December 07, 2009

Santapan Hari Minggu


Alkisahnya, aku nak buat 'SURPRISE' untuk mama & abah mase birthday mereka nanti. Hasil pencarian ( kenapa bunyi macam gaji je? ) aku jumpa beberapa kedai bunga online yang menyediakan servis penghantaran bukan sahaja untuk bunga tetapi kek juga. YAHOOOOO!


Sila klik disini jika anda juga berminat seperti saya. Aku sangat teringin nak cuba kek tiramisu. Tetapi, bahan-bahan yang digunakan tidak disertakan. Setahu aku, kek tiramisu semua menggunakan minuman keras. Betul ke? Aku jakun (ayat orang loser). Tak tahu menahu sangat tentang kek itu dan ini. Kek hari jadi daripada ibubapa pun dah lama tak merasa. Jadi, pengetahuan aku tentang kek sangat oommmpphhh hampeh! Ada kaitan ke? Saja nak salahkan ibubapa sebab tak selalu belikan kek harijadi mase kecik-kecik dulu. Kan dah besar panjang tak tahu menahu jenis-jenis kek.

Ok. Mari kita teruskan agenda kita. Di mana kita tadi? Oh, disebabkan aku sangat curious tentang kek tiramisu bermulalah episod pencarian baru - pencarian bahan-bahan kek tiramisu pula. Dan lihat apa yang aku jumpa! ( Hasil pencarian kedua = GAJI ke-2?)

Gaji ke-2 ( Heh?)

Ok tak klakar. Fine.

Hasil pencarian kedua, aku jumpa resepi yang sangat simple, senang dan mudah. Mari kita kaji dan tenung-tenungkan.



Credit to Mr Google


Kek Keju Tiramisu Simple
Sumber: umi_e (myresepi.com)
*Edited*


BAHAN-BAHAN
1 biji sponge kek atau apa2 kek
atau boleh juga guna biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir (2 bungkus)
250ml whipping cream
250ml cream cheese

1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)

1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan


Kek span yang sudah siap dipotong 3.
Aku tak pernah jumpa biskut tiramisu di sini, jadi kek span pun jadilah
( Tak jumpa sebab tak pernah nak cari T__T )




Whipping cream 33%
Bangga betul jumpa benda alah ini.
Mengapa? Nantikan ceritanya di bawah ye.

(Gambar diambil dari Mr Google)



Cream cheese. Mascarpone. Sukatannya sudah 250ml



Siapa yang tak kenal NESCAFE, inilah rupanya.
Bentuk baru yang nyata lebih slim.
Mungkin mesej yang ingin disampaikan; NESCAFE boleh men-SLIM kan anda?
Tidak mustahil kan.




Ayuh, mari kita mulakan kelas membuat kek!


Credit to Mr Google (Kenapa Mr Google glamer sangat hari ni?)


CARA-CARANYA

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas
2. Satukan gula, cheese dan cream dan pukul adun sampai kembang dan gebu
3. Susun 1 bahagian kek span dalam pinggan rata
4. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
5. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese+gula atas kek
6. Susun lagi bahagian yang selebihnya dan ulang sampai habis
Kalau teringin buat kek sampai 5 lapis pun, begitulah caranya. Ulang sampai habis kek.
7. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar
8.Hiaskan dengan serbuk koko bila nak menghidangkannya. Aku letak cokelat Daim jugak untuk menambahkan kemenarikannya.


SIAP.


Jom lihat hasilnya.




Aku ada bakat ke?

Ohoh. Sekadar gambar hiasan. Itu bukan kek aku.
Credit to Mr Google lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini baru kek aku.


Hasil tangan anak yang kurang mendapat kek harijadi semasa zaman kanak-kanak.
Sila jangan gelakkan saya. Saya budak baru belajar.


Kawan-kawan, cubalah. Sangat senang dan cepat dimakan. Tak perlu bakar-membakar atau uli-menguli. Jangan lupa cuba ya!


Mari aku ceritakan realiti di sebalik hasil di atas (Read: kek tiramisu simple). Sebenarnya, bahan-bahan di atas aku dah beli minggu lepas lagi kecuali whipping cream 33% tu. Kan aku dah cakap aku ini jakun (ayat loser lagi). Mana pernah aku tahu di dunia ni wujud whipping cream. Ok. Itu exaggeration. Aku tahu kewujudannya tapi aku tidak ambil peduli. Maksudnya, kalau kamu suruh aku cari whipping cream di supermarket, nescaya 20 hari 20 malam pun aku tidak akan jumpa walau sudah 20 kali tawaf satu supermarket tu. Paham? Aku ini tidak tahu apa itu whipping cream. Kecuali yang dalam botol tu. Itu pun aku tak pasti sangat apa sebenarnya benda alah itu. Yang pasti, itu adalah MAKANAN dan boleh dimakan.


Can whipped cream
Banyak digunakan untuk dekorasi kek dan lain-lain



Jadinya, aku tersilap beli bahan. Aku beli creamer instead of whipping cream. Creamer yang digunakan untuk menambahkan rasa slim NESCAFE. Aku kacau kacau kacau dan kacau lagi. Tapi tak pekat pon adunan cream. Uhuh. Hampeh. T_____T
Creamer 20%
Creamer untuk menyedapkan cofee


Ini projek aku dan Ilya. Kiranya bukan aku seorang la yang sengal kan. AhAh! Jadi, kami pun menambahkanlah bahan-bahan tersendiri, kononya untuk memekatkan adunan. Di antaranya adalah; serbuk whipping cream. Ilya dah tuangkan 200ml creamer dalam adunan tadi. Mana nak pekat dah. Udah cair la bukkk.. Dush!

Ok. Jangan mengalah. Mari cuba lagi.

Ilya cakap telur pun boleh pekatkan bahan. Ok, mari kita tambah.

Eh, kejap.


Bukan kek ni tak bakar ke? Habis, takkan nak makan telur tak masak. Yucks!

Tapi, Ilya cakap (lagi), icing kat kedai kek tu pun guna telur yang tak masak. (Betul ke? Nasib baik ibubapa aku tak beli kek harijadi aku mase kecik-kecik dulu. Kalau tak sejak kecik aku makan icing yang menggunakan telur tak masak T_T)


Ok lah. Aku mengalah.

Aku dengar cakap Ilya nak tambah telur yang tak masak. Satu... Dua.... Tiga. Whoah! 3 biji telur beb! 3 biji. 3 biji telur yang TAK MASAK. Malangnya, adunan kami menjadi semakin cair. Hampeh punya Ilya. Menyesal aku ikut cakap dia.

Jadi, kek tiramisu kami menjadi kek tiram susu yang ber-3 biji telur TAK MASAK.

Begitulah alkisahnya kejadian kek tiramusyuk itu. Nasib baik kali ni menjadi. Kalau tidak, memang aku akan bakar semua kedai kek kat sini. Sebab aku dengki. Dengki sebab mereka pandai buat kek dan aku tidak. (Oh. Ayat loser yang terakhir)

Selamat mencuba rakan taulan!


1 comment:

Anonymous said...

ok la tu neG, orang langsung tak reti buat cake. stkt lauk pauk senang-senang boleh la. hihi.

btw, sgt rajen ye neG buat cake. bagus bagus..=)

-aja@hani malas nok sign in-