April 07, 2010

Pertemuan ke-2

Kami bertemujanji lagi buat kali kedua. Walau hanya dirancang pada saat-saat akhir, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Koh koh koh.

Saya tengah gembira neh kamu tak tahu ke?

Si kecil saya sudah membesar dengan jayanya. Tiadalah besar seperti seorang bayi, beliau masih hanya seorang fetus dan berada dalam kantung ibunya. Kih kih. Mahu ngeri kalau dalam 2 minggu bayi membesar daripada 4cm menjadi sebesar bayi. Barangkali perut saya pun tidak muat. Habis, mahu letak di mana, takkan nak pasang external? Haha. Lawak yang tidak bermanfaat. T___T

Serius balik!

Semalam, kami merpati dua(?) sejoli (secara zahirnya kami hanya berdualah, keperutan masih tidak kelihatan) ke klinik untuk mengadakan ultrasound (US) ke dua, susulan daripada yang pertama 2 minggu yang lalu. Usia kandungan pada hari semalam adalah 13 minggu 2 hari. Ibu gembira! Si kecil sudah besar (err besar sedikit berbanding dulu). Kepanjangannya sudah mencecah 7cm; berbanding 4cm pada dua minggu yang lalu.  Degupan jantung dan semua organnya berada dalam keadaan normal. Alhamdulillah. Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat dan kuat. Dah cukup umor nanti ibu kasi minum milo ANDA JADI SIHAT DAN KUAT ok. Misi masa depan.



Ini bukan bayi saya. Ini cuma gambar contoh. 
Kiranya ada iras-iras lah kot; walaupun mereka bukan adik beradik. 
Sumber: En Google.

Nampak tak tangan bayi tersebut? (sila rujuk gambar rajah di atas). Semalam, ketika doktor US sedang mengerjakan kerjanya, si kecil yang berada di dalam kantung ibu ini pun sedang berposisi yang sama. (Kan dah cakap seiras tadi. Bukan muka yang seiras tetapi tangan mereka yang seiras). Mungkinkah si kecil di dalam sedang melambai-lambai tangan ke arah ibu dan bapanya?? Mungkin dia seronok diperhatikan ibu RATU HATIKU dan sebab itu dia lambai kot. Eh eh anak ibu sungguh bijak pandai. Ibu tak beritahu kamu pun ibu nak beremu-janji; tahu tahu aje kamu nih. Telepati ibu dan anak. AHAHA.
Sayang betul tak dapat tangkap gambar seperti gambar rajah di atas. Doktor US kami hanya mengambil posisi bayi seperti US yang pertama. T__T Jadi, gambar kali ini tidak banyak beza berbanding gambar yang pertama. Yang bezanya cuma tahap keZOOMan(?) gambar. Kamu tak paham? Abaikan. Tak penting pun.

Sekian sahaja. Selamat tinggal. Mahu pergi berehat sekarang.

2 comments:

iman said...

mashaAllah..anda sedang pregnant kah Ne-G? Moga selamat dan sihatlah bayi itu.inshaAllah... :)

Tahniah!

n.e.G.y said...

Trimas, Iman. Doakan si ibu ni juga. hehe.