December 15, 2009

KeSEJUKan Melampau

-27darjah celcius. 27 darjah bawah takat beku.

Ini bukan tipu-tipu. Ini kisah benar. Tak percaya? Cuba cubit pipi sebelah kanan. Sakit kan??? Maksudnya ini realiti. Bukan mimpi ngeri.

Semalam -20. Hari ini makin rendah pulak suhu. Sangat mencabar untuk ke kelas di pagi hari. Kalau semasa summer berat saya hanya 50 kilo (contohnya. Bukan berat sebenar), hari ini berat saya bertambah menjadi 60 kilo disebabkan pertambahan lemak badan. T__T
Ok. Ok. Tipu je. Tidak mungkin badan saya dapat menaikkan berat secara mendadak, melainkan ada orang hadiahkan rantai emas 24 karat yang sangat besar dan mempunyai berat badan 10 kilo (berat badan? Eh?) Abaikan. Ini kesan overcooling. Otak dah beku, tak boleh fikir betul-betul.
Ok. Badan hanya nampak seperti belon saja, tiada pertambahan berat seperti yang digempar-gempurkan. Oh, kalau anda perlu pembayangan; seperti Erra dalam cerita Cinta Kolesterol. Berlapis-lapis pakaian kena pakai, saya dah jadi macam kek lapis. Walaupun kek lapis (Heh?) berlapis-lapis pakaian dipakai, ditambah lagi dengan boot tinggi paras bawah lutut dan berbulu di dalamnya (maksudnya mempunyai bulu, bukan seperti yang anda bayangkan 'berbulu' berbulu) dan macam-macam lagi aksesori tapi masih tidak juga mencukupi. Saya masih menggil kesejukan. T___T Kasihanilah hamba-Mu ini.

Gila sejuk. Sejuk gila. Sangat sejuk bagai nak gila. Saya rasa seperti hidup di dalam peti sejuk 7-Eleven yang dia simpan ais ketul yang berharga RM 1.60 satu bungkus. Sesungguhnya kehidupan di dalam peti sejuk tidaklah sehebat mana. Sangat tersiksa adalah. Dah la kena tunggu bas di perhentian bas yang terbuka. Dalam bas pun sejuk. Perjalanan ke kelas dah la jauh. Overall, SEJUK tahu. Sejuk. Tak tahu nak cakap apa lagi selain sejuk. Beku #__#

Kalau boleh(kalau ada darjat kebesaran President Putin atau Medvedev) mahu sahaja saya ishtiharkan darurat. Semua orang tak perlu ke kelas (melainkan anda ada kereta yang ada heater pemanas) sehingga suhu naik balik. Kasihan tahu. (kasihan pada diri sendiri jugak). Pagi-pagi dalam perjalanan ke kelas, mesti saya rasa seperti jari kaki dan jari tangan saya hilang. Oh, dan hidung juga. Saya rasa seperti saya tidak mempunyai kaki, tangan dan hidung. Aku tersiksa.... Dan bila pulang dari kelas, kaki dan tangan rasa sangat sakit kerana terlampau sejuk. Saya menangis dalam hati. Takut juga kalau lama-lama saya dapat frostbite. Nauzubillah..

Dan esok, suhu mungkin terus jatuh lagi. (dulu saham saja yang jatuh, sekarang suhu pun nak jatuh juga). Demi keselamatan diri, saya mengambil keputusan untuk men-skip kelas pada esok hari. (Reader's discretion is advised. Yang baik boleh di ikut sila ikut, yang tak elok silalah dijauhi).

No comments: