October 18, 2010

Daddy, Mommy and Baby :)

Daddy dah mula berkhidmat di Hospital Selayang starting from today. Mommy pula masih lagi dalam pantang di rumah ibunda tercinta. Jadi, terpaksalah daddy berpisah sementara dengan mommy and baby. Huhu. Kesedihan terpaksa berjauhan. 22 days more babe. 3 minggu lagi. Lamanya lagi kena pantang :( 
Baby pula sudah berusia 18 hari. Walaupun baby baru 18 hari, tetapi perangai dia macam dah 18 tahun. Hoho. Macam over saja perbandingan itu. Haha. Memang over! Baby masih kecil dan cute; belum muda remaja la mommy. Heh. Itu perbandingan saja. Mana tidaknya, baru 18 hari, dah macam-macam ragam dia tunjuk. Antaranya;

  1. Kentut kuat, macam orang tua. Seriusly kelakar masa first time dengar. Haha sungguh tak 'baby' la sayang mama ni. Usually dia akan merengek sebelum kentut. begitu juga bila nak burp. Tak selesa agaknya. Atau mungkin dia feeling funny gamaknya.
  2. Menangis semasa mandikan dia. Sampai merah padam muka. Semua orang selalu akan gelabah bila mandikan dia. Kena mandikan cepat-cepat sebelum dia melalak dengan dasyatnya.
  3. Pandai senyum. Sejak first day lagi aku dah perasan dia tahu senyum. Comel. Hehe tapi selalu tak sempat nak snap time die senyum. Sekejap sangat. Kadang-kadang bila kita cakap pasal dia, dia senyum. Kadang-kadang baru lepas menyusu, dia senyum. Tak tentu. Sometimes masa bukak mata, sometimes masa tutup mata. Isn't that adorable?
  4. Si kecil ku kini sudah pandai menjerit. Kalau dulu, volume die akan naik secara berperingkat macam gear kereta; mula-mula 1, kemudian up sikit jadi dua dan seterusnya kalau orang tak hiraukan jugak dia, muncul lah volume die yang ke-5. Ha, baru gelabah semua orang. Tapi sekarang dah tak ada pre-warning signs lagi dah; terus melalak jadi volume 5. Tak ada nak naik gear satu-satu dah. Entah kat mane dia belajar.
  5. Huda suka bulatkan mata dan kerutkan kening everytime dia eyak tapi mulut dia tak berbunyi langsung. Serius kelakar kalau tengok muka dia time tu.
  6. Yang paling tak tahan, kecil-kecil cili api. Kecik-kecik lagi dah pandai buli orang ni. Baby suka betul kencing dan eyak masa tukar pampers. Tak sempat nak letak pampers baru lagi, dia dah eyak dulu. Kalau sekali tak apa jugak. Ni berdas-das dia bagi. Hah, amik ko! Ada sekali dia berak atas my mom selepas mandikan dia. Hoho dah wangi-wangi, dia eyak pulak atas wan die ye. Atas makcik urut pun dia pernah kencing dan beri 3 das eyak. Ganas...ganas. Kesian makcik tu. Makcik tu tolong urutkan perut dia, dia tolong kencingkan pulak. Haiyaa anak dara mama nih. Bertuah betul.
  7. Huda memang ada baaanyak sangat ekspresi muka. Kadang-kadang macam angel; putih bersih muka dia. Innocent je. Itu biasanya bila dia lena diulit mimpi. Kalau dia marah atau menangis, memang merah padam muka dia. Belum tambah lagi ekspresi mulut. Huda boleh menggayakan mulutnya dari saiz yang kecil sehingga saiz yang paling besar; iaitu ketika dia melalak. Macam-macam ADA!
  8. Lagi satu, Suka menggeliat. Pusing kanan, pusing kiri. Angkat kaki ke atas. Tambah lagi dengan sound efek dia. Memang macam-macam bunyi yang keluar kalau dia tengah stretching. Tak perlu ada muzik iringan, buyi dia sendiri pun dah cukup.
  9. Lagi satu habit Huda, dia suka angkat dua-dua tangan ke atas semasa tido; ala-ala 'Saya Juara' gitu you. Memang relaks habis.
  10. My mom kata baby sangat cerdik pandai. Kenapa?? Sebabnya dia pandai betul berlakon depan orang tau. Senyap je depan orang, tak ada nak melalak. Everytime ada ramai orang mesti dia tidur memanjang. Tak bangun dan tak keluar langsung 'girly' voice dia tuh. Semasa akikah hari itu, semua orang cakap dia budak baik. Time orang potong rambut lebat dia tu pun, senyap je. Tak menangis pun. Memang cool aje. Pandai betul dia bersopan di hadapan khalayak ramai. Cuba datang time nak mandikan dia, ha baru tahu tahap ke'baik'an dia nih. Gamat satu rumah!
Memang macam-macam gaya ADA!

October 14, 2010

A Gift from God

Fresh from oven. Day 0
Day 9
Alhamdulillah. 
Fatimah Huda binti Mohd Hazwan has safely arrived on 30th September at 9.50am per naturale. Birth weight was 2.88kg. 
So, here comes the journey of motherhood. 
May Allah bless our little precious and make her one noble caliph. 
Insyallah.