February 22, 2009

Aku Dan Diari Biru

Sudah lama aku tinggalkan bidang penulisan. Jadi sekarang rasa kekok pula bila nak berbicara dengan pena.

Aku mula tulis diari sejak berada di sekolah menengah. Ye lah kan, berada di sekolah berasrama, jauh daripada rumah, diari itulah teman setiaku. Nak telefon rumah, kena beratur panjang. Pastu nak cakap pun kena berlapis sebab ramai tengah tunggu giliran. Ada sekali aku pernah mengadu nak balik sebab homesick dalam telefon (dengan teresak2), bila aku naik form 5 pon kawan aku tu tanya lagi pasal insiden tu. Haish.. Malu betul....

Kalau ada je perkara yang buat aku tidak puas hati, pasti buku itulah tempat aku luahkan isi hati. Mungkin sebab itu aku jadi seorang pendiam. Lebih banyak yang aku pendamkan daripada yang dituturkan. Bukan apa, kadang-kadang sesetegah perkara tu aku rasa terlalu remeh untuk diperkatakan.

Bila aku naik tingkatan 2 atau 3 (tak ingat) famous pula novel alaf 21. Ada je orang beli novel yang best untuk dibaca, satu dorm kitorg rotate. Ada yang sanggup stayup malam semata-mata nak habiskan novel.

Lama-lama, minat untuk buat novel sendiri pun timbul. Lepas habis PMR, aku sudah mula berjinak dengan pena. Sedikit demi sedikit aku coretkan. Semasa tingkatan 4, aku dan rakan karibku Salwa (classmate duduk sebelah sebelah) berpakat tulis cerita sendiri. Yelah kan, orang kata tingkatan 4 kan honeymoon year. Datang je idea, terus isi dicoretkan. Kami tukar-tukar. Aku baca dia punya, dia baca aku punya. tapi tak habis pun cerita tu aku tulis sebab lama-lama jadi sibuk...hehe

September 2004, aku menjejakkan kaki ku ke bumi Russia yang penuh dengan keasingan.. Hidupku sebagai seorang pelajar perubatan bermula. Makin lama makin jauh aku dengan bidang penulisan. . Asyik bergelumang dengan istilah perubatan menyebabkan bakat aku menjadi semakin pudar.

Well, here I am.. Once again..........

Akan ku kilatkan balik bakat itu (^___^)v

Anger Management

Beberapa hari kebelakangan ni, aku rasa cepat sangat nak marah orang. Apa yang orang cakap atau buat semua nak buat aku rasa sakit hati. Semua tindakan mereka akan buat aku rasa 'berdesing telinga'. Kalau orang kelate cakap, 'bekok hati nok maroh'. Buat masa ni hati aku penuh dengan kemarahan. Astaghfirullah... ini bukan yang aku dambakan.. Mungkin the unfinished exam ni effect aku subconsciously. huhu.

Jadi aku harus cepat selesaikan exam ni. Tetapi dengan perasaan malas dan jemu yang lebih banyak menguasai diriku ini, aku pun tidak tahu bila la aku nak habiskan....huehuehue

NEG...BERUSAHA..!!!