April 13, 2010

April Full


Bulan April datang lagi. April yang begitu full. Bukan fool eh. Apa kelas April Fool?

Bulan April, bulan kecintaan. Musim bunga sudah datang menjenguk sekali dua. Dia jenguk saja, tak mahu bertandang lama-lama. Sebab itu bunga masih belum ada, musim saja yang dah bunga tapi bunganya belum tiba. Aik? Apakah. Kan dah cakap tadi dia datang jenguk saja tak mahu bertandang. Tetapi sekurang-kurangnya salji sudah cair, dah hilang. Babai. Dan suhu pun sudah berada di takat yang nyaman gitu; tidak hott (auww) dan tidak sejuk melampau. Sedang-sedang saja. I loikee!

Bulan April terakhir di bumi asing. Sekarang berasa seronok. Tetapi, mungkin nanti akan rindu pada negara asing ini. Mungkin saja. Mungkin saja bahagia kerana tidak lagi perlu berhidupan di negara yang sungguh asing ini. Yabedabedoooo. Sungguh seronoks memikirkan tidak lagi perlu berhidupan di sini dan boleh berhidupan secara normalan di tanah tumpahnya darahku... 

Bulan April sebagai pelajar tahun terakhir. Dah masuk tahun akhir ni, bulan April boleh di kira sebagai opening kepada bulan pepriksaan. Sebab itu, kalau kamu lihat saya sungguh jarang sekali mahu mencoretkan bebelan panjang di sini. Konon sedang duduk di meja dan mengulangkaji lah. Konon saja. Hakikatnya, ha ha ha! 
Bulan ini bakal penuh dengan exam practical. Hoh. Penuh? Setiap hari ke? Ok. Itu hanya exaggeration sahaja. 3 subjek je pun; kira macam satu subjek satu minggu lah. Apa yang penuh nye?  Tambah dengan kelas, kuliah pada waktu petang, peruntukan tidur yang tidak boleh abaikan, masa untuk memasak kemudian memakan masakan, berkasih-sayang sikit-sikit (eceh, tetibe! Tumpang lalu. Iklan sekejap); habis bila mahu mengulangkaji pelajaran. Boleh beritahu saya sekarang? Masa saya full tahu. April ini sungguh full. April fool! Jenaka berkualiti rendah. T____T


15 April - Internal
19 April - Obs n Gyn
27 April - Surgery


Hooray. Dah habis cerita. Mari pergi sambung memetik bunga di taman... (#_@)

No comments: