Projek tiramisu ke-2 ni bukanlah projek yang aku memang suka dan rancang nak buat disebabkan hari cuti yang bertimbun tetapi, lebih kepada sebab-bahan-dah-terbeli-jadi-aku-kena-juga-buat.
Projek ini adalah projek tergendala. Aku pun tak tahu dah berapa lama projek ini sudah tergendala, tetapi yang paling pasti dah lama aku beli whip cream 33%. Ada lah dekat sebulan lebih juga kot. Itu pun gara-gara sebab aku macam dah terlalu teruja sebab baru dapat tahu rupanya sangat senang nak jumpa satu kotak whip cream 33% di pasaraya. Tengoklah betapa jakunnya aku. T____T
Yang jadi tergendala tu sebabnya bahan lain tak jumpa; salah satu bahan yang terpenting - kek span. Puas aku cari. Setiap kali aku ke kedai, setiap kali itulah aku akan terhendap-hendap cari kek span. Tak jumpa-jumpa. Aku give up sekejap. Sekejap saja eh. Tak lama, sebulan lebih je. Tapi, dalam masa give up pun aku masih tercari-cari. Kiranya macam hanya separuh hati saja yang give up, bukanlah sepenuh hati. Hoh.
Akhirnya, setelah hampir satu bulan lebih aku mencari, ku ketemu jua dengan kek span itu. (Macam jejak kasih pun ada). Eureka! Excited kau tahu. Aku macam nak melompat je bila nampak kek span. Histeria! Kalau aku lompat betul mesti orang kat pasaraya tu dah cop aku jakun buat kali ke-2. T___T
Jadinya, bermulalah projek Tiramisu tergendala 2 hari selepas itu. Dah nama pun projek tergendala. Alang-alang dah tergendala, kita tunda lah sikit lagi. Kau tengok budak pemalas ini. T___T
Dahlah sudah tergendala, pastu masa nak buat tu banyak pula songeh kek ni. (Macam kek pula yang bersalah)
Baik baik. Aku yang salah. Siapa suruh tak pukul whip cream tu betul-betul sampai pekat. Aku ingatkan dah cukup pekat, jadi aku sapu la krim atas kek. Rupanya, krim masih separa pekat (kiranya separuh pekat, separuh cair. Macam mana tu?). Aku yang separa bijak ini pun letak la dalam peti sejuk untuk satu hari kononnya untuk jadikan krim menjadi pepejal dan bukanlah cecair. Tunda lagi sehari, kek masih belum nampak rupa. Keesokkannya, aku bajet krim tu macam dah pekat jadi aku tambahkan lapisan kedua. Krong krang krong krang. Tak lama kemudian, kek aku senget ke tepi macam menara condong Pisa. T___T
Apa aku dah buat ni??
Namun, setelah beberapa ketika berhempas-pulas bersama projek tersebut, akhirnya, nampak juga bentuk kek. Apa yang aku dah buat, biarlah rahsia...
Perkenalkan projek tergendala 2009
Dari tepi
Yummy yumm.. Ada sesiapa yang dah meleleh??
Kek dihias dengan coklat IKEA 39r
Sekian, cerita dah habis. Mahu pergi ptong kek. Nak ikut??