Lega itu adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Lagi satu exam tumbang; as in dah habislah. Bukan seperti pokok tumbang. Lega yang amat. Amat lega. Lega sangat. Lega sangat-sangat!! Ok dah. Full stop. Dah tak perlu ulang lagi! Dari semalam kot asyik tak keruan. AHAHA. Tak keruan sampai mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Eceh, macam musim bercintan dolu-dolu. BLERGGHH bosan gile pernyataan macam ni.
Alhamdulillah. Lega sangat dah tumbang subjek internal medicine. Lega ok. Mari kita mengulang lagi. Lega. Lega. Lega! Kiranya dah boleh la kalau nak iktirafkan diri sendiri jadi doktor dah. Kuang kuang kuang! Pengiktirafan daripada diri sendiri je lah yang layak. Lesen pun tak ada lagi. Lesen cap kopi je yang boleh. Ke orang panggil lesen terbang. Masuk spital nanti memang macam nak kena ketuk dengan specialist; tak perlu specialist pon, MO pun macam nak siku. Aku rasa. Sebab ilmu di dada macam belum mencukupi. Entah macam mana nak selamatkan nyawa orang. Ah takut lah nak jadi dokter mude. Aku resah juga. Seperti ada banyak potensi nak kena buli, nak kena maki dan macam-macam daki. Urghh gelis!
Bakal dokter mude dan ehem seorang bakal ibu muda (ahah. Nak jugak!)
Pertandingan mencari jejaka hensem.
Pilihlah mana satu pilihan kalbu; kecuali err yang ke-3 dari kanan.
Yang itu tidak available ye, harap maklum.. Biasa dia tuh!
Apa-apa sajalah. Buat masa sekarang, aku hanya nak jadi ibu muda. Tak mahu fikir tentang dokter mude lagi. Fokus satu-satu. Bukankah itu salah satu rahsia kejayaan err rumah tangga dan tangga-tangga? HAHAHA. Boleh juga kalau nak buka kilang mengumpul skuad bola sepak keluarga ni. Best best. Saya suka.
Dari kiri; jejaka yang tidak lagi available bersama seorang bakal ibu mude.
Usia kandungan hampir mencecah 22 minggu.
Baby tak nampak sangat, dia tengah menyorok.
Dia shy la youu! Like mother like baby la :P
Selingan dihari minggu.
Kahwin muda; as in semasa sedang belajar dan dikelilingi rakan sebaya yang masih muda remaja memang lain persekitarannya, kalau nak di bandingkan dengan kahwin pabila sudah stabil dari segi akademik dan ekonomi. Maksudnya dah habis belajar dan ada kerja la, senang cerita. Homaigod! Mereka macam sangat excited terlebih. Dulu, masa mula-mula kahwin, macam-macam soalan diorang tanya. Soalan yang macam mintak nak kena siku tu tak payah cakap, memang banyak. So called FAQ lagi. Rimas memang rimas. Tension tak perlu cakap. Tapi, tak mengapalah. Aku tahu mereka curious. Aku sebenarnya tak kesah kalau nak jawab sebiji dua soalan. Tapi kalau dah banyak sangat yang dok menanya, tambah pula seorang dua yang tanya soalan yang macam urgghhh ('eh silalah siku saya bila saya tanya soalan ini'), memang la aku rimas. Bukankah itu satu tindak balas bukan kimia yang biasa daripada seorang manusia? AHAH
Time passed. Sekarang mula siri baru pula; musim peknen! Jadi, cycle FAQ bermula lah lagi sekali. Jenuh tahu nak menjawab satu-satu soalan. Macam artis gitu. Aww! Gediks. Nasib baik kali ini soalan-soalan berciri alien dah tak ada, kalau tak jadi elmo lah aku. Ini kan ibu mengandung. Tak tahukah kamu ibu yang hamil senang nak jadi elmo? Well, blame the hormone la weh. HAHA. Rutin sekarang adalah abdominal palpation. Leopold's Manuever tak boleh nak buat lagi. Dah jadi bahan eksperimen la anakku. Ibunya pula menjadi pesakit pertama boleh berbahasa Melayu di Russia. Walaweh! Itulah dia adat berada dalam persekitaran 'Student's life'. Nasib nasib. Itulah dia namanya pengalaman. Pengalaman yang tak boleh kutip kat tepi jalan. Kali ini sahaja.
Oklah. Kena pergi belek buku surgery pula. Me no likey lah. Surgery is just not my forte.
Mari baby, kita pergi ulang kaji.. (Tetiba) :P