period of time and it's at a cafe, at least they have their 'time'. And at least they have it, together. And that is what valuable for them. Spending their quality time, together.

March 16, 2011

My First Solid Food

our weekends were so hectic. this time around, we spent our weekends at bangi. yea yeah! i super duper loike! hehe biasa lah anak manja kann. hik hik hik

saturday

daddy has to work. so mommy and baby were left with aki and wany. yahooodotcomdotmy! apa lagi, mari kita berdansa *joget* *joget*
mommy started off her saturday with making breakfast for daddy, before daddy leaves to work. ehemm ikut ikut jangan tak ikut! erm bagi yang ada suami sudah lah. tak perlu lah nak praktis kat boyfiees pulak. tak ada dapat pahala nya. tambah peluh saja. ha ha ha *evil grin*

we had our breakfast at nasi belauk restaurant. feel free to drop by in case you are in the mode of mengidam kelantan delights. very value for money; murah dan sedap (subjective!). after drop aki at the hospital for his dialysis, wany, mummy and baby went for a tour (HA HA HA!) at alamanda. its huda's day out actually, not mommy's! penuh satu bonet dengan barang huda saja. isk isk! mummy sudah di pinggirkan. spotlight mummy sudah dirampas oleh baby (secara automatiknya). sedihkan T___T

hari sabtu banyak dihabiskan dengan tawaf dalam alamanda saja. pusing sini, pastu pusing sana pulak. memang boleh kurus. cubalah, baru tahu. dengan syarat, em jangan lah melantak banyak sangat haha. saja lawak manja.

sunday

we have a big agenda going on today. a BIG one! stay tune for more infos. will blog about it later, in the next post. tungguuu...!

after the occasion, we headed to kajang to pay opah a visit. she was so eager to see baby huda that she almost forgot her name. haha! dont blame her, blame her age lah. shes turning 70 this december but still pretty and yeah steady. go opah go!

after resting for a while, we later went for stroller hunting. haha. jangan bayang macam pemburu yang sedang memburu rusa sambil memegang senapang sudah okay. macam lah ada hutan kat sini kan. haha ye ye aku tahu kat OU memang ada rainforest. maaf selingan!

so, off we went to jalan kuchai lama. in case you are curious, why on earth do they have a stroller at jalan kuchai lama, pay a visit here. and you will know why on earth, WHY!
since we use the brand halford for huda's car seat, we would like to use the same brand for her stroller too. and this one model, it fits my taste or so to say my specs. we have been eyeing that stroller for quite some time. but boy, they are kindda hard to find. most shops don't have it. and if they do, they only have the orange one. whatttt?? orange! buruk kot. nak matching dengan car seat yang warna merah, kena lah pilih merah jugak kan! huk huk. tu lah, pilih lagi rare species like that kan.
but but buttt (err not 'that' butt okay!) to my amazement, there are tons of online shops (locating in malaysia) selling that particular brand with that particular color, RED! that's good. wait, online shops? ONLINE! banyak mana pulak la nak kena bayar postal fees nih. sigh T___T

tunggu! jangan sedih dulu. this one particular online shop have 2 outlets; one locating in jalan kuchai lama and the other one in kelana jaya. its myBBstore.com hoooray! dah la tengah sale sekarang. apalagi grab yours one now! (banyak banyak pun boleh) they are having march sale now from 11 march till 15th of april. hurry hurry while stocks last. no, aku tak dapat komisyen apa-apa promoting this shop. bukan kah benda baik itu elok kala di kongsi bersama. so mommies, start surfing now. NOW!

yeay! baby dah ada stroller. mummy lah yang sangat terlebih excited. sonang aku nak shopping. haha! baby dah berat sekarang. pegang tak sampai setengah jam pun rasa macam dah nak patah pinggang, apatah lagi tangan. mummy dan daddy dah tak larat nak dukung sayang. T___T

monday

on monday, huda has a routine medical check-up with her paediatric at the usual place, hosp. tawakkal. it is for vaccination, synflorix injection against pneumococcal infections. yup, a painful one! my poor baby girl, she screams at the top of her lung when the doctor poke her at the thigh. and her face turned red. angry maybe. T___T 

jangan marah doktor sayang. it is for your own good. she is just helping you out.

during weighing session, her weight is 6.15kg. while for last month check-up she weighs 6 kg. you don't need a calculator to know the difference between last month and this month weight, do you? very true! she only gains 150gram for a month! that's it. i'm sooo gonna feed her with solid errr right now! yes, NOWW!

and so, that is how her 'my first solid food' journey begins. 

dear huda, mark 15th march in your calendar dear. this is the very first day mummy feed you something other than mummy's yummy breast milk.
my first solid food













My Sad Faces


















FrOm My iPhOnE fOuR -

March 14, 2011

Hati

Hati.
Resah.
Gelisah.
Bertabahlah.
Duhai.
Hati.
Bersabarlah.
Duhai.
Hati.
Insyallah.
Ada.
Jalannya.



- FrOm My iPhOnE fOuR -

March 09, 2011

Hari Rabu Saya

Here goes my wednesday...err only the last half of the day actually













After a few minutes...

kroih....kroih...kroih...

- FrOm My iPhOnE fOuR -

March 07, 2011

March On Till We See the Sun

Tajuk itu hanya tajuk semata-mata, tiada isi tersirat mahupun yang telah tersurat. Kata bulan March, jadi kita march lah ke hadapan. Mana ada istilah undur, reverse mahupun u-turn dalam kamus masa. Tidak kah begitu?
Hah, mukadimmah yang langsung tidak produktif bukan? Itu lah kesan nya daripada hujung minggu yang kurang produktif. T___T

Monday

Selamat hari Isnin. Daddy kembali ke tempat kerja. Manakala mummy pula kembali mengerjakan tidur. KAH KAH KAH. Tiada produktiviti betul. Apa barang kamu pergi kerjakan tidur. Tak adalah, itu hanya mahu bergurau manja. HOHO!
Seperti biasa, mummy yang sedang menjadi isteri rumah(?) perlu lah mengerjakan kerja-kerja sebagai isteri yang sedang berada di rumah. HAHA. Basuh kain, jemur kain, lipat kain, main dengan kain (aik?) seperti biasalah, tidak perlu dihuraikan lagi di sini.
Baby pula? Baby seperti rutin biasa (on weekdays saja lah) akan bermain di lala land sehingga jam.. err sampai jam berapa dia punya suka. Dah puas bermain di lala land, baru dia akan membuka mata dan bermain pula di mummy land. HAHA. Maksudnya dia bermain dengan mummy lah. Faham? Kalau tak faham, pergi main jauh-jauh.
Sementara menunggu mummy men-siapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan, baby akan bermain seorang diri. Pusing sana, pusing sini. Angkat kaki. Pusing badan. Gerak sana, gerak sini. Garu sana. garu sini. Daripada tegak, jadi senget. Daripada 0 darjah, jadi 90 darjah. Cari kerja. Cari kerja. Apa lagi yang boleh di capai. Apa lagi yang boleh nak gigit ni. Itu lah rutin dia.
Posing sebelum mandi
Aww ter-shekkshhiii pulakk
Posing selepas mandi

Si baju oren itu sedang dalam ke-mengantuk-an. Hence, the howling lah. Dan yang menjadi mangsa? Mummy?? No No. Teethers lah. Teethers yang tidak bersalah lagi banyak berjasa itu yang menjadi mangsa. Mangsa apa lagi kalau bukan mangsa pelepas geram si baju oren. Sad sad. Kesian si teethers itu, bukan. Apa lah nasib aku dapat tuan yang begitu budiman; kata si teethers di dalam hati. Ya lah, teethers tu mana boleh bercakap kan. Dia hanya boleh berkata-kata di dalam hati.
Lepas dapat dos, zappp terus terbang ke lala land. La La La La La...kroiiihhh


Sejak hari Ahad, baby asyik meragam. Asyik menangis sahaja. Apa lah yang dia sedihkan sangat tu, Mummy pun don't know why. Menangis, menangis dan menangis sampai bengkak mata. Merah tu tak usah di cerita. Memang wajib lah kan. Sampai mummy angkat dan peluk baru dia akan diam dan calm. Kesian nya sayang mummy. T___T

Tengah hari pula semasa mummy baru sedang separuh jalan memasak, dia bangun tidur. Dan bila dia bangun tidur, pastinya dia akan alert-kan mummy. Mummy, Huda sudah bangun. Mummy, where are you, Huda sudah bangun mummy. Cuma versinya dalam bentuk hurmm crying and of course SCREAMING! Dari volume 1, sikit-sikit naik kepada volume 5. Selagi tak ada orang attend dia, selagi itu dia akan memanggil orang.

Petang, daddy pulang pada jam 6. Sthetoscope daddy sudah ter-hilang. Agaknya misplaced dan hurm hilang. Pokok pangkalnya tak ada, jadi kena beli yang baru untuk gantikan yang hilang  itu. Jadi, kami perlu ke kedai yang menjual alat-alat perubatan. Yang mummy tahu Kamal Bookstore yang berhadapan dengan HKL saja. Ada lagi ke tempat lain ye? Anyone knows?? Yang harunya, Kamal Bookstore akan tutup pada jam 8. Sempatkah? Redah sajalah. Hopefully jalan tidak sesak. Keeping my finger crossed.

Danggg! Sekali jalan jam! Sesak tahu. Bukan jem untuk sapu atas roti, itu memang sedap hingga menjilat jari. Ini sesak sehingga mahu mengigit jari. Grrr! Rugi pula tak ikut Duke saja. Haish. Sabar. Sabar. Satu, risau tak sempat nak beli sthetoscope. Kalau tak sempat, alamatnya kena pergi pula pada esok hari. Dua kali kerja pula. Kedua, mahu kejar maghrib lah. Maghrib berlari dengan sangat laju. Jadi, harus berkejaran. Nanti tidak sempat pula, apa nak jawab depan Tuhan nanti?

Selesai di Kamal Bookstore, perlu ke KLCC pula untuk menjemput wan opah pulang. Jalan Jam! Yes, sangat sangat sesak. Dari Bulatan Pahang sampai ke jalan nak ke KLCC tu memang full, pack. Ahh DANGGG lagi! Memang tidak gemar dengan jam di atas jalan, cuma gemar jem di atas roti saja.

Fuhh fuh fuhh.. dipendekkan cerita, kami selamat tiba di rumah pada jam 930 malam. Tamat cerita hari Isnin. 

Sunday 

Daddy kerja separuh hari. Wan opah ajak ke pelita untuk minum pagi, menyambut hari kelahiran suami kepada sepupu. Habis minum pagi, balik rumah. Agendanya, tunggu daddy pulang dari kerja. Mummy mahu ke Bangi sebentar untuk ziarah aki dan wany. Seperti biasa biasa sampai saja di sana, dia akan scan data. Retrieve balik data data. Do i know this house? Do i know this guy? Do i know her? Otaknya ligat berkerja. Biarkan otak dia berkerja, nanti tidak berkerja berkarat pula. Seperti otak hurm mummy. Dah berbulan-bulan meninggalkan buku. Entah macam mana nak cuci karat-karat dalam kepala nih bila kelak mahu berkerja. Kalau 24 karat tuh ada juga nilai dia. Ini angka 2 pun tidak tercecah. Memang tak ada nilai lah.

Sepanjang di Bangi, baby sentiasa menangis. Tak mahu langsung dengan aki dan wany juga ayah long. Kesian mereka, tak syok pula mahu bergurau senda dengan si kecil ini. Baby,baby! Baby memang tak mahu dengan orang lain, hanya dengan mummy saja. Hatta dengan daddy sendiri pun dia refuse. Asyik menangis. Bukan menangis biasa, menangis yang betul betul menangis sampai bercucuran air mata dan sampai suara menjadi Ella kerana serak kuat sangat menjerit.

Sebelum pulang ke Taman Jasa, kami singgah sebentar di KLCC. HAHA tempat lepak favorite. Bukanlah. Kami bukan berpeleseran melepak tidak tentu hala, kami melepak untuk merapatkan lagi hubungan. HAHAHAYATBIKINPANAZZ! Sebenarnya, kami sedang mencari stroller Halford. Tapi, hajat kami tidak kesampaian. Tak ada jenama Halford di Isetan, Mothercare, Parkson dan tak mahu cari dah. Dah malas, tak ada mood mahu cari dah. HAHA padahal kedai dah nak tutup jadi kami tak sempat nak jenguk kedai lain.

Mana boleh tinggal bibir AJ itu. HAHA!

Saturday 

Minggu ini, daddy dapat day-off pada hari Sabtu. Apalagi, family outing lah. Yezzai! Tempat idaman tidak lain dan tidak bukan One Utama. Dah letak sangat nama One kan, kena lah si Haz-One ini selalu pergi menginap di sana. HAHAAKUTAHUTAKADAKAITAN. Patut buat saja kad One Utama kan, mesti berbaloi nih. Macam setiap minggu saja ke sana. Mummy masih dalam proses nk ingat peta bangunan. HAHA. Sonang nak cari kedai. Ini tidak, mesti kena tawaf satu floor baru jumpa kedai yang nak dicari. Otak, sila bekerja kuat mulai sekarang!
Sedang mengumpul tenaga chakra
Sampai sahaja, kami bersarapan di KFC. Dua-dua pun lapar tahan cipan. Yes, kamu pernah tengok macam mana cipan bila dia lapar? Aku pun tak pernah jugak. Tak mengapa itu tidaklah penting. Yang penting, MAKAN, MAKAN, SAYA LAPAR! Pagi tadi hanya makan cucur sahaja sebagai sarapan, memang tidak cukup lah untuk perut dua orang yang senang kebuluran ini. Mari menjamu mata dengan telatah si little master di dalam stroller pinjam.
Sekarang, senyum lah lagi.


Tengok, dah kurang senyum.


Si kebulur utama

Selesai meng-kenyangkan perut, hati pun menjadi suka. Jadi, suka hati. Maka dengan itu, pencarian stroller boleh lah dimulakan dari sekarang. Berat si little master mahunya sudah mencecah 7kg. Mummy dan daddy yang sekeping ini memang tak larat lah nak dukung dia ke hulu dan ke hilir. We REALLY need the stroller! REALLY really really NEED it lah! So, off we go.


Misi kami kali ini:
  1. Print gambar huda. Mummy nak buat scrap book untuk Missy Huda dan angan-angan nya mahu disiapkan sebelum dikerjakan di hospital nanti. Angan-angan nak berangan lah kan.
  2. Family portrait. Tema hari ini petak-petak tapi sayang pula mummy tak ada snap gambar sendiri, apatah lagi bertiga. That is why we need the family portrait. Just the three of us. 
  3. Stroller. Cap Halford, warna merah. Setakat ini model tu dah jumpa, warna pula tidak berkenan. Ada warna oren, dare to use??
  4. Feeding set. Mengenangkan Missy Huda sudah di ambang 5 bulan, mummy kena mula mengumpul feeding set dari sekarang. Tak mahu mummy bagi dia makan dari mangkuk yang kita-kita makan. Mummy nak hygienic sikit. Perut bayi kan sensitif sedikit. Lagi pun feeding set baby semuanya comel-comel secomel bayi. Gembira sedikit dia mahu makan nanti.
  5. Aquapod. Tempat mandi baru untuk si little master. Tempat mandi sekarang sudah tak larat nak menampung berat dia. Kasihan T___T
  6. Working attire. I have less than a month now. I should start collecting the attires.
  7. Laminate flashcard.
Banyak lagi nak tulis sebenarnya, tapi tiba-tiba malas pula. Mahu menjenguk anak di ruang tamu sekejap. Jadi to cut the story short, hanya misi ke-4 dan ke-5 yang tercapai. Yang lain? Hmmpphh!! Tapi tidak mengapa, pucuk di cita ulam mendatang. Misi lain yang dicita, misi lain pula yang tercapai. Whatever that means lah.

That's all folks. Gud bye!

- FrOm My iPhOnE fOuR -