March 17, 2010

My Little Precious

Kamu tahukah semalam adalah Hari NeGy yang setaraf dengan Hari Ibu sedunia dan semamangnya layak untuk bercuti semalam? Hoho muqadimmah pun dah macam nak minta kena sekeh. AKu tahu. Tapi aku tak mahu kena sekeh. T___T

Semalam aku buat cuti sendiri. Walaupun tiada cuti nasional dalam kalendar pada tarikh 16 Mac 2010, aku buat-buat seolah-olah semalam adalah hari untuk bercuti. Hari Ibu lah katakan. Mestilah kena cuti. Bukan begitu?

Sempena hari buat-buat cuti sendiri, aku mengajak Mr Husband yang memang kelasnya mendapat cuti untuk pergi ke poliklinik untuk membuat pemeriksaan atau bahasa senangnya check-up. Bahasa sahaja yang senang tapi nak pergi buat check-up tu memang tak senang langsung. Uhuh T____T. Banyak menguji kesabaran betul. Haish.

Aku di minta oleh my OnG (read: Obstetric and Gynecology) untuk ke tempat-tempat tertentu untuk menjalani pemeriksaan oleh doktor perubatan, ENT, Opthalmologist dan Stomatologist. Aku ingatkan senanglah seperti di Malaysia; pergi sahaja satu klinik dan mereka akan tujukan hala tuju yang perlu diikuti. Realitinya 'tak seindah khabar apatah lagi rupa'. Hoho macam enak saja pepatah ini. Tak layak masuk dalam kamus DBP ke? Hoho T___T

Aku sedih tahu. Kecewa jugak dan marah pun ada. Geram!

Kenapa? Kenapa? Apa jadi ??

Iklan: Abah aku kata kena jaga emosi untuk pertumbuhan psychology yang sihat untuk anak. Baik bapa. T__T

Oleh itu, aku akan skip perkara-perkara yang mensakitkan hati.

Tak semua urusan aku selesai. Daripada keempat-empat doktor yang aku perlu jumpa, baru satu selesai- opthalmologist. Itupun adalah juga beberapa jam aku tunggu. Daripada beratur untuk bayar hingga ke beratur untuk mentemui doktor. Huh! Venci vetul lah. Bila pula aku nak buat cuti pastu pergi habiskan berjam-jam lagi untuk ketemu doktor?? Haish. T________T

Jadi, kesimpulannya Russian memang vongok dan aku tak suka tinggal di sini.
Nasihat aku untuk sesiapa yang ada impian untuk membina kediaman mahupun keluarga di Russia, fikirlah beratus-ratus kali. Nak fikir lagi banyak pun lagi bagus. Tak ada apa yang bagus di sini kecuali Vodka. Itupun bukan sebab ianya baik untuk kesihatan, tetapi sangat baik untuk ekonomi kerana harganya yang murah dan senang untuk didapati. Blergh. Russian vongok!

Destinasi seterusnya, ultrasound! This really made my day... 

Senyum hingga ke hujung telinga...... ^___________^

Kamu pernah tak rasa jatuh cinta pada pandang pertama?

Contohnya dalam bangunan tempat kamu kerja, ada seorang jejaka yang sangat kacak. Sangat kacak sampai kamu tak boleh bayang bagaimana ketampanan dia sebab tak pernah jumpa. Memang kamu tahu jejaka yang sangat tampan itu wujud, you acknowledge that. Tapi sebab tak pernah pula bersua, kamu seperti kurang beri perhatian kepada dia. Kiranya macam hanya 'aku tahu kamu ada' perasaan dan tiada lebih. Walaupun begitu, kamu jaga attire untuk sentiasa kemas; mana tahu kot-kot kamu akan terserempak dengan dia. Dan pada suatu hari, the day has come. Kamu terserempak dengan dia dalam lif dan bertemu mata dengannya. Jantung kamu seperti mahu luruh, macam musim durian luruh...

The love is in the air...
 

Butterflies are flying everywhere...


Hai jejaka hansem! Nice to meet u. I'm your mummy.



Jejaka hansem yang buatkan hatiku mahu luruh 
seperti musim durian luruh



I'm 11weeks pregnant and this is what my sweetheart looks like


Wink.Wink. Aku sungguh gembira. Rupanya betul ada si kecil sedang bertenggek kat dalam tu ye. Hehe. Mama suka. Mama suka. Tak sabar nya nak jumpa!


Sekian laporan untuk hari ini. Mari ke kelas!

5 comments:

HANI IZWAN said...

OMG! macam tak caya neG dh nak ada baby(mmg dah ada pon dlm tummy)..hihi.

take a good care of urself babe. happy for u n husband.

Zhafharina Sabri said...

xsbr jgk nk tgk baby!take care ye mummmy!=p

ila ni said...

makin hari makin mantap cara neG blogging! suka~ jaga kandungan sebaiknya neG, semoga yg terbaik utk neG & family.

adreYna said...

ne-g...r u pregnant??wahhh...dh nk jd mummy..congratez!!dh lme xjenguk blog kwn2..mcm2 cte dah...jg baby molek2 k..n take care 4 urself 2..

n.e.G.y said...

@ Aja

Hehe me too. Macam tak percaya juga..
Aja pun take care juga!

@ Zha

Ok Aunty. Mummy will take care!

@ Ilani

Hoho.Kuasa menjadi ibu barangkali. Ahah! Insyallah. Doakan untuk kami juga ya.

@ AdReyna

Hehe. Tenkiu.. =D