May 27, 2010

The End of A Journey

It's my last day as a med student. Now comes the hard part - EXAM. Scary !!
  • 28 June - MCQ
  • 1 July - Public Health (aka Public Hell! Duh @_#)
  • 5 July - Internal Medicine
  • 9 July - Surgery
  • 17 July - Paediatric
  • 21 July - Obstetric n Gynecology
  • 25 July - Graduation day (HooOOrayy!)
Good bye for now. Got to do some revision. Chiaow!

May 26, 2010

Wishing Upon a Star



 so many hopes 
so many dreams 
a lot of wishes 
and 
a lot of whims

if i have it all

would i be the happiest of all...?

May 17, 2010

Quick Updates

I've been down with this allergic thingy. Running nose, sneezing, itchiness, cough etc and etc. Sigh. hello Spring!

1. My days have been normal. Class, lectures, just student routines.  And not to forget the extra sleeps too. Well, how can i resist with those allergies. Right?  

2. GOS exam is just 2 weeks away and I'm still ermm fear-less? That's right. Still 90% not prepared. 2 months back, just glancing at the calender will give me shivers. Now, not anymore! It's not that I'm READY with brain-FULL of knowledge. It's because, i just don't care anymore. 6 years long of studies. It's tiring! What ever. What ever will be, will be.

3. My Miracle is 19 weeks old today. Well, my belly starts showing since last week. No need for announcement, now almost every one knew. Few months back, i kept it as a secret. I know its a good thing. But here, even a good thing can turn out to be bad. If you know what i mean! They can terminate you from studies if they knew you are pregnant. By 'they' i mean the deans, and of course the psycho lady is included! Not to mention, you need to redo a year starting form the beginning. Duh, what a load of problems! 
My appetite is coming back. Morning sickness has long gone. Good signs for gaining some weights. Is it good or is it hurmm not good?
Now, I can feel my little ones moving around; doing some kicking and somersaulting. Uh maybe My Miracle is practicing for World Cup too? Haha. Jelly funny!

4. My flights back to Malaysia has been confirmed! YahooOO! I'll be back Insyallah on 3rd July. Can't wait for the goreng pisangs, keropoks, mamaks and loads more! HAHAHAHA Yabedabedooo!!!


5. This few months, i choose to be on my own (uh by that, i mean my hubby too of course. US, Alone). Most of my times were spent in our room, far from them, far from friends. I rarely mingle with girlfriends anymore. I don't know. It's just that i'm more comfortable this way. With them, around them i can't seem to be me, anymore. Guess antisocial suits me the best now. What ever, again!

I guess that's all for the time being. 

Words of the day: The exam is no fun!

April 13, 2010

April Full


Bulan April datang lagi. April yang begitu full. Bukan fool eh. Apa kelas April Fool?

Bulan April, bulan kecintaan. Musim bunga sudah datang menjenguk sekali dua. Dia jenguk saja, tak mahu bertandang lama-lama. Sebab itu bunga masih belum ada, musim saja yang dah bunga tapi bunganya belum tiba. Aik? Apakah. Kan dah cakap tadi dia datang jenguk saja tak mahu bertandang. Tetapi sekurang-kurangnya salji sudah cair, dah hilang. Babai. Dan suhu pun sudah berada di takat yang nyaman gitu; tidak hott (auww) dan tidak sejuk melampau. Sedang-sedang saja. I loikee!

Bulan April terakhir di bumi asing. Sekarang berasa seronok. Tetapi, mungkin nanti akan rindu pada negara asing ini. Mungkin saja. Mungkin saja bahagia kerana tidak lagi perlu berhidupan di negara yang sungguh asing ini. Yabedabedoooo. Sungguh seronoks memikirkan tidak lagi perlu berhidupan di sini dan boleh berhidupan secara normalan di tanah tumpahnya darahku... 

Bulan April sebagai pelajar tahun terakhir. Dah masuk tahun akhir ni, bulan April boleh di kira sebagai opening kepada bulan pepriksaan. Sebab itu, kalau kamu lihat saya sungguh jarang sekali mahu mencoretkan bebelan panjang di sini. Konon sedang duduk di meja dan mengulangkaji lah. Konon saja. Hakikatnya, ha ha ha! 
Bulan ini bakal penuh dengan exam practical. Hoh. Penuh? Setiap hari ke? Ok. Itu hanya exaggeration sahaja. 3 subjek je pun; kira macam satu subjek satu minggu lah. Apa yang penuh nye?  Tambah dengan kelas, kuliah pada waktu petang, peruntukan tidur yang tidak boleh abaikan, masa untuk memasak kemudian memakan masakan, berkasih-sayang sikit-sikit (eceh, tetibe! Tumpang lalu. Iklan sekejap); habis bila mahu mengulangkaji pelajaran. Boleh beritahu saya sekarang? Masa saya full tahu. April ini sungguh full. April fool! Jenaka berkualiti rendah. T____T


15 April - Internal
19 April - Obs n Gyn
27 April - Surgery


Hooray. Dah habis cerita. Mari pergi sambung memetik bunga di taman... (#_@)

April 07, 2010

Pertemuan ke-2

Kami bertemujanji lagi buat kali kedua. Walau hanya dirancang pada saat-saat akhir, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Koh koh koh.

Saya tengah gembira neh kamu tak tahu ke?

Si kecil saya sudah membesar dengan jayanya. Tiadalah besar seperti seorang bayi, beliau masih hanya seorang fetus dan berada dalam kantung ibunya. Kih kih. Mahu ngeri kalau dalam 2 minggu bayi membesar daripada 4cm menjadi sebesar bayi. Barangkali perut saya pun tidak muat. Habis, mahu letak di mana, takkan nak pasang external? Haha. Lawak yang tidak bermanfaat. T___T

Serius balik!

Semalam, kami merpati dua(?) sejoli (secara zahirnya kami hanya berdualah, keperutan masih tidak kelihatan) ke klinik untuk mengadakan ultrasound (US) ke dua, susulan daripada yang pertama 2 minggu yang lalu. Usia kandungan pada hari semalam adalah 13 minggu 2 hari. Ibu gembira! Si kecil sudah besar (err besar sedikit berbanding dulu). Kepanjangannya sudah mencecah 7cm; berbanding 4cm pada dua minggu yang lalu.  Degupan jantung dan semua organnya berada dalam keadaan normal. Alhamdulillah. Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat dan kuat. Dah cukup umor nanti ibu kasi minum milo ANDA JADI SIHAT DAN KUAT ok. Misi masa depan.



Ini bukan bayi saya. Ini cuma gambar contoh. 
Kiranya ada iras-iras lah kot; walaupun mereka bukan adik beradik. 
Sumber: En Google.

Nampak tak tangan bayi tersebut? (sila rujuk gambar rajah di atas). Semalam, ketika doktor US sedang mengerjakan kerjanya, si kecil yang berada di dalam kantung ibu ini pun sedang berposisi yang sama. (Kan dah cakap seiras tadi. Bukan muka yang seiras tetapi tangan mereka yang seiras). Mungkinkah si kecil di dalam sedang melambai-lambai tangan ke arah ibu dan bapanya?? Mungkin dia seronok diperhatikan ibu RATU HATIKU dan sebab itu dia lambai kot. Eh eh anak ibu sungguh bijak pandai. Ibu tak beritahu kamu pun ibu nak beremu-janji; tahu tahu aje kamu nih. Telepati ibu dan anak. AHAHA.
Sayang betul tak dapat tangkap gambar seperti gambar rajah di atas. Doktor US kami hanya mengambil posisi bayi seperti US yang pertama. T__T Jadi, gambar kali ini tidak banyak beza berbanding gambar yang pertama. Yang bezanya cuma tahap keZOOMan(?) gambar. Kamu tak paham? Abaikan. Tak penting pun.

Sekian sahaja. Selamat tinggal. Mahu pergi berehat sekarang.

March 26, 2010

Nothing Changes on a Busy Road


 
I'm standing between the roads, stagnantly.
Busy, I know.
Cars are running.
Peoples are walking.
Lights are twitching.
Yet, I'm still standing. 
Not moving.
As if, my mind goes somewhere.
But my body is to be nowhere.
Indeed, I'm still here.
Silently awaits.
For nothing.
No walking. 
Nothing progress.
Likewise, nothing change..

March 17, 2010

My Little Precious

Kamu tahukah semalam adalah Hari NeGy yang setaraf dengan Hari Ibu sedunia dan semamangnya layak untuk bercuti semalam? Hoho muqadimmah pun dah macam nak minta kena sekeh. AKu tahu. Tapi aku tak mahu kena sekeh. T___T

Semalam aku buat cuti sendiri. Walaupun tiada cuti nasional dalam kalendar pada tarikh 16 Mac 2010, aku buat-buat seolah-olah semalam adalah hari untuk bercuti. Hari Ibu lah katakan. Mestilah kena cuti. Bukan begitu?

Sempena hari buat-buat cuti sendiri, aku mengajak Mr Husband yang memang kelasnya mendapat cuti untuk pergi ke poliklinik untuk membuat pemeriksaan atau bahasa senangnya check-up. Bahasa sahaja yang senang tapi nak pergi buat check-up tu memang tak senang langsung. Uhuh T____T. Banyak menguji kesabaran betul. Haish.

Aku di minta oleh my OnG (read: Obstetric and Gynecology) untuk ke tempat-tempat tertentu untuk menjalani pemeriksaan oleh doktor perubatan, ENT, Opthalmologist dan Stomatologist. Aku ingatkan senanglah seperti di Malaysia; pergi sahaja satu klinik dan mereka akan tujukan hala tuju yang perlu diikuti. Realitinya 'tak seindah khabar apatah lagi rupa'. Hoho macam enak saja pepatah ini. Tak layak masuk dalam kamus DBP ke? Hoho T___T

Aku sedih tahu. Kecewa jugak dan marah pun ada. Geram!

Kenapa? Kenapa? Apa jadi ??

Iklan: Abah aku kata kena jaga emosi untuk pertumbuhan psychology yang sihat untuk anak. Baik bapa. T__T

Oleh itu, aku akan skip perkara-perkara yang mensakitkan hati.

Tak semua urusan aku selesai. Daripada keempat-empat doktor yang aku perlu jumpa, baru satu selesai- opthalmologist. Itupun adalah juga beberapa jam aku tunggu. Daripada beratur untuk bayar hingga ke beratur untuk mentemui doktor. Huh! Venci vetul lah. Bila pula aku nak buat cuti pastu pergi habiskan berjam-jam lagi untuk ketemu doktor?? Haish. T________T

Jadi, kesimpulannya Russian memang vongok dan aku tak suka tinggal di sini.
Nasihat aku untuk sesiapa yang ada impian untuk membina kediaman mahupun keluarga di Russia, fikirlah beratus-ratus kali. Nak fikir lagi banyak pun lagi bagus. Tak ada apa yang bagus di sini kecuali Vodka. Itupun bukan sebab ianya baik untuk kesihatan, tetapi sangat baik untuk ekonomi kerana harganya yang murah dan senang untuk didapati. Blergh. Russian vongok!

Destinasi seterusnya, ultrasound! This really made my day... 

Senyum hingga ke hujung telinga...... ^___________^

Kamu pernah tak rasa jatuh cinta pada pandang pertama?

Contohnya dalam bangunan tempat kamu kerja, ada seorang jejaka yang sangat kacak. Sangat kacak sampai kamu tak boleh bayang bagaimana ketampanan dia sebab tak pernah jumpa. Memang kamu tahu jejaka yang sangat tampan itu wujud, you acknowledge that. Tapi sebab tak pernah pula bersua, kamu seperti kurang beri perhatian kepada dia. Kiranya macam hanya 'aku tahu kamu ada' perasaan dan tiada lebih. Walaupun begitu, kamu jaga attire untuk sentiasa kemas; mana tahu kot-kot kamu akan terserempak dengan dia. Dan pada suatu hari, the day has come. Kamu terserempak dengan dia dalam lif dan bertemu mata dengannya. Jantung kamu seperti mahu luruh, macam musim durian luruh...

The love is in the air...
 

Butterflies are flying everywhere...


Hai jejaka hansem! Nice to meet u. I'm your mummy.



Jejaka hansem yang buatkan hatiku mahu luruh 
seperti musim durian luruh



I'm 11weeks pregnant and this is what my sweetheart looks like


Wink.Wink. Aku sungguh gembira. Rupanya betul ada si kecil sedang bertenggek kat dalam tu ye. Hehe. Mama suka. Mama suka. Tak sabar nya nak jumpa!


Sekian laporan untuk hari ini. Mari ke kelas!

March 14, 2010

The Lazy Illness

I like the word "indolence." It makes my laziness seem classy.  ~Bern Williams
Penyakit malas datang singgah lagi. Dah lama dah. Sebab tu blog ini sudah bersawang, nampak seperti tidak berpenghuni. Tapi, memang aku tak menghuni disini. Ahh. Whatevs! Malas nak layan. 

Blergh.

Mari aku senaraikan satu persatu 'The Lazy Illness' yang sedang menghuni aku. Huh? Kenapa bunyi seperti ada sedikit spooky je. Urghhh. Creepy.

Satu. Malas nak tulis blog. Seperti tidak biasa. Memang sedikit luar biasa. Dahulu, walaupun malas, idea masih datang. Maka, bila idea datang dengan spontannya keinginan untuk membuka blog mengatasi kemalasan yang suka datang tak beri salam. Sekarang macam sangat malas, seperti mahu delete akaun sahaja. Benarlah pepatah 'hangat-hangat feaces chicken'. Kehangatan tu sekejap sahaja. Seperti kerajinan aku ni lah yang datang bertandang sahaja tak mahu tinggal lama-lama.

Dua. Malas membaca buku. Bukan buku cerita eh. Itu memang sejak azali lagi. Jadi, dah macam diterima sebagai perkara biasa. Kecuali buku cerita cintan, jiwang berkarat terbitan Alaf 21 dulu. Itu exception. Buku cintan jiwang berkarat terbitan Alaf 21 memang sangat rajin kalau nak dibelek. Kalau lah dulu buku itu yang dijadikan buku pilihan untuk subjek sastera, aku yakin mesti dapat A plus plus lah. 
Tapi, ini kes parah tahu. Kes kronik dah. Lama betul dah aku tak buka buku untuk mengulangkaji pelajaran. Entahlah. Malas nak fikir dah. 

Tengok, MALAS lagi! 

Ketiga. Malas dah nak menghuraikan point-point seterusnya. Oleh itu, kita berhenti di sini saja ya. 

HAHAHA.

Entri malas sudah habis. Yeay. 

Bersurai!

February 21, 2010

My First Pregnancy

On every pages of life,
Everyone writes their own story,
But it is between the line,
Where we reveal our secrets...
-one on one-

February 08, 2010

The Weekend Escapade


Alhamdulillah. Just arrived from Moscow via train. The trip to Manchester is indeed a short but memorable ones. Will blog later about the trip whenever I have time or perhaps when I have the mood to blog about ones. Ahah! Am tired, hungry and sleepy T___T
Class is starting in the morning. Phew. So long holidays, welcome exams!

Good morning WORLD!

February 03, 2010

The Choosen One

Its the twist of fate that makes the journey of life MOMENTOUS....

February 02, 2010

The Making of Mini Pizza

Ayuh, mari belajar membuat pizza kecil bersama Chef Neg (ehem ehem). Entah sejak bila mendapat gelaran 'Chef' sedangkan ayam selalu terhangus tatkala orang itu berada di dapur hanya sekadar untuk proses penggorengan ayam. Aneh bukan? Tidak aneh. Mestilah orang itu angkat bakul sendiri. No..??! Dah. Dah. Cukup! Mari kita beranjak ke langkah seterusnya... 

Bahan-bahan yang diperlukan:
> Roti keping-keping seperti Gardenia dan seangkatan dengannya
> Sosej ayam atau daging mengikut citarasa sendiri
> Paprika
> Cheesy Keju


Bahan mentah yang diperlukan


Cara-cara:
  1. Yang perlu dipotong tu perlulah dipotong; yang itu tidak perlu diterangkan kan?
  2. Aku guna keju yang timbang. Sesungguhnya, keju begitu lebih elok digunakan untuk membuat piza kerana teksturnya yang senang melekatkan bahan-bahan yang berjiran denggannya. Faham maksud itu? Kalau guna keju Hochland perisa mushroom yang dijual dalam bentuk keping-keping tu, bahan-bahan macam kurang nak melekat sikit. Tapi, aku tak pasti pula di Malaysia senang atau tidak untuk bertemu dengan keju timbang. Ada ke eh? Tak pernah pula aku pergi menghendap keju di pasaraya di Tanah Air (eceh). Kalau aku teringin sangat nak makan piza pun langkah yang paling termudah aku bisa lakukan; angkat gagang dan dial 275-75-75 (betul ke?) Lama tak buat aktiviti sedemikian.
  3. Baik, langkah seterusnya lagi mudah. Secara amnya, hanya tabur menabur; bukan tabung menabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit eh. Tetapi nak tabur-menabur pun perlulah ada skill yag hanya ada pada ehem Chef Neg. Eceh. Perasan saja engkau neh! Haha. Tidak kelakar sungguh. Siapa yang rajin menyusun, susunlah elok-elok dan kemas-kemas sosej dan paprika di atas roti. 
  4. Seterusnya, taburlah pula keju timbang yang digrate terlebih dahulu.
  5. Bakar sehingga keju cair menjadi cheesy. Yummy!
  6. Hidang dan sedia untuk dimakan.
 Selepas ditabur-tabur; sebelum dibakar

 Zoom in

 Sekarang cheesy mini pizza sudah siap untuk dimakan. Yum yum! 

Sungguh simple bukan? Sungguh sesuai untuk menu sarapan pagi tatkala anda sedang bergegas untuk ke tempat kerja. Lagi enak apabila di minum bersama teh panas. Sungguh lazat ber-cheesy!

Selamat mencuba!

January 30, 2010

Projek Tiramisu ke-2


Projek tiramisu ke-2 ni bukanlah projek yang aku memang suka dan rancang nak buat disebabkan hari cuti yang bertimbun tetapi, lebih kepada sebab-bahan-dah-terbeli-jadi-aku-kena-juga-buat. 

Projek ini adalah projek tergendala. Aku pun tak tahu dah berapa lama projek ini sudah tergendala, tetapi yang paling pasti dah lama aku beli whip cream 33%. Ada lah dekat sebulan lebih juga kot. Itu pun gara-gara sebab aku macam dah terlalu teruja sebab baru dapat tahu rupanya sangat senang nak jumpa satu kotak whip cream 33% di pasaraya. Tengoklah betapa jakunnya aku. T____T

Yang jadi tergendala tu sebabnya bahan lain tak jumpa; salah satu bahan yang terpenting - kek span. Puas aku cari. Setiap kali aku ke kedai, setiap kali itulah aku akan terhendap-hendap cari kek span. Tak jumpa-jumpa. Aku give up sekejap. Sekejap saja eh. Tak lama, sebulan lebih je. Tapi, dalam masa give up pun aku masih tercari-cari. Kiranya macam hanya separuh hati saja yang give up, bukanlah sepenuh hati. Hoh. 

Akhirnya, setelah hampir satu bulan lebih aku mencari, ku ketemu jua dengan kek span itu. (Macam jejak kasih pun ada). Eureka! Excited kau tahu. Aku macam nak melompat je bila nampak kek span. Histeria! Kalau aku lompat betul mesti orang kat pasaraya tu dah cop aku jakun buat kali ke-2. T___T 

Jadinya, bermulalah projek Tiramisu tergendala 2 hari selepas itu. Dah nama pun projek tergendala. Alang-alang dah tergendala, kita tunda lah sikit lagi. Kau tengok budak pemalas ini. T___T 

Dahlah sudah tergendala, pastu masa nak buat tu banyak pula songeh kek ni. (Macam kek pula yang bersalah)

Baik baik. Aku yang salah. Siapa suruh tak pukul whip cream tu betul-betul sampai pekat. Aku ingatkan dah cukup pekat, jadi aku sapu la krim atas kek. Rupanya, krim masih separa pekat (kiranya separuh pekat, separuh cair. Macam mana tu?). Aku yang separa bijak ini pun letak la dalam peti sejuk untuk satu hari kononnya untuk jadikan krim menjadi pepejal dan bukanlah cecair. Tunda lagi sehari, kek masih belum nampak rupa. Keesokkannya, aku bajet krim tu macam dah pekat jadi aku tambahkan lapisan kedua. Krong krang krong krang. Tak lama kemudian, kek aku senget ke tepi macam menara condong Pisa. T___T

Apa aku dah buat ni?? 

Namun, setelah beberapa ketika berhempas-pulas bersama projek tersebut, akhirnya, nampak juga bentuk kek. Apa yang aku dah buat, biarlah rahsia...

Perkenalkan projek tergendala 2009


Dari tepi


Yummy yumm.. Ada sesiapa yang dah meleleh??


Kek dihias dengan coklat IKEA 39r

Sekian, cerita dah habis. Mahu pergi ptong kek. Nak ikut??

 

January 28, 2010

Cuti Semester Telah Bermula...


Oh. Sungguh seronok dapat bercuti lagi. Heaven! Tapi kali ini, lebih panjang daripada biasa. Kenapa bunyi macam iklan kat TV je? AHAH. 

Pernyataan itu sungguh tidak benar. Sesungguhnya, cuti semester kali ini adalah yang paling pendek dalam sejarah 6 tahun aku berada di bumi Russia. Barangkali disebabkan oleh ketiadaan peperiksaan di hujung semester maka, kelas dipanjangkan sehingga 25 Januari. Sudahnya, cuti semester kali ini hanyalah cukup cukup 2 minggu. Nak pergi meluaskan pemandangan di negara jiran pun macam nyawa-nyawa ikan. Setiap pagi, Kami (pelajar tahun 6) masih terkedek-kedek ke kelas ketika mereka yang lain masih enak berada di sebuah negeri yang bernama 'Dreamland'. Sedih tak? Sedih tak? Macam tragis sangat je nak sedih sebab kena pergi sekolah naik bas pagi-pagi!
Tetapi, disebabkan exam Paediatrik pelajar tahun 5 akan dijalankan pada 22 Januari, kami dapat bercuti awal 4 hari daripada yang dijadualkan. Bonus! Hip Hip Hoorayy...!!

Tahukah kamu ada 2 kategori cerita @ filem @ tayangan (pilih yang mana anda suka!). 
  1. Satu, yang sungguh enak dan lazat berkrim sehingga menjilat jari (Macam geli je tengok cerita sambil jilat jari. Hudus betul!) Dalam kategori ni, kalau korang duduk depan laptop berjam-jam pun rasa macam baru 10 minit je. Walaupun baru 10 minit tengok cerita, tetapi cerita dah habis dah. Betul tak? Betul tak? Kalau cerita tu sangat best, dah tengok 3 jam pun masih tak rasa bosan lagi. Sampaikan rasa macam kita pun ada kat dalam skrin laptop tu jugak. Heh?
  2. Yang lagi satu; cerita yang kurang kelazatan lagi sungguh membosankan. Pernah tak tengok cerita dalam kategori ni? Baru tengok 10 minit je pun kau dah rasa macam "Haih...cepatlah habis. Aku nak tengok ending je..." Kalau aku jumpa cerita macam ni, ada 2 cara untuk menyelesaikan krisis semasa. Satu, fast forward kan cerita tu. Biar dia jalan cepat-cepat sikit, bukan macam siput 'ehem'. Sekurang-kurangnya, dapat juga tengok jalan cerita berkembang macam mana. Eceh. Macam nak jadi direktor movie je engkau nih. Kedua, aku tekan je palang X kat bucu atas belah kanan tuh. Terus aku happy! 
    Oh, begitu kah? Habis kamu ke mana tak nampak batang hidung ni? 

    Oh, kamu tak tahu ke aku sedang berada dalam hiatus? Hiatus..? Macam kaktus aje. AHAH. Tak kelakar!

    Aku masih disini. Bukan dalam laman ini, tapi dalam bilik ini. Aku berasa sungguh seronok kerana dapat bercuti sehingga aku terlupa aku ada laman ini. (Gila ketandusan cuti je bunyinya). HAHAH

    Baiklah, sebenarnya, aku tengah sibuk. Sungguh sibuk menonton sampai tak sempat nak buat perkara lain. AHAH! Seminggu cuti aku penuh diisi dengan slot 'Family Outing'. To know more about this show, click HERE. Dan seminggu ini juga aku rasa macam nak pecah perut sebab tiap-tiap hari asyik dok gelak memanjang, sepanjang hari. Thumbs up! Ok, aku memang lame. Dah lama orang lain tengok, aku baru terkedek-kedek nak tergelak terbahak terjeluak keras seorang diri sampai sakit perut kegembiraan tengok show ni. Ada aku peduli?



    Family Outing members
    From left: Yoon Jong-Shin,Park Ye-jin, Lee Chun Hee, Kim Soo-Ro, Yu Jae Suk,Lee Hyo Ri, Kang Dae Sung 

    Oleh kerana show ini tergolong dalam kategori per-1, aku terpaksa habiskan entri di sini sebab aku nak pergi sambung tengok Family Outing. Nak pergi gelak guling-guling kejap. Nanti-nanti kita jumpa lagi ok. Bye!


    January 14, 2010

    And it ends perfectly...


    Hari ini hari terakhir kelas dengan Mrs A. Hari yang stress sudah tamat. Alhamdulillah.. Harap kita tak jumpa lagi semester depan! Ahah.

    Keseluruhannya, tolak sarkas-tik (kenapa bunyi macam ada pelawak sarkas?) Kau nak kena babap buat lawak dengan Mrs A. T__T

    Mari ulang balik ayat tadi dengan lebih berhemah (eceh). Keseluruhannya, tolak bahagian sarkastik (semestinya), kelas dengan Mrs A sangat berguna dari segi praktikal. Beliau (Kita up sikit kedudukan Mrs A, memandangkan zaman penyiksaan batin sudah tamat. Lagipun, mesti puji cikgu kan? Guru ibarat lilin, membakar diri. Is it applicable for her?? Not sure dan tak mahu sure pon.) Abaikan. Ulang lagi. Repetition is the mother of learning. Minta lalu.

    Beliau adalah guru praktikal yang sangat praktikal. (Heh? Kenapa kau ulang ayat sama neh?). Beliau tunjuk satu persatu tanda-tanda objektif yang ada pada pesakit. Dan beliau sangat suka tunjuk pesakit yang sangat menarik. Bukan maksudnya good-looking ke apa. Apa kes pulak nak tunjuk pesakit yang good-looking. Ini bukan agensi mencari jodoh. Izinkan saya lalu lagi sekali. Beliau suka mencari pesakit yang jarang-jarang jumpa. Kiranya kalau jumpa, sangat beruntunglah. Sebab boleh jumpa pesakit secara live. Bukan setakat teori seperti dalam buku sahaja. Contohnya seperti penyakit systemic sclerosis. Ada satu pesakit sahaja kat hospital tu. Dan pertama kali saya jumpa pesakit yang ada Raynaud's syndrome. Menarik. Kat Malaysia semestinya susah nak jumpa, memandangkan pesakit seperti ini hanya akan tunjuk simptom jikalau mereka berada di tempat yang sejuk. Menarik. Menarik.

    Cuma bila masuk bab teori, zaman penyiksaan batin pun mulalah. Salah satu peraturan dalam kelas beliau adalah, orang yang ditanya di larang sama sekali untuk melihat nota. Ohoh. Kau ingat senang nak ingat nota kalau menghadap muka dia? Tak masuk bila dia buat lawak sarkastik lagi. Cuak, tahu? Bila cuak, mestilah semua dalam otak pun black-out macam terputus sumber tenaga dan lidah pun berbelit-belit tak tahu kau cakap apa. Oh, dan beliau akan bertambah suka bila nampak orang takut dengan beliau. Seperti superior saja. Aku tahu T___T  Dia memang begitu. Abaikan. Biarlah dia gembira dengan kejadian dia sebegitu.

    Apapun, aku pun gembira juga sebab dah merdeka daripada beliau. Yeay, Merdeka! Kita jangan jumpa lagi semester depan nanti, OK!

    Esok, mula pula dengan kelas Paediatric selama 8 hari. Dan selepas itu, CUTI !

    Come baby, come to mommy!


    Heh?

     
    Kecil kecil dah cute, besar nanti nak jadi apa?



    Eceh. Pandai kau posing.Adorable lah!

    Sekian, aku pun nak cari baby jugak lah. Nak kumpul yang comel-comel buat penuh rumah kamera.



    January 08, 2010

    Ceritera 4 Sekawan


    Sayangkan suami, tinggal-tinggalkan....

    Peribahasa hari ini. Maksudnya: Kalau sayang suami, sekali-sekala kenalah tinggal-tinggalkan mereka bersendirian. KAH KAH. Kamu buat lawak apa neh? Baik. Mari aku terangkan supaya lebih jelas lagikan bersuluh. Tahu mengapa kadang-kadang kena biarkan mereka sendirian? .... Tak tahu? Tunggu aku beritahu.

    Supaya dunia mereka aman sekejap tanpa leteran insan bernama 'bini'. 'Bini' juga boleh ambil days off daripada berleter. Betul? Baik. Baik. Itu bukan aku. Aku tak banyak berleter. KAH KAH KAH.
    Jujurnya, supaya mereka boleh feeling tengok bola dan tak ada orang kacau dan usik-usik kat tepi cakap itu dan ini (read: kutuk pasukan dia. Pantang nenek moyang tahu!), juga tak ada orang sibuk nak berebut internet dengan dia dan akhir sekali biar dia dapat rasakan komputer riba itu hanya dia yang punya. 'The sense of possession' gitu, you! Bukankah itu bagus namanya?

    Apakah.

    Ok. Itu hanya alasan untuk sedapkan hati sebab dah tinggalkan suami berjam-jam di rumah.T__T


    Jom jalan-jalan bersama empat gadis. (Opss! Hanya 3 gadis dan seorang lagi wanita yang tinggal suami dia kat rumah. Nak kena sebat ni T____T ).

    Tarikh: 02.01.10
    Jam: 1100-2100
    Lokasi: Mega (Everybody's own), Ksotovo




     Perkenalkan barisan krew 'Jalan-Jalan Habiskan Wang'. 
    Dari kiri: Ilya, Reena dan ehem.. wanita melayu terakhir...ehem.


      
      Ko tengok muka parasite yang suka menumpang tatkala orang lain mahu bergambar.
    Lagi seorang gadis (bergigi baju putih): Katy (bukan nama sebenar)


     
    Aktiviti pertama sebelum memulakan kegiatan ehem ehem; MAKAN! 
    Cuba teliti muka mereka yang kebuluran.



     Lazat tetapi memuakkan.
    Lokasi: Reastauran dalam IKEA



    Ada idea, Ada IKEA!
    Pilih-pilih, tak murah pun.




    Model sampingan Kedai kopi 'unknown'




     Dah pekena Cappuccino, kita melaram bersama spek hitam yang tak mampu untuk dimiliki.
    Lokasi: 9 Barat (read: Nine West)



     
    Spot the difference!
    Nampak nombor 50% kat belakang tuh? Mana aku tak panas!


    Jalan. Makan. Jalan. Makan. Mari meng-kenyangkan perut lagi!
    Kau tengok pipi aku dah kembung. Ini gara-gara mereka yang paksa aku makan.


    Malangnya, SALE hanyalah suam-suam kuku. Sudahnya, 'Jalan-Jalan Habiskan Wang' bertukar menjadi 'Jalan-Jalan Cari Makan'. Hoho!




    Muka kepenatan setelah puas tawaf satu MEGA. 
    Bukan satu kali, mind you! Berkali-kali.  Rasa nak tertanggal pinggang aku. 
    Agaknya berapa kalori lemak aku terbakar?


     
     Bergambar kali terakhir. 
    Kenapa Christmas tree tahun ni tak meriah sangat?
    Oh, economy down turn is it?

     
    Sekian, kami mahu pulang!



    January 07, 2010

    Detik demi Detik

    Menghitung hari,
    Detik demi detik,
    Masa kunanti apakan ada,
    Jalan cerita, kisah yang panjang,
    Menghitung hari........................


    Fuhh.. Hanya tinggal 3 hari sebelum aku stress balik! @__#

    Mari sambung bercinta lagi.

    ....Phew....

    January 02, 2010

    A New Decade



    Selamat Tahun Baru ! Semoga di Tahun BARU, banyak barang pun boleh bertukar baru. (Hoh?)


    KAH KAH KAH.


    Kamu tahu ke winter SALE dah mula? Aku dah naik panas ni (walau kat luar masih sejuk dengan salji), panas tut-tut sampai tak boleh duduk. Sebab takut barang baru dah tak berapa nak jadi baru, sebab yang baru semua orang dah kebas dah, sebab SALE ni SALE weh. Hah. Jom pergi borong barang baru sempena masuk tahun baru! (Eh, tak ilmiah betul ajak orang boroskan duit) T___T


    Baik. Baik. Kita masuk bab serius.


    Mula saja tahun baru, kita dapat lihat semua orang mula sibuk tulis azam masing-masing. Seperti cendikiawan tumbuh selepas hujan (sesuai ke pepatah ni?). Kalau tengok kat list blog semua pun update dengan resolutions sendiri.
    Soalnya, adakah kita betul-betul berazam untuk merealisasikan Azam Tahun Baru atau ia sekadar trend ber-taqlid; sebab semua orang pun tulis resolutions masing-masing, kita pun perah otak nak tulis jugak. Dan bila dah masuk bulan ke-3 dan ke-4, tahun pun dah tak berapa nak baru jadi azam tahun baru pun kita dah tak berapa nak ambil tahu.


    Fikir-fikirkan.


    Apa maksud anda di sebalik kenyataan di atas?
    Tak ada apa-apa maksud tersirat pun, semuanya dah tersurat. No offense! Itu hanya kenyataan yang menunjukkan manusia mudah lupa. Melayu mudah lupa bak kata Chedet. (Ada kaitan?) Ada. Aku melayu. Jadi, aku mudah lupa (Ikut prinsip mana ni?) 


    Mengikut Prinsip Penaakulan - Semua A adalah B, dan C adalah A. Maka C adalah B; di mana A adalah Melayu, B adalah Lupa dan C ialah Aku. Kesimpulannya, aku mudah lupa. Sekian.


    Whoah! Ini memang ilmiah tahap Cikgu Norestuwati. Berkat usaha guru mengajar. Mintak restu ye cikgu.


    Jadi, daripada kita jadikan Azam Tahun Baru tu hanya setakat azam pada awal tahun baru (bila dah akhir tahun, azam pun dah macam tak ada azam), elok lagi kiranya kita jadikan Azam Tahun Baru sebagai bench-mark atau matlamat kita pada tahun Twenty Ten. Kiranya apa yang kita mahu capai dalam tahun Dua puluh Sepuluh. Betul?


    Ayuh, mari kita setkan matlamat tahun ini yok!


    Matlamat pada tahun 2009 


    I HOPE
    1) i could be a great n more better wife
    2) i can be a greatest daughter
    3) to be a rajin, rajin n only rajin med student
    4) i have to concentrate more on studies, less movies, less dramas
    5) i could finish exam on time
    6) i can be wiser each year



    Pembaharuan daripada matlamat tahun Dua puluh dan Sembilan 2009.
    1. Mahu kumpul banyak kenangan, mahu tambah lebih pengalaman, mahu ada lebih kecermelangan (dunia & akhirat) dan mahu bertambah maju ke hadapan.
    2. Seperti 1
    3. Seperti 1 dan 2
    4. Seperti 1, 2 dan 3
    5. Seperti ke semua di atas
    Semoga tahun ini akan bertambah baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Amin.

    January 01, 2010

    2009 Review


    January 2009
     
    - Finished our Winter session on 16th Jan.
    - Struggling with books to finish off the meaningless Epidemiology exam.
    - Done at the end of the month. Thank God!

    February 2009

    - Nowhere to go. Spending our Winter holidays shopping at Mega. sale! saLE! SALE!
    - Started to struggle with Pediatric stuffs.

    March 2009

    - I'm done with Paeds exam after about a month struggling, yawning and crying in front of the notes. Rasa sangat lega. Serius LEGA gile bila dah habis exam Paed. Fuhh!
    - Mr Husband konon-konon nak buat suprise bagi dedication untuk Woman's day. Tapi terkantoi pulak di tengah jalan. HAHAH! Dah tinggal sebumbung susah nak main sorok-sorok kan yang!

    April 2009


    - Done Opthalmo and Psychiatry.
    - Tiada yang luar biasa. Bulan yang dipenuhi dengan buku dan exam.
    - Aku & Mr Husband tidak dapat ke Volgo untuk Volgogames disebabkan Exam Psychiatry.

    Volgo adalah tempat bersejarah yang aku macam tak mahu ingat sangat (gara-gara kenangan 5 tahun lalu [Read: 2004]). Sebab tangan aku patah tangan kat situ. Baru 5 minit aku beraksi dalam gelanggang bola jaring. Tak sempat nak tunjuk aksi dan lagak dan macam-macam ah, dah kena tolak dengan orang dari belakang. Pastu tangan aku pun patah. Pastu aku pun kena cucuk kat tut-tut dan dihantar ke hospital. Pastu kenalah betulkan sendi siku sebab dah ter-dislocate. Sakit yang AMAT! Pastu baju oren aku terpaksa dipotong sebab tangan aku dah kena letak POP (Plaster of Paris); dan diameter POP melebihi diameter lengan baju oren. HOHO. Sedih. Sekarang baju tu hanya tinggal tanpa lengan. Bukan kenangan lagi.Wujud lagi baju tu kat rumah. Cuma tak ada lengan.
    Aku tak tahu berapa biji ubat tahan sakit aku telan semasa 16jam perjalanan balik ke Nizhny. Balik Nizhny pulak kena operate masukkan besi dalam tangan. Kena baring kat hospital berapa lama ntah. Malas nak ingat sebab aku kira itu kenangan pahit. Nak mandi pun susah dekat hospital tu; terbukak macam nak buat free-show.
    Whatever.
    Aku macam dah delete data pasal kenangan pahit tu. Jadi aku pujuk suami supaya tak pergi Volgogames dengan alasan exam Psychiatry. Haha. Kalau suami baca ni, kantoi besar aku. Tapi takpe. You love me more kan sayang?

    May 2009

    - Kakak aku bertunang pada Hari Buruh (walaupun aku tiada di tempat kejadian)
    - Tiada apa yang menarik; cuma books, studies and exams.

    June 2009

    - Bulan peperiksaan yang tidak men-seronokkan. Aku postpone exam Internal seperti tahun-tahun lalu. Tapi, done Infectious exam with flying colors. Alhamdulillah.
    - Summer holidays officially begin!
    - Went back to Malaysia first time as a married couple.

    Tapi aku rasa macam nak berhingus jugak bila dah sampai KLIA. Aku macam tersepit; bukan tersepit tengah pintu kapal terbang eh. Aku terpaksa pilih antara hati suami ATAU hati ibubapa. ATAU, bukan DAN. Kalau saja Ne-g boleh di-klonkan menjadi dua orang Ne-G yang sama.
    Aku sangat sedih bila nak beritahu Mama dan Abah, aku akan balik rumah mertua. Satu tahun kami tak jumpa. Mana nak lepas rindu dengan pelukan, ciuman dan bertentang mata selama 10 minit? Aku sempat jumpa Ma abah sekejap saja. Pastu terus balik rumah my husband.  Dalam kereta aku menangis (dalam hati). Sedih tahu. Rasa mahu terleleh-leleh.

    July 2009

    - Along & kak Nofa's big day (3-5/7). Tiring day of preparation. Sanak saudara penuh rumah. Sangat meriah tapi juga amat memenatkan. Misi berkenalan rapat dengan keluarga mertua sedikit sebanyak tercapai.
    - Aku bertemu semula dengan abg setelah 2 tahun tak bertemu mata. Rindu. Ada jugak unsur-unsur kurang biasa. Kenapa aku rasa seperti dia macam dah berubah sikit; menjadi seorang abang yang agak soft-hearted? Kenapa aku tak perasan pun sebelum ni?
    Not my fault. Blame the distance! 
    - Kakcik & Hafiz's big day and our Reception days. Another tiring event! Penat. Penat. Sangat penat!
    - Aku demam panas. Dah lama aku tak demam panas, kali terakhir masa dekat SCIPP. Mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat banyak.
    - Disebabkan suami pun turut demam panas selepas itu, kami tak dapat ikut pergi Penang; reception belah my BIL. Ruginye!



    August 2009

    - Kakcik's Convo day.
    - Weekend escapade di Pantai Timur (KB and KT). Bawa Mr Husband jelajah kampung halaman dan jelajah pantai timur.
    - Our 1st anniversary and our 1st Ramadhan at home (after a few years away from home)
    - Abah has to be operated. He spend most of the early Ramadhan at Serdang Hosp.
    - Went back to Russia

    This years' summer holidays were full with sad and heart-aching times (Though there were also good and happy times here and there). I'm torn between the most important people's in my life. End up, we have to do rotation (meaning ulang alik); few days rumah my husband, few days my mom's. What else can I do? I love them all but there's only one me. I am their daughters but am also my husband's wife.
    Maybe this is one of the pros and cons the youngest child kahwin awal.
    My parents pernah keluarkan kenyataan "...she (referring to me) will always be our baby..." (no comment)

    There's one day masa aku balik rumah my parents and then mom said to me; " Meh sini sekejap mama nak peluk. Kenapa mama rasa macam dah hilang anak bongsu mama ni." T_____________T
    Sedih ok bila dengar my mom cakap macam tu. Ayat yang bagi aku sangat sensitif. Aku dapat rasakan, mereka rasa seperti kehilangan anak bongsu mereka. Huhu. Tak Mama. Tak abah. I'm always here. I do. And I love you more than I can say. T___T Rasa terleleh-leleh lagi.


    September 2009

    - Dapat tukar bilik baru. Meaning, bigger room! More space means more oxygen, means more happiness and more more more...(sambung sendirilah)
    - Started class with Surgery.
    - Raya terakhir bersama rakan dan taulan di bumi Nizhny & jemputan rumah terbuka yang mem-boroikan abdomen.
    - Bertungkus-lumus untuk menghabiskan Internal exam; Exam yang aku postpone pada bulan 6 kerana kununnya mahu men-stadi di rumah tetapi hampagas pun tak ada.

    Aku nyaris berputus asa. Aku nyaris mahu mengangkat bendera putih. Aku nyaris mahu repeat year. Beban ada exam yang tertunda terasa berat untuk dipikul ketika itu. Di tambah dengan karenah birokrasi di Russia yang menyekat pelajar daripada menghadiri kelas selagi mereka belum menghabiskan peperiksaan semester lalu membuatkan bahu aku bertambah berat untuk terus memikul beban yang tersedia berat. Aku sangat depress bulan ni. Nasib baik aku ada suami di sisi. Sekurang-kurangnya ada sumber untuk aku dapatkan ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan. I have you. You have me. I love you. Thank you. (Iklan semata-mata)

    October 2009

    - Done with Internal exam. I'm officially a final year student after the ups and downs. BIG relief!
    - Kehidupan diteruskan seperti biasa. Nothing special.

    November 2009

    - I'm done with the exam for this semester.
    - Now only class and no more.
    - My BB arrived. I'm loving it!~

    - Started Internal rotation, began with Occupational disease
    - We had a week off due to H1N1 endemic. Heaven!

    December 2009

    - Setiap hari bertambah semakin malas. Apa nak jadi ni? 
    - And my nightmares begin; starring Mrs A. Uh-oh!


    Good bye Twenty Nine 2009 !