November 27, 2010

Bila Doktor Mengigau

Situasi 1:

Jam menunjukkan jam 3 pagi. Si kecil merengek-rengek minta disusukan. Sang isteri lantas bangun menyusukan anak. Si suami juga tersedar. 

"Nanti nak burp, yang kejut ye," kata si suami kepada isterinya lantas sambung beradu.

Selesai menyusu, sang isteri yang sedang mengantuk mengejutkan suami untuk burpkan si kecil.

"Yang, burpkan baby," kejut si isteri.

"Ni kes mana ni?" tanya si suami.

Si isteri yang sedang separuh sedar menyusukan anak termangu-mangu sendirian;" Kes? Kes apa?"

Si suami yang matanya pejam rapat mengulangi pertanyaannya sekali lagi " Ni kes mana ni?"

Si isteri membiarkan saja pertanyaan sang suami tidak terjawab...

"Eh, wan cakap apa tadi?," tanya si suami lalu memburpkan baby. 

Si isteri pula kembali tidur sambil tersenyum sendirian.

Situasi 2:

Si suami yang kepenatan bekerja tersenguk-senguk di ruang tamu sejak pulang daripada hospital. Selepas makan malam, sang isteri menyuruh si suami merehatkan diri di kamar tidur.

Jam menunjukkan angka 11 malam. Si suami sedang sibuk berdengkur, manakala si kecil pula sedang nyenyak di buai mimpi. Sang isteri pula sibuk melayari internet.

Tiba-tiba...bunyi dengkuran tidak lagi kedengaran, muncul pula suara seseorang "Dah boleh transfuse dah, dah boleh transfuse dah"

Si isteri tersenyum sendirian. "Lagi sekali," kata si isteri dalam hati.

November 16, 2010

13 and 14, Saturday and Sunday with the Fatimahs

13.11.10 (Saturday)

Fatimah Huda aka the baby sudah berusia 44 hari. Hari ini dalam sejarah; the baby disunatkan di Klinik Pakar kanak-kanak An-Nur BBBangi. Daddy tak dapat ikut serta, daddy kena kerja.

Kami bertolak ke klinik jam 9 lebey dan mendapat giliran ke-8. Mula-mula sampai klinik, the baby sangatlah behave. Senyap saja, tak bunyi langsung suara dia. Hoho, suara mahal la katakan. Dia hanya observe sekeliling dia. Maklumlah, klinik kanak-kanak. Mainan pun banyak, kanak-kanak pun ramai. Jadi, riuh rendah lah suasana nya. Dah bosan observe, the baby pun mula lah terasa bosan. And the solution is mommy's milk. Menghisap susu bukan saja untuk pertumbuhan tetapi juga untuk menghilangkan rasa bosan. Hoho teori baru abad ini!
Bilik menyusu yang disediakan di situ agak sempat, ruang sangat terhad. Dalam satu-satu masa hanya 3 ibu dapat menyusu. Nasib baik ada satu kosong. Kalau tak, confirm suara yang mahal tu dah keluar sebab susu tak sampai-sampai ke mulutnya. Masa tengah menyusu, aku tengok baby lain tenang je menyusu. Dah la senyap saja. Anak dara aku?? Aktif yang teramat. Tak cukup dengan tangan, kaki pun naik gerak sama. Tak berhenti-henti mengayuh. Dengan sound effect tu tak perlu ulas lah. Ish ish ish, anak dara ku.

Jam 10.30, tibalah angka giliran the baby. Kami di attend oleh Dr Siti Arbaiyah. Baby ditimbang. She is 4kg now. Patutlah bahu asyik enguh bila nak burp kan dia. Belum mula apa-apa, baru lap je the baby dah mula menangis. Mungkin sebab sejuk, memang dia anti. Kalau nak guna wipes semasa nak tukar pampers pun mesti dia marah. Prosedur dia sangat simple; untuk girls la of course. Doktor toreh sedikit je kat clitoris (if i'm not mistaken) sampai keluar darah sedikit dan siap! Dah siap tu, baby pun berhenti menangis. Good girl! Keluar saja dari bilik doktor, Wan Opah, Atuk dan Mak Usu dari Selayang pun dah sampai menyambut baby yang telah bersunat bersama pulut kuning.

14.11.10 (Sunday)

Fatimah Najwaa aka the mommy sudah 45 hari berpantang. Sepatutnya semalam adalah penutup tapi kena delay to today diatas sebab-sebab tertentu. Hari ini dalam sejarah; mommy di overhaul habis-habisan oleh grandnanny sempena penutup pantang. 
Acara-acaranya termasuk bertangas, urut dan sengkak, facial treatment dan body scrub. All in, memakan masa selama 3 jam lebih. Nasib baik buat kat rumah je. Kalau kat luar, mesti ada yang meleleh air mata sebab tak dapat susu (Read: the baby la).
So, officially aku dah tamat berpantang. Tetapi unofficially, aku masih perlu berpantang dalam pemakanan. Fuh, 55days to go. Chaiyok! Hopefully Mr Husband tak goda aku dengan makanan yang pelbagai. Huhu -_-

November 09, 2010

The forties

Angka 40 yang menggembirakan! Bukan kerana usia yang telah mencecah 40tahun (HOHO! Mungkin gembira buat lelaki diluar sana kerana LIFE STARTS AT FORTIES?? tetapi tahun yang duka buat wanita-wanita sebab dah tua. SOB SOB). Tetapi kerana hari ini sudah genap 40hari berpantang. Yabedabeduuu!! Si kecil juga sudah berusia 40 hari. Muda lagi, I know.
Walaupun dah habis 40 hari berpantang, masih ada pantang larang yang perlu diamalkan; especially foods. Kebanyakkannya makanan yang menyejukkan, terutamanya buah-buahan dan sayuran. Ais memang sah-sah kena pangkah keluar dari list dah. 1 tahun kena pantang tu. Mampukah aku bertahan dikala cuaca panas sebegini? Lainlah kalau kat Russia dulu. Memang tak sentuh ais. Salji sajelah yang aku sentuh. Tu pun sebab jatuh kedebab! Muahaha padan muke!
I'll try my best untuk ingat semua list makanan yang perlu dijauhi untuk 60 hari yang akan datang. Moga-moga diri ini berdisplin untuk menurut. -_-
Put that aside. Yang syoknya, kini aku dah boleh bersuka-ria bergembira di luar sana. Yahoodotcomdotemwhy!! Asyik kena peram dalam rumah. Tak kena cahaya matahari langsung. Boleh jadi dracula kott!

Bersama-sama ini, disertakan artikel tentang amalan berpantang selepas bersalin untuk rujukan masa depan (ehem ehem, masih ada lima yang beratur).Juga buat rujukan you guys semua. Semoga ia dapat memberi manfaat. Insyallah.

Amalan-amalan berpantang selepas bersalin
Written for BabyCenter Malaysia

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah tanah, yang bersifat kering; api, bersifat panas; udara, sejuk; dan, air, bersifat basah. Elemen-eleman ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.

Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut, berbengkung, mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Apabila ditanya empat orang wanita, hanya seorang daripada mereka, Nuri, 46 tahun, yang dapat melakukan semua amalan dengan lengkap dan sempurna. Hajar, 34 tahun, mengamalkan sebahagian besar daripadanya, manakala, Linda, 30 tahun, tidak melakukannya untuk sepanjang tempoh pantang. Suria, 42 tahun, yang melalui pembedahan caesarean tidak mengamalkannya langsung.

Lazimnya, hanya wanita yang mampu menempah bidan, atau pengasuh khusus atau mendapatkan emak sendiri menemani untuk 44 hari, yang dapat mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna. Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu.
Berbengkung amalan utama
Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara

Baca lebih lanjut mengenai amalan bengkung.
Urut-mengurut
Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.
Bertungku
Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.
Jamu
Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:

• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut Datin Sharifah Anisah, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.

Hajar juga amat tekun mengamalkan jamu sepanjang pantang. Katanya, “Apabila saya kembali bekerja setelah cuti bersalin, semua kawan-kawan mengatakan tubuh saya langsing dan muka saya kelihatan berseri-seri." Linda dan Nuri juga melaporkan bahawa ramai rakan sejawat, lelaki dan perempuan, mengatakan yang mereka kelihatan cantik, jelita dan langsing! Semuanya akibat jamu.
Mandi-mandian herba dan akar kayu
Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus.
Lain amalan pantang
Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

November 04, 2010

Purnama Merindu



rindu kamu
bila kita tak bertemu

rindu tak dapat ditahan
bila kita berjauhan

rindu kamu selalu
aku tak pernah jemu

rindu tak tertahan
bagai pungguk rindukan bulan



24 years back...

I was born on this very day. 

And its my 33rd day of confinement. Life has been pretty challenging; confinement, adapting to my little ones, plus the achiness all over the body and sleep deprivation. Being a mother, now I know how hard it is to raise a child. It's never been easy. Every single thing is a challenge; from providing foods and  goods, giving education dun'ya and akhira, setting good example, pretty much all the petty things. For that, I thank you mum and dad for everything; for bringing me into this wonderful world, for raising me with your very best, for all the sacrifices you both made. I love you guys more than anything. Thank you for being in my life...



Isnin, 1 Nov 2010

Fatimah Huda sudah genap sebulan pada tanggal 30 Oktober lepas, bersamaan sabtu hari minggu. Dan bilamana bayi sudah genap sebulan, maka ibu bapa perlulah membawanya ke klinik untuk mendapatkan dos vaksin hepatitis B. 

Alkisahnya, hari ini (Isnin, 01.11.10) adalah hari penimbangan berat badan Ne-G Jr dan hari pencucukan vaksin Hep B. Memandangkan suami terchinta nun jauh di mata (tetapi tetap dekat dihati), makanya aku perlulah ke Klinik Kesihatan Bangi bersama abah dan ditemani opah yang sejak seminggu lalu menemani aku.  
Kami bertolak dari rumah jam 9 pagi. Kalau pergi awal pun, kena lama menunggu. Memandangkan ada si kecil yang perlu di uruskan dan ada si besar pula yang sedang dalam pantang, bukan senang nak bergerak dengan begitu pantas. Si besar bersiap sedia dan si kecil disiap sediakan oleh opah.
Kami tiba jam 9 lebih-lebih. Selesai ambil nombor, bermulalah sesi tunggu menunggu. Kalau dulu menunggu giliran bersama suami tetapi Huda di dalam perut. Hari ini menunggu giliran bersama Huda dan suami pula dalam perut?. Hoho Suami di dalam perut hospital.

Acara pertama, timbang menimbang dan ukur-mengukur. Untuk acara ini, bayi perlu di-ehem-bogelkan sepenuhnya. Belum sempat apa-apa, anak dara aku dah meninggalkan kasih sayang dia (Read: u.r.i.n.e) atas mesin penimbang. Oh anak daraku! Banyak betul kasih sayang yang telah engkau tunjukkan kepada orang. 
Huda dah bertambah 1kg sejak lahir (Dulu 2.6kg, sekarang 3.kg), 10 cm panjang (sekarang 56cm) dan ukur lilit kepala bertambah lagi 4 cm menjadikan ukurlilit kepalanya sekarang 36cm. Selesai acara bersama bayi, tibalah pula upacara ibu kepada bayi. BP di ambil dan berat ditimbang. Next, ibu perlu ke makmal untuk pemeriksaan urine dan darah. Alhamdulillah, so far so good. 
Acara kedua; sesi bertemu misi atau jururawat. Sementara menunggu angka giliran, Huda yang sedang nyenyak diulit mimpi meminta disusukan. Huda sekarang dah tak segan meraung di depan orang nampaknya. Hohoho. Nombor kami dipanggil. Seperti biasa, mula-mula bayi akan diperiksa dan di ikuti oleh ibu pula. Masa misi check Huda, dia notice sedikit kekuningan pada kulit. I'm like, Whatt??? Takkan sebulan masih kuning kot?? Kesian betul anak mama kena ambil darah lagi. Sakan dia meraung. Mama tahu, Huda sakit yea? Kesian anak mama. Dah besar nanti, Huda jadi doktor, Huda cucuk balik misi tu tau. Biar dia tahu Huda pun kenal rasa sakit.
Abah hantar darah HUda ke makmal untuk periksa tahap bilirubin. And guess what? Bilirubin Huda hanya 1.7, whereas kalau 12mg/dl baru dianggap tinggi. Kesian anak mama, boleh sakit free aje.
Acara penutup; sesi cucuk mencucuk. "Aduhai, jarum lagi???" kata Huda. HUda dicucuk lagi sekali di peha. Nasib baik dia tak meraung sakan. Nangis sekejap semasa jarum masuk je. Good girl!

Selesai satu urusan. Esok (3Nov) Huda ada appointment untuk check gigi pula di Hospital Serdang. Let's see how it goes..