Selamat Tahun Baru ! Semoga di Tahun BARU, banyak barang pun boleh bertukar baru. (Hoh?)
KAH KAH KAH.
Kamu tahu ke winter SALE dah mula? Aku dah naik panas ni (walau kat luar masih sejuk dengan salji), panas tut-tut sampai tak boleh duduk. Sebab takut barang baru dah tak berapa nak jadi baru, sebab yang baru semua orang dah kebas dah, sebab SALE ni SALE weh. Hah. Jom pergi borong barang baru sempena masuk tahun baru! (Eh, tak ilmiah betul ajak orang boroskan duit) T___T
Baik. Baik. Kita masuk bab serius.
Mula saja tahun baru, kita dapat lihat semua orang mula sibuk tulis azam masing-masing. Seperti cendikiawan tumbuh selepas hujan (sesuai ke pepatah ni?). Kalau tengok kat list blog semua pun update dengan resolutions sendiri.
Soalnya, adakah kita betul-betul berazam untuk merealisasikan Azam Tahun Baru atau ia sekadar trend ber-taqlid; sebab semua orang pun tulis resolutions masing-masing, kita pun perah otak nak tulis jugak. Dan bila dah masuk bulan ke-3 dan ke-4, tahun pun dah tak berapa nak baru jadi azam tahun baru pun kita dah tak berapa nak ambil tahu.
Fikir-fikirkan.
Apa maksud anda di sebalik kenyataan di atas?
Fikir-fikirkan.
Apa maksud anda di sebalik kenyataan di atas?
Tak ada apa-apa maksud tersirat pun, semuanya dah tersurat. No offense! Itu hanya kenyataan yang menunjukkan manusia mudah lupa. Melayu mudah lupa bak kata Chedet. (Ada kaitan?) Ada. Aku melayu. Jadi, aku mudah lupa (Ikut prinsip mana ni?)
Whoah! Ini memang ilmiah tahap Cikgu Norestuwati. Berkat usaha guru mengajar. Mintak restu ye cikgu.
Mengikut Prinsip Penaakulan - Semua A adalah B, dan C adalah A. Maka C adalah B; di mana A adalah Melayu, B adalah Lupa dan C ialah Aku. Kesimpulannya, aku mudah lupa. Sekian.
Whoah! Ini memang ilmiah tahap Cikgu Norestuwati. Berkat usaha guru mengajar. Mintak restu ye cikgu.
Jadi, daripada kita jadikan Azam Tahun Baru tu hanya setakat azam pada awal tahun baru (bila dah akhir tahun, azam pun dah macam tak ada azam), elok lagi kiranya kita jadikan Azam Tahun Baru sebagai bench-mark atau matlamat kita pada tahun Twenty Ten. Kiranya apa yang kita mahu capai dalam tahun Dua puluh Sepuluh. Betul?
Ayuh, mari kita setkan matlamat tahun ini yok!
Matlamat pada tahun 2009
I HOPE
1) i could be a great n more better wife
2) i can be a greatest daughter
3) to be a rajin, rajin n only rajin med student
4) i have to concentrate more on studies, less movies, less dramas
5) i could finish exam on time
6) i can be wiser each year
Pembaharuan daripada matlamat tahun Dua puluh dan Sembilan 2009.
- Mahu kumpul banyak kenangan, mahu tambah lebih pengalaman, mahu ada lebih kecermelangan (dunia & akhirat) dan mahu bertambah maju ke hadapan.
- Seperti 1
- Seperti 1 dan 2
- Seperti 1, 2 dan 3
- Seperti ke semua di atas
Semoga tahun ini akan bertambah baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Amin.
No comments:
Post a Comment