January 08, 2010

Ceritera 4 Sekawan


Sayangkan suami, tinggal-tinggalkan....

Peribahasa hari ini. Maksudnya: Kalau sayang suami, sekali-sekala kenalah tinggal-tinggalkan mereka bersendirian. KAH KAH. Kamu buat lawak apa neh? Baik. Mari aku terangkan supaya lebih jelas lagikan bersuluh. Tahu mengapa kadang-kadang kena biarkan mereka sendirian? .... Tak tahu? Tunggu aku beritahu.

Supaya dunia mereka aman sekejap tanpa leteran insan bernama 'bini'. 'Bini' juga boleh ambil days off daripada berleter. Betul? Baik. Baik. Itu bukan aku. Aku tak banyak berleter. KAH KAH KAH.
Jujurnya, supaya mereka boleh feeling tengok bola dan tak ada orang kacau dan usik-usik kat tepi cakap itu dan ini (read: kutuk pasukan dia. Pantang nenek moyang tahu!), juga tak ada orang sibuk nak berebut internet dengan dia dan akhir sekali biar dia dapat rasakan komputer riba itu hanya dia yang punya. 'The sense of possession' gitu, you! Bukankah itu bagus namanya?

Apakah.

Ok. Itu hanya alasan untuk sedapkan hati sebab dah tinggalkan suami berjam-jam di rumah.T__T


Jom jalan-jalan bersama empat gadis. (Opss! Hanya 3 gadis dan seorang lagi wanita yang tinggal suami dia kat rumah. Nak kena sebat ni T____T ).

Tarikh: 02.01.10
Jam: 1100-2100
Lokasi: Mega (Everybody's own), Ksotovo




 Perkenalkan barisan krew 'Jalan-Jalan Habiskan Wang'. 
Dari kiri: Ilya, Reena dan ehem.. wanita melayu terakhir...ehem.


  
  Ko tengok muka parasite yang suka menumpang tatkala orang lain mahu bergambar.
Lagi seorang gadis (bergigi baju putih): Katy (bukan nama sebenar)


 
Aktiviti pertama sebelum memulakan kegiatan ehem ehem; MAKAN! 
Cuba teliti muka mereka yang kebuluran.



 Lazat tetapi memuakkan.
Lokasi: Reastauran dalam IKEA



Ada idea, Ada IKEA!
Pilih-pilih, tak murah pun.




Model sampingan Kedai kopi 'unknown'




 Dah pekena Cappuccino, kita melaram bersama spek hitam yang tak mampu untuk dimiliki.
Lokasi: 9 Barat (read: Nine West)



 
Spot the difference!
Nampak nombor 50% kat belakang tuh? Mana aku tak panas!


Jalan. Makan. Jalan. Makan. Mari meng-kenyangkan perut lagi!
Kau tengok pipi aku dah kembung. Ini gara-gara mereka yang paksa aku makan.


Malangnya, SALE hanyalah suam-suam kuku. Sudahnya, 'Jalan-Jalan Habiskan Wang' bertukar menjadi 'Jalan-Jalan Cari Makan'. Hoho!




Muka kepenatan setelah puas tawaf satu MEGA. 
Bukan satu kali, mind you! Berkali-kali.  Rasa nak tertanggal pinggang aku. 
Agaknya berapa kalori lemak aku terbakar?


 
 Bergambar kali terakhir. 
Kenapa Christmas tree tahun ni tak meriah sangat?
Oh, economy down turn is it?

 
Sekian, kami mahu pulang!



No comments: