March 16, 2009

HuRt...

Your words broke my heart...
Your actions make me sad...

March 14, 2009

Post-Exam SYNDROME~

Pernahkah anda mengalami 'Post-Exam syndrome'??









Aku sering mengalami sejenis sindrom yang dinamakan sindrom-selepas-peperiksaan.

Sindrom in tediri daripada beberapa petanda iaitu penyakit yang sangatlah berbahaya iaitu perasaan malas. Malas di sini merangkumi semua bidang samada belajar, memasak, mandi, keluar, bersosial bersama teman, bercakap, light reading kecuali menonton. Sindrom ini biasanya mula menjelma apabila mangsa baru menduduki peperiksaan.
Oohh..saya sangatlah tidak suka dikala dijangkiti sindrom ini...!!

Tanda-tanda:
  1. Belajar.Perasaan malas yang sangat membuak-buak dihadapan buku. Walaupun buku sudah terbuka di depan mata, namun otak masih meligat ke tempat lain. Masa ni lah macam-macam idea timbul. Nak buat nilah, nak buat tu lah. Lantas buku ditutup dan bermaharajalela lah sindrom ini.
  2. Masak.Sangatlah malas nak masak. Tetapi disebabkan perut yang merengek-rengek minta di isis, terpaksalah masak. Tu pon cincai-cincai je.
  3. Mandi. Ohh..ini no komen..kesian orang tu dapat bini yang terlebih rajin ni..hehs..
  4. Bersosial.Biasanya aku jadi malas nak bersosial tatkala diserang gejala ini. Kalau jumpa orang tak tahu nak cakap apa.
  5. Sangat tidak ada mood utk berkomunikasi dengan spesies yang bernama manusia
  6. Perasaan berat hati
Sindrom ini mengambil masa antara 2-4minggu(bergantung kepada terma dan syarat)

Rawatan
Setakat ini, masih tidak ada antidote yang boleh memulihkan mangsa. Hanya sesetengah aktiviti yang dapat meringankan bebanan yang terasa berat di hati. Aktiviti tersebut adalah
  • menonton khususnya movie korea yang lawak, drama bersiri atau TV shows
  • keluar menghirup udara segar
Sesiapa yang ada ubat mujarab untuk penyakit ini, sila kongsi bersama....


March 13, 2009

Selamat Hari Wanita~

Sekadar buat renungan kaun hawa di luar sana. Ketahuilah keistimewaan seorang wanita itu tidak ternilai banyaknya.
  1. Doa wanita lebih makbul drpd lelaki kerana sifatnya yang lebih penyayang drpd kaum lelaki. Ketika ditanya kpd Rasululah akn hal tersebut, jawab baginda,"Ibu lebih penyayang drpd bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia-sia."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik drpd 1000 lelaki yg tidak soleh.
  3. Seorg wanita solehah lebih baik drpd 70 org wali.
  4. Barangsiapa yg mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg senantiasa menangis kerana Allah SWT dan org yg takut akan Allah, akan haram api neraka ke atas tubuhnya.
  5. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
  6. Apabila dipanggil akan engkau kedua org ibubapamu, maka hendaklah kamu menyahut pangillan ibumu dahulu.
  7. Wanita yang taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga buatnya. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dgn tida dihisab.
  8. Aisyah r.h.a berkata," Aku bertanya kpd Rasulullah SAW, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Baginda,"Suaminya." "Siapa pula yg berhak terhadap lelaki?" Jawab Baginda,"Ibunya."
  9. Seorg wanita yg apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.
  10. Apabila seorg wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
  11. Apabila seseorang wanita mula jatuh sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala org yg berjihad di jalan Allah.
  12. Wanita yg bersalin akan mendapat pahal 70 tahun solat dan berpuasa dan setiap kesakitan pada uratnya, Allah kurniakan satu pahala haji.
  13. Apabila seseorg wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
And the list goes on...and..on....

Sedarilah wahai wanita lembut tanganmu itu mampu menggoncang dunia. Bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai seorang wanita. Marilah kita bersama menjadi wanita yang solehah dan sejati...

Selamat Hari Wanita~

March 04, 2009

Alhamdulillah....

One down, 5 more to go....

1) opthalmology
2) psychiatry
3) infectious
4) internal
5) russian