I like the word "indolence." It makes my laziness seem classy. ~Bern Williams
Penyakit malas datang singgah lagi. Dah lama dah. Sebab tu blog ini sudah bersawang, nampak seperti tidak berpenghuni. Tapi, memang aku tak menghuni disini. Ahh. Whatevs! Malas nak layan.
Blergh.
Mari aku senaraikan satu persatu 'The Lazy Illness' yang sedang menghuni aku. Huh? Kenapa bunyi seperti ada sedikit spooky je. Urghhh. Creepy.
Satu. Malas nak tulis blog. Seperti tidak biasa. Memang sedikit luar biasa. Dahulu, walaupun malas, idea masih datang. Maka, bila idea datang dengan spontannya keinginan untuk membuka blog mengatasi kemalasan yang suka datang tak beri salam. Sekarang macam sangat malas, seperti mahu delete akaun sahaja. Benarlah pepatah 'hangat-hangat feaces chicken'. Kehangatan tu sekejap sahaja. Seperti kerajinan aku ni lah yang datang bertandang sahaja tak mahu tinggal lama-lama.
Dua. Malas membaca buku. Bukan buku cerita eh. Itu memang sejak azali lagi. Jadi, dah macam diterima sebagai perkara biasa. Kecuali buku cerita cintan, jiwang berkarat terbitan Alaf 21 dulu. Itu exception. Buku cintan jiwang berkarat terbitan Alaf 21 memang sangat rajin kalau nak dibelek. Kalau lah dulu buku itu yang dijadikan buku pilihan untuk subjek sastera, aku yakin mesti dapat A plus plus lah.
Tapi, ini kes parah tahu. Kes kronik dah. Lama betul dah aku tak buka buku untuk mengulangkaji pelajaran. Entahlah. Malas nak fikir dah.
Tengok, MALAS lagi!
Ketiga. Malas dah nak menghuraikan point-point seterusnya. Oleh itu, kita berhenti di sini saja ya.
HAHAHA.
Entri malas sudah habis. Yeay.
Bersurai!
No comments:
Post a Comment