SOB SOB..
Cerita hari Sabtu
Pada hari Sabtu yang indah, daddy telah ke tempat kerja. Mummy dan Huda pula sambung tidur semula lepas hantar daddy ke tempat kerja. Daddy telah di kerah untuk buat atas-panggilan (read: on -call). Jadi, hujung minggu kali ini kami akan berhabis masa di Bangi; rumah aki dan wany.
Hari ini, kami (read: mummy, Huda, aki dan wany) ada jemputan kahwin di Shah Alam. Rumah kawan wany. Kami bergerak jam 12 lebih lepas ambil aki di tempat dialysis. Cuaca hari ini sangat panas. Nasib baik mummy pakaikan Huda topi. Kalau tak habis la muka aii youu, sunburnt! Auw!!
Hari Sabtu minggu lepas pula, atuk dan wan opah bawa Huda dan mummy berkenduri di Melaka. Jauh kan. Huda rasa macam femes pulak. HAHAHA. Kecil-kecil lagi dah merata tempat Huda merasa gulai kenduri. KIH KIH KIH
Owh ya! Mummy telah menerima lagi sepucuk surat cinta dari KKM. This time, it's real. Tak main-main dah kata mummy. Mummy akan terima surat cinta itu. Sob sob nanti siapa nak main dengan Huda pagi-pagi, mummy?
Cerita hari Ahad dan Isnin
Hari Isnin Huda adalah hari yang indah juga kerana daddy ada bersama. Daddy tak kerja. Daddy ponteng T___T Dadddy kata daddy sangat penat. Exhausted. Hari Ahad adalah hari postcall daddy tapi daddy asyik ke sana ke mari, tak cukup rehat. Habis saja atas-panggilan, daddy terus pecut dari Hosp Selayang ke BBBangi untuk bertemu mummy dan Huda. HAHA. Daddy, mana boleh jauh jauh dengan mummy dan Huda lama-lama. Kan daddy? HIK HIK HIK
Jadi, sebab itu daddy berasa amat penat. Kalau dah nama on-call berapa jam sangat lah daddy sempat tidur, kan? Dah la jaga wad kardio pulak tu. Kesian daddy. Meh sini daddy, Huda kish...MUAHH!
Hari Ahad banyak dihabiskan bermalasan di rumah. Aki dan Wany dah bertolak ke Terengganu dari pukul 8 lagi. Tinggal lah Huda, mummy, daddy dan ayah long di rumah. Ayah long tak kerja tapi mungkin dia ada 'date' kot, jadi tengah hari lagi ayah long keluar naik motor besar dia. Vroom vroomm. Bila ayah long nak bawa Huda jalan-jalan naik motor besar nih?
Petang, lepas dah puas bermalasan di rumah kami pun bertolak pulang ke Taman Jasa. Dalam perjalanan kamisinggah sebentar di OU. Seperti biasa, tempat lepak feveret mummy dan daddy T__T
Sekarang Huda nak cerita tentang hari Isnin pula.
Bersempena dengan ketidak-hadiran daddy ke tempat kerja, mummy mengajak daddy untuk ke klinik. Mummy perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikerah ke tempat kerja. Jam 2 ptg, kami bergerak ke klinik Rahim Omar & rakan-rakan yang bertempat di Kompleks Daya Bumi. Ada lah dua tiga kali juga pusing sebelum sampai di destinasi. Mummy dan daddy ni, memang. Suka sangat pusing-pusing sebelum nak sampai ke satu-satu tempat. Bangunan dah depan mata dah, boleh pulak terlepas simpang. Adeh T__T Semalam dah pusing-pusing dulu sebelum sampai ke OU. Suka betul mummy dan daddy main pusing-pusing yer! Adeh lagi T__T
Atuk dan wan opah juga datang ke klinik. Wan opah pun nak jumpa doktor. Wan opah sakit, nak minta ubat. Wan cepat baik, ya T__T
Selepas mummy dan wan opah selesai jumpa doktor jeng jeng jeng..Huda dibawa pulang ke rumah oleh wan opah.
Mummy dan daddy pergi jalan tak bawak Huda. Uwaaa T__________T