July 29, 2009

TerHARU~~


Aku demam.
Bermula semalam.

Semua org sangat concern. I rasa sangat terharu. Semalam, balik je kerja mak mertua terus cek keadaan menantu. Sentuh dahi, sentuh leher. " Panas ni. Bawa pergi klinik la" kata ibu mertua kepada anak lelakinya. Hehe.. Comel kan..

Malam tu pulak adik ipar i bawa pergi klinik. Siap hantar depan pintu klinik. Nasib baik kereta tak boley bawa masuk ke dalam klinik. Hahah.
Yang bongsu pun nak ikut jugak. Nak monitor keadaan kakak ipar dia kata nya. Hehe. Cute!

Di kala hujung bulan begini, ibu mertua ku sangatlah sibuknya. Nak closing. Balik pun lambat. Dah tu, ada lagi kerja yang kena bawa balik untuk di siapkan di rumah.

Pagi tu, sebelum ke tempat kerja, si ibu mertua pantau dahulu keadaan menantu. Ohh masih panas; kata si ibu mertua. Tambahnya lagi; kalau boleh, mama nak je ambil cuti. Kesian katanya, tengok menantu ini demam. He he he. Terharu lagi sekali.

Mak mertua balik lambat petang itu. Balik je kerja, bilik pertama yang dia akan singgah adalah bilik menantu yang tengah sakit nih. Ehh panas lagi la! Nanti mama masakkan bubur ye. Ohh, ibu mertuaku masakkan bubur! Tenkiu ma..

Si suami pula memang bertungkus lumus sejak hari pertama i demam. Basahkan kain untuk letak kat dahi. Sediakan makanan. Sediakan ubat. Habis adik adik dia pun kena kerah buat kerja juga. Hahah. Time kasih sayang...

Dah lama sebenarnya i tak demam panas macam ni. Last time masa form 4 kot. Kat sekolah dulu. Sekarang paling tidak pun rasa je macam nak demam tapi tak demam pun. I mean tak lah sepanas ini.

Terharu. Terharu. Terharu...

July 28, 2009

MiSsiNg My BRO~


Serius penat bangat
Barulah nampak rupa rumah sket

Rumah ku kini kembali menjadi syurga ku

Dalam seminggu ni rasa macam hidup dalam pelarian jek..
Haha

Penat sangat okeh berkenduri kendara nih!

Time buat preparation dah penat
Time majlis pon penat jugak
Selepas abes majlis pon penat lagi sebab kena mengemas
Haishhh...
Nasib baik sorang kawen sekali je (Insyallah...mudah mudahan)


Abgku pula sudah pulang ke NZ
Dia bertolak ptg tadi
Sedih sangat
Sedih bangat
Sangat sangat lah sedihnya
Dah la dia tanak org hantar dia kat epot
Dah 2 thn kott tak jumpa dia
Banyak benda nak borak
Byk perkara nak sembang
Mengumpat pon tak sempat abes lagi
Haha
Sekarang i sangat rindu dgn dia
Tak puas lagi borak
Tak puas agi nak cubit pipi die yg chubby tuh
Tak puas agi nak 'makan daging' dgn die
Sekejap sangat dia balik

Entah bila lagi boleh borak panjang dgn abe

Huhu
*Nangis*

Tapi kan, I never thought he is soft-hearted person
Serius terharu dan sebak sangat masa abe kasi ucapan
Nasib baik berjaya kontrol air mata daripada menitis

Sangat tak sangka hati dia mudah tersentuh
Aku rasa baru sekarang aku mula memahami dia
Selama ni aku selalu bersangka buruk
Selalu fikir bukan bukan
Maaf sangat sangat abe


Abah pula demam
Time habis kenduri semalam, badan dia dah stat panas
Kesian abah
Dah lama dia tak demam
Huhu

Sekarang kat umah tinggal mama abah dgn pengantin baru je
Kesian pulak tgk muka abah time aku nak balik Taman Jasa tadi
Huhu
Muka abah berubah time aku salam dgn dia
*Uwaaaaa*
Aku sangat sensitip kalau muka org berubah especially suami dgn mama abah
Aku tak boleh tgk muka derang berubah
Huhu
Maap ma abah
Kehendak suami perlu dituruti...
*Nangis lagi*

July 19, 2009

S.I.B.U.K


SIBUK

SIBUK

SIBUK

Sungguh. Saya sibuk bangat sekarang

Ke sana dan Ke Mari

Kesannya, saya berasa sungguh penat

Entah bila nak stat praktikal.

Dan entah bila juga mahu mula buka dan baca buku. HAISH !!

P/S: Suami sila bawa saya ke gunung sekarang. Saya perlukan tempat untuk berehat dengan tenang. Betul ni. Bukan main main tau..


Gunung bersalji sangat sejuk kan? So tanak lah yang ini. Tukar yang laen.

Just nice. Nyaman, aman dan tenang. Just what i need.

July 15, 2009

SABAR......
.....selagi mampu

July 12, 2009

Penat Penat dan Penat lagi

Rasa sangat penat
Walaupun bukan saya yang drive
Walaupun saya hanyalah penumpang
Tapi tetap rasa penat
Ke sana dan ke mari
Penat.
Penat.
dan
Penat.
Esok saya akan mula praktikal poliklinik di Hospital Selayang
Harap tak penat
Saya sudah penat nak berasa penat lagi
Tak mahu penat penat lagi
OK.
Papai.
Esok pukul 8 dah kena ada di hospital untuk lapor diri
Jom tido....

July 10, 2009

Putrajaya by night

Beshh!! I baru keluar dating dengan hubby. Sightseeing kat Putrajaya. Heeeeee ^__________________^ (senyum gedik sket). Tapi lupa pulak nak bawak kamera. Dah sampai sana baru teringat. Aiseh! Takleh nak snap piccas romantik i ngan hubby. Eceh.

Amaran: Kelakuan ini hanya boleh di ikut oleh mereka yang sudah berumah tangga sahaja ok!

Dah abes round Putrajaya singgah pulak kat kedai mamak. Nak tau my ha-B order ape?? At first die mintak roti telur 2 biji. I thought dia nak roti telur tu dua biji rupanya dia nak telur dalam roti tu taruk 2 biji. I mintak thosai je la. My faveret kat kedai mamak. Then brader lain dtg tanya balik. U mau taruk 2 telur dalam 1 roti ka? Kami angguk la. Then dia cakap balik. Tu roti jantan la... OMG!! Pervert nya mereka ini. Pastu baru teringat post Ilani kat blog dia. Ahah. Siapa la pencipta nama untuk roti tu. Tak lalu i nak makan roti yang bernama begitu....

July 09, 2009

Sedutan minggu lalu

Wah banyaknya sarang kat sini.. Ish..ish..sape punya la neh.. Isk isk..

Hurmm...Dah 10 hari rupenya aku dah berada di tanahair, tanah tumpah darahku
(ehh ye ke dah tertumpah darah kat sini?? hurm ye kot kan...)
Dalam masa seminggu ni macam macam dah aku makan. Nampaknya usaha perternakan badan sudah pun bermula. Hahah.
Minggu lepas memang penat bangat menolong keluarga mertua buat persiapan untuk kenduri along (abg ipar). Memang penuh ah satu umah ah dengan saudara mara. Sangat riuh rendah.. hehe. Di tambah lagi dengan kehadiran The Nasty Jijoi yang menceriakan suasana. Memang besh wa cakap lo!


Sekuel Perkahwinan Along dan Kak Nofa
3/7 : Akad nikah selepas Asar di rumah pengantin perempuan yang bertempat di Putrajaya


Ini lah Along (gambar dicurik dr blog Kak Yong..haha sori ye kak)

Ni mestilah sebelum akad nikah.. Tgk la punye neves muka empunya diri



Alhamdulillah...
Sesudah akad nikah muka pon dah ceria, tiada lagi mendung di hati..haha


4/7 : Majlis Perkahwinan oleh pihak perempuan yang bertempat di Menaja PJH

-Harap maaf.Gambar masih tiada buat sementara waktu. Segala kesulitan amat dikesali-
(Ahahahaha ciluk ayat JKR sket)


5/7 : Majlis bertandang yang bertempat di Taman Jasa, Selayang


Ketibaan Pengantin


Ceria tak keluarga kami?? Hehe


Inilah iparku

Dari tepi: Mizi, Cipudeng, Angah, My ha-B, Me, Nisa


Pengantin lama atas pelamin baru

Long, pinjam pelamin jap yeh....

Petang tu sorang demi sorang sedara balik.. dah kurang riuh da. Operasi mengemas rumah pun mula la berjalan tapi sikit sikit je la dulu.. Penat woo melayan tetamu.

6/7 : Operasi mengemas rumah berjalan secara besar-besaran. Cipudeng bertolak pulang ke UITM tengah hari. Petang tu, bila dah habis kemas rumah my suami n me bawak nisa pegi KLCC. Outing dgn little sister.

7/7 : Lepas breakfast, Mak Lang and family pun bertolak pulang, bersama The Nasty Jijoi. Sedey. Along dan Kak Nofa pula akan ke Bali pada hari Rabu so mereka pula bertolak pulang ke Putrajaya.Dah sunyi jadi rumah tu.huhu. Petang tu ma n abah hantar Mizi balik Shah Alam. Lagi sunyi ok! Malam tu pulak my hubby n me pulak balik Bangi. Sian mama. Tinggal la 4 org kat rumah tu..

Home Sunyi Home



Ini lah dia The Nasty Jijoi

MuaXxXXx.. mishh u bebeh!!