January 08, 2010

Ceritera 4 Sekawan


Sayangkan suami, tinggal-tinggalkan....

Peribahasa hari ini. Maksudnya: Kalau sayang suami, sekali-sekala kenalah tinggal-tinggalkan mereka bersendirian. KAH KAH. Kamu buat lawak apa neh? Baik. Mari aku terangkan supaya lebih jelas lagikan bersuluh. Tahu mengapa kadang-kadang kena biarkan mereka sendirian? .... Tak tahu? Tunggu aku beritahu.

Supaya dunia mereka aman sekejap tanpa leteran insan bernama 'bini'. 'Bini' juga boleh ambil days off daripada berleter. Betul? Baik. Baik. Itu bukan aku. Aku tak banyak berleter. KAH KAH KAH.
Jujurnya, supaya mereka boleh feeling tengok bola dan tak ada orang kacau dan usik-usik kat tepi cakap itu dan ini (read: kutuk pasukan dia. Pantang nenek moyang tahu!), juga tak ada orang sibuk nak berebut internet dengan dia dan akhir sekali biar dia dapat rasakan komputer riba itu hanya dia yang punya. 'The sense of possession' gitu, you! Bukankah itu bagus namanya?

Apakah.

Ok. Itu hanya alasan untuk sedapkan hati sebab dah tinggalkan suami berjam-jam di rumah.T__T


Jom jalan-jalan bersama empat gadis. (Opss! Hanya 3 gadis dan seorang lagi wanita yang tinggal suami dia kat rumah. Nak kena sebat ni T____T ).

Tarikh: 02.01.10
Jam: 1100-2100
Lokasi: Mega (Everybody's own), Ksotovo




 Perkenalkan barisan krew 'Jalan-Jalan Habiskan Wang'. 
Dari kiri: Ilya, Reena dan ehem.. wanita melayu terakhir...ehem.


  
  Ko tengok muka parasite yang suka menumpang tatkala orang lain mahu bergambar.
Lagi seorang gadis (bergigi baju putih): Katy (bukan nama sebenar)


 
Aktiviti pertama sebelum memulakan kegiatan ehem ehem; MAKAN! 
Cuba teliti muka mereka yang kebuluran.



 Lazat tetapi memuakkan.
Lokasi: Reastauran dalam IKEA



Ada idea, Ada IKEA!
Pilih-pilih, tak murah pun.




Model sampingan Kedai kopi 'unknown'




 Dah pekena Cappuccino, kita melaram bersama spek hitam yang tak mampu untuk dimiliki.
Lokasi: 9 Barat (read: Nine West)



 
Spot the difference!
Nampak nombor 50% kat belakang tuh? Mana aku tak panas!


Jalan. Makan. Jalan. Makan. Mari meng-kenyangkan perut lagi!
Kau tengok pipi aku dah kembung. Ini gara-gara mereka yang paksa aku makan.


Malangnya, SALE hanyalah suam-suam kuku. Sudahnya, 'Jalan-Jalan Habiskan Wang' bertukar menjadi 'Jalan-Jalan Cari Makan'. Hoho!




Muka kepenatan setelah puas tawaf satu MEGA. 
Bukan satu kali, mind you! Berkali-kali.  Rasa nak tertanggal pinggang aku. 
Agaknya berapa kalori lemak aku terbakar?


 
 Bergambar kali terakhir. 
Kenapa Christmas tree tahun ni tak meriah sangat?
Oh, economy down turn is it?

 
Sekian, kami mahu pulang!



January 07, 2010

Detik demi Detik

Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa kunanti apakan ada,
Jalan cerita, kisah yang panjang,
Menghitung hari........................


Fuhh.. Hanya tinggal 3 hari sebelum aku stress balik! @__#

Mari sambung bercinta lagi.

....Phew....

January 02, 2010

A New Decade



Selamat Tahun Baru ! Semoga di Tahun BARU, banyak barang pun boleh bertukar baru. (Hoh?)


KAH KAH KAH.


Kamu tahu ke winter SALE dah mula? Aku dah naik panas ni (walau kat luar masih sejuk dengan salji), panas tut-tut sampai tak boleh duduk. Sebab takut barang baru dah tak berapa nak jadi baru, sebab yang baru semua orang dah kebas dah, sebab SALE ni SALE weh. Hah. Jom pergi borong barang baru sempena masuk tahun baru! (Eh, tak ilmiah betul ajak orang boroskan duit) T___T


Baik. Baik. Kita masuk bab serius.


Mula saja tahun baru, kita dapat lihat semua orang mula sibuk tulis azam masing-masing. Seperti cendikiawan tumbuh selepas hujan (sesuai ke pepatah ni?). Kalau tengok kat list blog semua pun update dengan resolutions sendiri.
Soalnya, adakah kita betul-betul berazam untuk merealisasikan Azam Tahun Baru atau ia sekadar trend ber-taqlid; sebab semua orang pun tulis resolutions masing-masing, kita pun perah otak nak tulis jugak. Dan bila dah masuk bulan ke-3 dan ke-4, tahun pun dah tak berapa nak baru jadi azam tahun baru pun kita dah tak berapa nak ambil tahu.


Fikir-fikirkan.


Apa maksud anda di sebalik kenyataan di atas?
Tak ada apa-apa maksud tersirat pun, semuanya dah tersurat. No offense! Itu hanya kenyataan yang menunjukkan manusia mudah lupa. Melayu mudah lupa bak kata Chedet. (Ada kaitan?) Ada. Aku melayu. Jadi, aku mudah lupa (Ikut prinsip mana ni?) 


Mengikut Prinsip Penaakulan - Semua A adalah B, dan C adalah A. Maka C adalah B; di mana A adalah Melayu, B adalah Lupa dan C ialah Aku. Kesimpulannya, aku mudah lupa. Sekian.


Whoah! Ini memang ilmiah tahap Cikgu Norestuwati. Berkat usaha guru mengajar. Mintak restu ye cikgu.


Jadi, daripada kita jadikan Azam Tahun Baru tu hanya setakat azam pada awal tahun baru (bila dah akhir tahun, azam pun dah macam tak ada azam), elok lagi kiranya kita jadikan Azam Tahun Baru sebagai bench-mark atau matlamat kita pada tahun Twenty Ten. Kiranya apa yang kita mahu capai dalam tahun Dua puluh Sepuluh. Betul?


Ayuh, mari kita setkan matlamat tahun ini yok!


Matlamat pada tahun 2009 


I HOPE
1) i could be a great n more better wife
2) i can be a greatest daughter
3) to be a rajin, rajin n only rajin med student
4) i have to concentrate more on studies, less movies, less dramas
5) i could finish exam on time
6) i can be wiser each year



Pembaharuan daripada matlamat tahun Dua puluh dan Sembilan 2009.
  1. Mahu kumpul banyak kenangan, mahu tambah lebih pengalaman, mahu ada lebih kecermelangan (dunia & akhirat) dan mahu bertambah maju ke hadapan.
  2. Seperti 1
  3. Seperti 1 dan 2
  4. Seperti 1, 2 dan 3
  5. Seperti ke semua di atas
Semoga tahun ini akan bertambah baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Amin.

January 01, 2010

2009 Review


January 2009
 
- Finished our Winter session on 16th Jan.
- Struggling with books to finish off the meaningless Epidemiology exam.
- Done at the end of the month. Thank God!

February 2009

- Nowhere to go. Spending our Winter holidays shopping at Mega. sale! saLE! SALE!
- Started to struggle with Pediatric stuffs.

March 2009

- I'm done with Paeds exam after about a month struggling, yawning and crying in front of the notes. Rasa sangat lega. Serius LEGA gile bila dah habis exam Paed. Fuhh!
- Mr Husband konon-konon nak buat suprise bagi dedication untuk Woman's day. Tapi terkantoi pulak di tengah jalan. HAHAH! Dah tinggal sebumbung susah nak main sorok-sorok kan yang!

April 2009


- Done Opthalmo and Psychiatry.
- Tiada yang luar biasa. Bulan yang dipenuhi dengan buku dan exam.
- Aku & Mr Husband tidak dapat ke Volgo untuk Volgogames disebabkan Exam Psychiatry.

Volgo adalah tempat bersejarah yang aku macam tak mahu ingat sangat (gara-gara kenangan 5 tahun lalu [Read: 2004]). Sebab tangan aku patah tangan kat situ. Baru 5 minit aku beraksi dalam gelanggang bola jaring. Tak sempat nak tunjuk aksi dan lagak dan macam-macam ah, dah kena tolak dengan orang dari belakang. Pastu tangan aku pun patah. Pastu aku pun kena cucuk kat tut-tut dan dihantar ke hospital. Pastu kenalah betulkan sendi siku sebab dah ter-dislocate. Sakit yang AMAT! Pastu baju oren aku terpaksa dipotong sebab tangan aku dah kena letak POP (Plaster of Paris); dan diameter POP melebihi diameter lengan baju oren. HOHO. Sedih. Sekarang baju tu hanya tinggal tanpa lengan. Bukan kenangan lagi.Wujud lagi baju tu kat rumah. Cuma tak ada lengan.
Aku tak tahu berapa biji ubat tahan sakit aku telan semasa 16jam perjalanan balik ke Nizhny. Balik Nizhny pulak kena operate masukkan besi dalam tangan. Kena baring kat hospital berapa lama ntah. Malas nak ingat sebab aku kira itu kenangan pahit. Nak mandi pun susah dekat hospital tu; terbukak macam nak buat free-show.
Whatever.
Aku macam dah delete data pasal kenangan pahit tu. Jadi aku pujuk suami supaya tak pergi Volgogames dengan alasan exam Psychiatry. Haha. Kalau suami baca ni, kantoi besar aku. Tapi takpe. You love me more kan sayang?

May 2009

- Kakak aku bertunang pada Hari Buruh (walaupun aku tiada di tempat kejadian)
- Tiada apa yang menarik; cuma books, studies and exams.

June 2009

- Bulan peperiksaan yang tidak men-seronokkan. Aku postpone exam Internal seperti tahun-tahun lalu. Tapi, done Infectious exam with flying colors. Alhamdulillah.
- Summer holidays officially begin!
- Went back to Malaysia first time as a married couple.

Tapi aku rasa macam nak berhingus jugak bila dah sampai KLIA. Aku macam tersepit; bukan tersepit tengah pintu kapal terbang eh. Aku terpaksa pilih antara hati suami ATAU hati ibubapa. ATAU, bukan DAN. Kalau saja Ne-g boleh di-klonkan menjadi dua orang Ne-G yang sama.
Aku sangat sedih bila nak beritahu Mama dan Abah, aku akan balik rumah mertua. Satu tahun kami tak jumpa. Mana nak lepas rindu dengan pelukan, ciuman dan bertentang mata selama 10 minit? Aku sempat jumpa Ma abah sekejap saja. Pastu terus balik rumah my husband.  Dalam kereta aku menangis (dalam hati). Sedih tahu. Rasa mahu terleleh-leleh.

July 2009

- Along & kak Nofa's big day (3-5/7). Tiring day of preparation. Sanak saudara penuh rumah. Sangat meriah tapi juga amat memenatkan. Misi berkenalan rapat dengan keluarga mertua sedikit sebanyak tercapai.
- Aku bertemu semula dengan abg setelah 2 tahun tak bertemu mata. Rindu. Ada jugak unsur-unsur kurang biasa. Kenapa aku rasa seperti dia macam dah berubah sikit; menjadi seorang abang yang agak soft-hearted? Kenapa aku tak perasan pun sebelum ni?
Not my fault. Blame the distance! 
- Kakcik & Hafiz's big day and our Reception days. Another tiring event! Penat. Penat. Sangat penat!
- Aku demam panas. Dah lama aku tak demam panas, kali terakhir masa dekat SCIPP. Mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat banyak.
- Disebabkan suami pun turut demam panas selepas itu, kami tak dapat ikut pergi Penang; reception belah my BIL. Ruginye!



August 2009

- Kakcik's Convo day.
- Weekend escapade di Pantai Timur (KB and KT). Bawa Mr Husband jelajah kampung halaman dan jelajah pantai timur.
- Our 1st anniversary and our 1st Ramadhan at home (after a few years away from home)
- Abah has to be operated. He spend most of the early Ramadhan at Serdang Hosp.
- Went back to Russia

This years' summer holidays were full with sad and heart-aching times (Though there were also good and happy times here and there). I'm torn between the most important people's in my life. End up, we have to do rotation (meaning ulang alik); few days rumah my husband, few days my mom's. What else can I do? I love them all but there's only one me. I am their daughters but am also my husband's wife.
Maybe this is one of the pros and cons the youngest child kahwin awal.
My parents pernah keluarkan kenyataan "...she (referring to me) will always be our baby..." (no comment)

There's one day masa aku balik rumah my parents and then mom said to me; " Meh sini sekejap mama nak peluk. Kenapa mama rasa macam dah hilang anak bongsu mama ni." T_____________T
Sedih ok bila dengar my mom cakap macam tu. Ayat yang bagi aku sangat sensitif. Aku dapat rasakan, mereka rasa seperti kehilangan anak bongsu mereka. Huhu. Tak Mama. Tak abah. I'm always here. I do. And I love you more than I can say. T___T Rasa terleleh-leleh lagi.


September 2009

- Dapat tukar bilik baru. Meaning, bigger room! More space means more oxygen, means more happiness and more more more...(sambung sendirilah)
- Started class with Surgery.
- Raya terakhir bersama rakan dan taulan di bumi Nizhny & jemputan rumah terbuka yang mem-boroikan abdomen.
- Bertungkus-lumus untuk menghabiskan Internal exam; Exam yang aku postpone pada bulan 6 kerana kununnya mahu men-stadi di rumah tetapi hampagas pun tak ada.

Aku nyaris berputus asa. Aku nyaris mahu mengangkat bendera putih. Aku nyaris mahu repeat year. Beban ada exam yang tertunda terasa berat untuk dipikul ketika itu. Di tambah dengan karenah birokrasi di Russia yang menyekat pelajar daripada menghadiri kelas selagi mereka belum menghabiskan peperiksaan semester lalu membuatkan bahu aku bertambah berat untuk terus memikul beban yang tersedia berat. Aku sangat depress bulan ni. Nasib baik aku ada suami di sisi. Sekurang-kurangnya ada sumber untuk aku dapatkan ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan. I have you. You have me. I love you. Thank you. (Iklan semata-mata)

October 2009

- Done with Internal exam. I'm officially a final year student after the ups and downs. BIG relief!
- Kehidupan diteruskan seperti biasa. Nothing special.

November 2009

- I'm done with the exam for this semester.
- Now only class and no more.
- My BB arrived. I'm loving it!~

- Started Internal rotation, began with Occupational disease
- We had a week off due to H1N1 endemic. Heaven!

December 2009

- Setiap hari bertambah semakin malas. Apa nak jadi ni? 
- And my nightmares begin; starring Mrs A. Uh-oh!


Good bye Twenty Nine 2009 !

Selamat Hari Lahir & Selamat ber-Pencen

Hari terakhir dalam tahun Twenty Nine 2009, sebelum melangkah ke tahun baru Twenty Ten 2010. Hari ini adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran, juga merangkap Hari Bersara untuk abah, bapa mertuaku.

Abah, Selamat Hari Lahir ke-55 dan Selamat Bersara. Semoga hidup Abah sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya. Inshallah. Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan di murahkan rezeki. Amin. 

Walaupun kebarangkalian untuk abah TIDAK menjenguk halaman ini sangatlah tinggi, sebagai menantu aku nak jugak buat ucapan kat sini. Tak kira! Sebabnya...sebab aku segan nak cakap depan-depan. Tak tahulah macam mana nak mushy-mushy. Tak reti. 

Macam mana nak mushy-mushy eh? Shy la you!  

KAH KAH KAH. Gelak lah kalau nak. Aku memang tak reti bagaimana nak mushy-mushy dengan orang terdekat. Hatta dengan suami sendiri pun. Serius! Kalau nak mushy-mushy kan, mesti kena tulis; tak kira lah dalam sms atau atas kertas. Pokoknya, menggunakan tulisan bukannya lisan. HAH. Nak mushy-mushy memang tak boleh nak keluar ikut mulut; otak tiba-tiba blank, mulut jadi terkunci lalu ucapan tidak terucap... 


Aku tak reti lagi. LAGI (Ecece. Macam akan reti je). Mungkin apa?


KAH KAH KAH. Gelaklah lagi kalau nak.


Baiklah. Hari ini aku tidak lagi stress. Dalam erti kata lain, aku gembira (tetapi hanya selepas kelas tamat). Hari ni berlalu dengan baik-baik sahaja. Bukanlah sangat baik, tapi masih tolerable. Aku masih boleh bertahan. Kesabaran aku tidak di cabar hari ini. Fuhh. Nasib baik! Kalau tidak aku akan emo dan stress seabad (macam ada orang kisah T__T).

Bagus. Bagus. Aku gumbira!


Aku juga gembira (selepas tamat kelas) sebab esok aku akan mula bercuti awal tahun selama 10 tahun (HOH!). 10 hari lah. Hanya 10 hari. Tapi 10 hari tanpa perlu menghadap Mrs A sangatlah heaven. Dan disebabkan kondisi semasa aku yang sangat ketandusan cuti, 10 hari cuti pun akan rasa sungguh-sungguh heaven. HEAVEN !



December 31, 2009

A STRESSing Day

30.12.2009

Hari yang sangat STRESS!  Tahu mengapa?? Ok. Kamu memang tak tahu sebab aku belum beritahu.

Apakah?

Ingat lagi tak, dulu-dulu aku pernah tulis tentang seorang makcik psycho? Har Har Har! Jahatnya tangan menulis macam ni. Ah. Aku tak peduli. Mesti ramai yang akan bersetuju kalau mereka kenal makcik tu. Sebab dia memang ada unsur-unsur PSYCHO.

Heh.

Ok. Nak dijadikan cerita, kelas aku dipilih untuk belajar dibawah kelolaan makcik psycho. Ah tak best lah panggil dia makcik psycho. Sedikit sebanyak aku pun terasa aura ke-psycho-an dia. Baik, kita panggil dia Mrs A. Nama sebenar terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan masa depan (if u know what i mean).

Sangat stress ok kelas dengan dia. Cakap sikit kena tembak. Cakap sikit kena bombard. Baru nak explain sikit dah kena komen panjang lebar. Aku rasa macam orang yang b*d*h je. Serius. Tak tipu. Rasa seperti orang dulu-dulu sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu. Hidup dalam ketakutan. Boleh ke buat perumpamaan macam tu. T___T

Apa fungsi kelas kalau datang kelas asyik kena layan macam orang b*d*h? Bukan datang kelas untuk belajar, tapi macam datang kelas untuk terima cercian, makian. Masa exam pun dia suka sangat attack orang macam tu. Takkan masa kelas pun sama jugak?? Bukankah fungsi kelas untuk menerima ilmu daripada seorang guru. Tak kisah la final year atau anda di year berapa pun, dah nama student mestilah harapan datang kelas untuk belajar. Bukan?

Aku stress!


Ok, dah hujung tahun begini aku jadi sedikit emo. Harapan untuk menamatkan hujung tahun dengan tenang dan memulakan tahun baru dengan lagi lagi tenang sedikit terganggu dengan kehadiran orang sebegitu. Pentingnya sebab dia adalah seorang guru. Patutkah seorang guru ada attitude sedemikian rupa? Aku rasa tidak patut.

Ok. Aku dah kurang stress. Ada sedikit je tinggal sebab tak tahu bagaimana esok bakal berlalu.



December 30, 2009

The Moment of Truth


Fine. Hari ini aku tuang kelas lagi. Seronok dapat bercakeraDrama. Janji, hari ini akan jadi hari terakhir kelas dituang untuk tahun 2009. Betul, JANJI.

Esok dan hari berikutnya, aku akan jadi budak baik yang pergi ke kelas tepat pada waktunya. Mungkin.

Tapi, kenapa minggu ini terlalu lambat berlalu? Hari ini baru hari Selasa. Haih.

Cepatlah datang cuti. Cepatlah datang. Cepat. Cepat.

Aku menantimu... 


Yours sincerely,

AkuYangKetandusanCuti

December 28, 2009

Isnin, Monday, Ponidelnik



Hari pertama yang kurang syok

Hari Isnin yang kurang seronok

Semoga esok menjadi hari yang syok dan seronok

December 27, 2009

Before the year ends


Another long weekdays are coming.

Faster come New Year !

Faster come holidays !


I'll be waiting here every single day...


December 26, 2009

Slow Learner and a Life-Saver


I'm a bit of a slow learner. And it takes time for me to adapt to something new; be it a new environment or new people or new things or new knowledge. I do consume much time to be familiar with new discovery (my discovery of course). Processing a data itself just takes a few days; with the analyzing, sorting and whatsoever. I have a slow brain to process an information to begin with (or am I lack of so-called thinking training ???).

Just being a final year student itself is forcing your brain to think of the near future aka 'the working era' of your life. And sometimes just imagining how it would turn to be would gives you a headache. The facts that I have never been working in my entire 23 years of life is not much of a help either; which is only adding the more reason to have a BIG headache. Oh my! Poor me. Boleh ke tanak kerja tapi nak ada elaun sentiasa masuk setiap bulan? I mean an allowance with the sum which is enough for me to shop for things I desire ??

Being an adult is sure difficult. A lot of things to considered. A lot of thinking should be done and a lot of risks should be calculated with each decision you made. And with this slow processor of mine, how do you think it would be?

I missed those days when my life isn't bothered by any problems; only the lousy, petty things as the friendship thingy and the whatso'remaja'ever things.

Whatever.

Will I ever be a good LIFE-SAVER ? I hope I could though.

Inshallah.


Hi. I'm Dr Najwa.

December 19, 2009

Weekends

Rasa sangat heaven bila dah sampai hujung minggu. Kelas internal sungguh memenatkan. Bukan kelas yang memenatkan. Perjalanan untuk ke kelas yang lebih memenatkan berbanding kelas itu sendiri. Di tambah pula dengan cabaran kesejukan melampau. Sungguh mencabar ketahanan diri dan EMOSI !

Alhamdulillah, suhu semakin menaik. Hari ini, hanya 19 bawah takat beku. Walaupun sejuk, masih boleh tahan lagi kalau nak dibandingkan dengan angka 30 bawah takat beku. Tak sampai 5 saat keluar daripada perkarangan asrama pun dah rasa fosil dalam hidung membeku. Boleh bayangkan tak? Muka tak payah cakap la. Sakit yang teramat. Huhu.

Harapnya minggu depan, angin sejuk akan di bawa ke tempat lain. Please God, please..*Praying*


Brought to you by BB

Through frozen glass
Location: In the bus



Pemandangan Sungai Volga yang hampir 100% beku
Hence, white in color


Brought to you by Canon


'Belon' yang baru balik dari kelas sedang ber-posing
Lokasi: Depan pintu bilik



'Belon' mencampakkan semua barang-barangnya ke tepi
untuk posing hampir maut (masih belum maut. Hampir saja)

Sila abaikan 'camera man' di belakang




Iklan minggu ini:

Love In the Ice
By: Dong Bang Shin Ki (DBSK)


It's not your fault those hands are freezing
They carry scars from long before
Afraid to love someone,
You pretend not to see the other side of the words


Like ice, the embraced heart slowly starts to thaw


For anyone to be loved by someone,
Makes life in this world shine

If it was me,
I'd make your heart warm once more


With eternal tenderness
Even if fate's mischief pains the heart
On the other side of those tears,
A single ray of light will swoop down into the darkness

We know

As strong as the feeling of suffering,
we can feel people's warmth

Everyone is searching for a place
That can heal their sadness and loneliness

So... for you, that place is here
Don't be afraid,
don't hesitate anymore,
because I'll protect you


My heart is pained

Because this love is so beautiful, don't be afraid

Even if it's just momentarily, I'll let you know my love

This time is beautiful, you know... let you know my love


Selamat berhujung minggu!

December 15, 2009

KeSEJUKan Melampau

-27darjah celcius. 27 darjah bawah takat beku.

Ini bukan tipu-tipu. Ini kisah benar. Tak percaya? Cuba cubit pipi sebelah kanan. Sakit kan??? Maksudnya ini realiti. Bukan mimpi ngeri.

Semalam -20. Hari ini makin rendah pulak suhu. Sangat mencabar untuk ke kelas di pagi hari. Kalau semasa summer berat saya hanya 50 kilo (contohnya. Bukan berat sebenar), hari ini berat saya bertambah menjadi 60 kilo disebabkan pertambahan lemak badan. T__T
Ok. Ok. Tipu je. Tidak mungkin badan saya dapat menaikkan berat secara mendadak, melainkan ada orang hadiahkan rantai emas 24 karat yang sangat besar dan mempunyai berat badan 10 kilo (berat badan? Eh?) Abaikan. Ini kesan overcooling. Otak dah beku, tak boleh fikir betul-betul.
Ok. Badan hanya nampak seperti belon saja, tiada pertambahan berat seperti yang digempar-gempurkan. Oh, kalau anda perlu pembayangan; seperti Erra dalam cerita Cinta Kolesterol. Berlapis-lapis pakaian kena pakai, saya dah jadi macam kek lapis. Walaupun kek lapis (Heh?) berlapis-lapis pakaian dipakai, ditambah lagi dengan boot tinggi paras bawah lutut dan berbulu di dalamnya (maksudnya mempunyai bulu, bukan seperti yang anda bayangkan 'berbulu' berbulu) dan macam-macam lagi aksesori tapi masih tidak juga mencukupi. Saya masih menggil kesejukan. T___T Kasihanilah hamba-Mu ini.

Gila sejuk. Sejuk gila. Sangat sejuk bagai nak gila. Saya rasa seperti hidup di dalam peti sejuk 7-Eleven yang dia simpan ais ketul yang berharga RM 1.60 satu bungkus. Sesungguhnya kehidupan di dalam peti sejuk tidaklah sehebat mana. Sangat tersiksa adalah. Dah la kena tunggu bas di perhentian bas yang terbuka. Dalam bas pun sejuk. Perjalanan ke kelas dah la jauh. Overall, SEJUK tahu. Sejuk. Tak tahu nak cakap apa lagi selain sejuk. Beku #__#

Kalau boleh(kalau ada darjat kebesaran President Putin atau Medvedev) mahu sahaja saya ishtiharkan darurat. Semua orang tak perlu ke kelas (melainkan anda ada kereta yang ada heater pemanas) sehingga suhu naik balik. Kasihan tahu. (kasihan pada diri sendiri jugak). Pagi-pagi dalam perjalanan ke kelas, mesti saya rasa seperti jari kaki dan jari tangan saya hilang. Oh, dan hidung juga. Saya rasa seperti saya tidak mempunyai kaki, tangan dan hidung. Aku tersiksa.... Dan bila pulang dari kelas, kaki dan tangan rasa sangat sakit kerana terlampau sejuk. Saya menangis dalam hati. Takut juga kalau lama-lama saya dapat frostbite. Nauzubillah..

Dan esok, suhu mungkin terus jatuh lagi. (dulu saham saja yang jatuh, sekarang suhu pun nak jatuh juga). Demi keselamatan diri, saya mengambil keputusan untuk men-skip kelas pada esok hari. (Reader's discretion is advised. Yang baik boleh di ikut sila ikut, yang tak elok silalah dijauhi).

December 13, 2009

Me and just me


The State Exam a.k.a Final exam is only a few months away. And I have like a tons and tons and tons of topics to cover up. Here, let me list down the big topics for you. (Simply to exaggerate and whatnots?)


1. Internal Medicine; which consists of

- General Questions ( Cardio, Pulmo and etc. Just name all the system in your organism)
- Tuberculosis
- Occupational Disease
- Military Medicine
- Infectious Disease

- Hematology

2.
Surgery

- General Surgery
- Cardiac surgery
- Paediatric Surgery

- Orthopedic
- Urology

3. Paediatric
(We studied Paediatric for 3 semesters; approximately 1 and a half year. So just imagine how many questions would that be. And plus the cases too)

4. Obstetric and Gynecology

5. Public Health
(Ok. This one is a lousy one to begin with. We can count with fingers who really enjoy studying this. Or just a finger maybe? Do you know how a closed friend of mine (also a senior of course) used to pronounce this? '
Pubic Hair' or 'Public Hell'. Ahahaha. See! They really LOVE them don't you think?)

Looking at the list, I really should start revising soon enough. I mean like today specifically right now! And my friends, they have been revising since the semester begins (Read: September).

And me?? Don't ever try to ask. Don't!
I just couldn't stick my butt at the study table these days. Just sticking my butt there is already a problem. Then, can you even imagine me reading books? I am really really seriously lazy nowadays
I'm always bad at preparation; generally preparing for something. Anything; exams, events etc and etc. I am not a futuristic girl (well I'm not yet a woman.Haha. Am still my abah's baby and hubby's girl. So, girl it is. Gila tak malu buat pengakuan macam ni @___# )

How I wish my life is like a DVD player; with the play, pause, rewind and fast forward button. I would just fast forward the exam part till I graduate. In the mean time before starting to work, I would just press the play button and enjoying every seconds.I would rewind the happiest moments so many times till I'm sick of it. And the pause button? When do you think I should press this? Hurm, maybe when I'm in need of breaks and holds from life. Whoah! My life would be superbly happy like this. Haha.

Ok OK. I should stop day-dreaming now and get my ass to the table now! Oh God, please give me courage, determination, hardworking-ness and answer my prayers. Amin.


Woman is W.O.M.E.N


Taken from
Love Doctor

HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY

It's really not difficult...


To make a woman happy; a man only needs to be :


1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
17. a psychologist
18. a pest exterminator
19. a psychiatrist
20. a healer
20. a good listener
22. an organizer
23. a good father
24. very clean
25. sympathetic
26. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate


WITHOUT FORGETTING TO:


44. give her compliments regularly
45. love shopping
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls


AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:


50. give her lots of attention, but expect little yourself
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes


IT IS VERY IMPORTANT:


53. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes


Iklan Hari Ini: Hargai orang terSAYANG

If hugs were like rain drops,
I’d send you showers,
If kisses were like minutes,
I’d send you hours,
If smiles were an ocean,
I’d send you the sea,
And if love was a person,
I’d send you me….

December 11, 2009

Emotionally Affected

Balik kelas tadi, En. Suami tiba-tiba panggil; "Yang mari baca berita ni."

"Ohh ada berita menarik ke?" fikir aku dalam hati (boleh ke orang fikir dalam hati? Fikir-fikirkan...)

"Habis kelas tadi, ada orang telefon Azri betau ada kawan sekolah dia meninggal. Baru je lepas nikah. Kesian.."

Jantung aku bagai disentap bila dengar perkataan 'meninggal'. Perkataan itu sangat memberi impak yang besar pada jiwa aku yang sangat emotional ni.

"Uh..ye ke?" Jawab aku pendek. Dalam hati aku, mula terbit rasa sebak dan sedih yang teramat. Walau bukanlah kenalan, it's emotionally disturbing...

Source: The Malaysian Insider


KANGAR, Dis 11 — Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun berkata, pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.
Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah. Kesemua mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit tayarnya menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.


"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai. Kerja-kerja gotong-royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin yang merupakan jiran kepada mangsa berkata kesemua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. — Bernama



Tragis. Tersentuh hati ku. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia buat mereka bertukar menjadi satu tragedi. Baru 4 jam mereka di angkat menjadi suami dan isteri. Sungguh besar ujian buat Isteri arwah. Namun, Dia yang menentukan segalanya. Pasti ada hikmah disebalik musibah yang menimpa.

Firman Allah swt dlm surah Al-Baqarah; Ayat 286

"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada agama dan bersabar dengan segala ujian. (Al-Baqarah:214)

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat.
Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.
Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..
Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"


Source: Sahabat Masjid (SAHAM)

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat semua arwah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Dan semoga isteri arwah diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang sangat hebat ini. Amin..

Buat ingatan kita semua. Mati itu pasti. Cuma bila, bagaimana dan di mana menjadi tanda tanya yang tidak mungkin dapat kita cungkil sebelum tiba masa. Jadi, marilah kita sama-sama menyediakan diri bermula sekarang. Semoga kita kelak akan dimatikan dalam keadaan beriman. Insyallah...

December 07, 2009

Santapan Hari Minggu


Alkisahnya, aku nak buat 'SURPRISE' untuk mama & abah mase birthday mereka nanti. Hasil pencarian ( kenapa bunyi macam gaji je? ) aku jumpa beberapa kedai bunga online yang menyediakan servis penghantaran bukan sahaja untuk bunga tetapi kek juga. YAHOOOOO!


Sila klik disini jika anda juga berminat seperti saya. Aku sangat teringin nak cuba kek tiramisu. Tetapi, bahan-bahan yang digunakan tidak disertakan. Setahu aku, kek tiramisu semua menggunakan minuman keras. Betul ke? Aku jakun (ayat orang loser). Tak tahu menahu sangat tentang kek itu dan ini. Kek hari jadi daripada ibubapa pun dah lama tak merasa. Jadi, pengetahuan aku tentang kek sangat oommmpphhh hampeh! Ada kaitan ke? Saja nak salahkan ibubapa sebab tak selalu belikan kek harijadi mase kecik-kecik dulu. Kan dah besar panjang tak tahu menahu jenis-jenis kek.

Ok. Mari kita teruskan agenda kita. Di mana kita tadi? Oh, disebabkan aku sangat curious tentang kek tiramisu bermulalah episod pencarian baru - pencarian bahan-bahan kek tiramisu pula. Dan lihat apa yang aku jumpa! ( Hasil pencarian kedua = GAJI ke-2?)

Gaji ke-2 ( Heh?)

Ok tak klakar. Fine.

Hasil pencarian kedua, aku jumpa resepi yang sangat simple, senang dan mudah. Mari kita kaji dan tenung-tenungkan.



Credit to Mr Google


Kek Keju Tiramisu Simple
Sumber: umi_e (myresepi.com)
*Edited*


BAHAN-BAHAN
1 biji sponge kek atau apa2 kek
atau boleh juga guna biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir (2 bungkus)
250ml whipping cream
250ml cream cheese

1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)

1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan


Kek span yang sudah siap dipotong 3.
Aku tak pernah jumpa biskut tiramisu di sini, jadi kek span pun jadilah
( Tak jumpa sebab tak pernah nak cari T__T )




Whipping cream 33%
Bangga betul jumpa benda alah ini.
Mengapa? Nantikan ceritanya di bawah ye.

(Gambar diambil dari Mr Google)



Cream cheese. Mascarpone. Sukatannya sudah 250ml



Siapa yang tak kenal NESCAFE, inilah rupanya.
Bentuk baru yang nyata lebih slim.
Mungkin mesej yang ingin disampaikan; NESCAFE boleh men-SLIM kan anda?
Tidak mustahil kan.




Ayuh, mari kita mulakan kelas membuat kek!


Credit to Mr Google (Kenapa Mr Google glamer sangat hari ni?)


CARA-CARANYA

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas
2. Satukan gula, cheese dan cream dan pukul adun sampai kembang dan gebu
3. Susun 1 bahagian kek span dalam pinggan rata
4. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
5. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese+gula atas kek
6. Susun lagi bahagian yang selebihnya dan ulang sampai habis
Kalau teringin buat kek sampai 5 lapis pun, begitulah caranya. Ulang sampai habis kek.
7. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar
8.Hiaskan dengan serbuk koko bila nak menghidangkannya. Aku letak cokelat Daim jugak untuk menambahkan kemenarikannya.


SIAP.


Jom lihat hasilnya.




Aku ada bakat ke?

Ohoh. Sekadar gambar hiasan. Itu bukan kek aku.
Credit to Mr Google lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini baru kek aku.


Hasil tangan anak yang kurang mendapat kek harijadi semasa zaman kanak-kanak.
Sila jangan gelakkan saya. Saya budak baru belajar.


Kawan-kawan, cubalah. Sangat senang dan cepat dimakan. Tak perlu bakar-membakar atau uli-menguli. Jangan lupa cuba ya!


Mari aku ceritakan realiti di sebalik hasil di atas (Read: kek tiramisu simple). Sebenarnya, bahan-bahan di atas aku dah beli minggu lepas lagi kecuali whipping cream 33% tu. Kan aku dah cakap aku ini jakun (ayat loser lagi). Mana pernah aku tahu di dunia ni wujud whipping cream. Ok. Itu exaggeration. Aku tahu kewujudannya tapi aku tidak ambil peduli. Maksudnya, kalau kamu suruh aku cari whipping cream di supermarket, nescaya 20 hari 20 malam pun aku tidak akan jumpa walau sudah 20 kali tawaf satu supermarket tu. Paham? Aku ini tidak tahu apa itu whipping cream. Kecuali yang dalam botol tu. Itu pun aku tak pasti sangat apa sebenarnya benda alah itu. Yang pasti, itu adalah MAKANAN dan boleh dimakan.


Can whipped cream
Banyak digunakan untuk dekorasi kek dan lain-lain



Jadinya, aku tersilap beli bahan. Aku beli creamer instead of whipping cream. Creamer yang digunakan untuk menambahkan rasa slim NESCAFE. Aku kacau kacau kacau dan kacau lagi. Tapi tak pekat pon adunan cream. Uhuh. Hampeh. T_____T
Creamer 20%
Creamer untuk menyedapkan cofee


Ini projek aku dan Ilya. Kiranya bukan aku seorang la yang sengal kan. AhAh! Jadi, kami pun menambahkanlah bahan-bahan tersendiri, kononya untuk memekatkan adunan. Di antaranya adalah; serbuk whipping cream. Ilya dah tuangkan 200ml creamer dalam adunan tadi. Mana nak pekat dah. Udah cair la bukkk.. Dush!

Ok. Jangan mengalah. Mari cuba lagi.

Ilya cakap telur pun boleh pekatkan bahan. Ok, mari kita tambah.

Eh, kejap.


Bukan kek ni tak bakar ke? Habis, takkan nak makan telur tak masak. Yucks!

Tapi, Ilya cakap (lagi), icing kat kedai kek tu pun guna telur yang tak masak. (Betul ke? Nasib baik ibubapa aku tak beli kek harijadi aku mase kecik-kecik dulu. Kalau tak sejak kecik aku makan icing yang menggunakan telur tak masak T_T)


Ok lah. Aku mengalah.

Aku dengar cakap Ilya nak tambah telur yang tak masak. Satu... Dua.... Tiga. Whoah! 3 biji telur beb! 3 biji. 3 biji telur yang TAK MASAK. Malangnya, adunan kami menjadi semakin cair. Hampeh punya Ilya. Menyesal aku ikut cakap dia.

Jadi, kek tiramisu kami menjadi kek tiram susu yang ber-3 biji telur TAK MASAK.

Begitulah alkisahnya kejadian kek tiramusyuk itu. Nasib baik kali ni menjadi. Kalau tidak, memang aku akan bakar semua kedai kek kat sini. Sebab aku dengki. Dengki sebab mereka pandai buat kek dan aku tidak. (Oh. Ayat loser yang terakhir)

Selamat mencuba rakan taulan!


December 02, 2009

.

Oh, bulan

Titipkan rinduku pada sang semangat yang sudah lama berlalu...


Oh, bintang

Sampaikan salamku pada sang
rajin yang sudah lama tidak ku temui...


Oh, malam

Di mana kan ku ketemu dengan dia, sang
disiplin yang lama aku tinggalkan...


Mencari semangat yang hilang ~~