Hari ini daddy berkerja, as usual. Semalam daddy bercuti. Bukan suka suki mahu bercuti, tapi daddy perlu cuti untuk ke HKL. Dan bila daddy cuti, kami juga secara tersendirinya akan bercuti juga. Mummy bercuti dari kerja tiap-tiap hari mummy dan baby pula cuti dari haha solid food nya. Dah dua hari baby bercuti, semua gara-gara kami ke sana ke mari. Hari Ahad, kami ke Bangi. Jadi puasa solid food sehari. Semalam pula hari Isnin, kami ke Midvalley mencari working attire mummy. Jadi, cuti lagi sehari. Hari ini mummy berhasrat untuk membuka puasa baby dengan lobak manis. Hasratnya memang tinggi, harapnya menjadi lah. Bukan takat menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja.
Habis perenggan intro. Masuk kepada main story: kenapa daddy ke HKL.
Daddy telah di diagnos dengan nasal septum deviation oleh lecturer ENT kami; Mr Yuri Aleksevich sejak kami berada di tahun 4 di NNSMA lagi. Sebab itu malam malam daddy akan selalu errr 'menyanyi' ketika tidur. Memang tiap tiap malam, tidur mummy di ulit oleh 'alunan indah' daddy. Tiap tiap malam. Tak pernah miss. Indah! Kamu ada? HA HA HA.
Jadi, dah lama kami maklum tentang keadaan tersebut. Tapi, tiap kali balik Malaysia mesti tiada kesempatan nak ke klinik dan seterusnya membuat rawatan. Bukan alasan, memang tiada kesempatan.
Tahun 2008; sibuk nak kahwin.
Tahun 2009; sibuk pulak dengan resepsi belah pengantin perempuan aka ehem yours truly ini lah.
Tahun 2010; sibuk mengandung pulak. Aik? Mengandung pun boleh sibuk ke? HA HA HA sibuk nak men-siapkan diri untuk menyambut orang baru lah.
Nampak tidak? Sibuk betul kan. Mana lah sempat nak pergi ambil giliran dekat klinik kesihatan atau hospital kerajaan, kemudian tunggu giliran untuk bertemu doktor dan seterusnya menerima rawatan. Nak nak lagi kalau kena buat follow-up atau perlu ke hospital kerajaan atau klinik kesihatan berkali-kali sebelum dapat menerima rawatan. Lainlah kalau ia semudah ABC (air batu campur). Seru saja ABC, tingg terus dapat menerima rawatan daripada doktor. Berangan heh berangan! HO HO HO
Setelah beberapa tahun tertangguh; bulan Januari lalu daddy buat keputusan yang tegas untuk menerima rawatan. Ye lah; kahwin sudah, resepsi sudah, mengandung sudah (erk mummy lah, bukan daddy okay!), beranak pun sudah. Mahu tunggu apa lagi, ye tidak?
Untuk menerima rawatan, daddy telah melalui beberapa peringkat.
Peringkat 1: Consultation with ENT Specialist at Hosp Tawakkal. Tak sangka consultation fee adalah FREE. Iya, FREE! Tak caya? Kami sendiri pun tidak percaya. Jadi tidak hairan kalau kamu juga tidak percaya. Tapi ini bukan main-main, ini hal serius. Memang free saja. Nak test, cubalah sendiri.
Aim: referral letter to any goverment hospital. Kalau eden mampu bayar beribu-ribu, teruskan sahaja hajat untuk menerima rawatan di hospital private. Kami mana nak mampu, hospital kerajaan sudah.
Peringkat 2: Fix appointment date at HKL. Ingatkan bawa referral letter pergi HKL hari ni, boleh lah terus jumpa doktor hari yang sama. Rupanya tidak. Tidak sama sekali. Perlu fix appointment date, pada hari yang lain. Daddy minta bulan Mac memandangkan cuti daddy sudah habis. Tambahan pula, daddy akan habis cycle orthopedic pada 17 Feb dan memulakan cycle baru dengan tagging selama 2 minggu. So, the earliest is March. So March it is. Daddy dapat appointment date pada tanggal 16 Mac.
Peringkat 3: Appointment day. Rabu,tanggal 16 Mac lalu, daddy telah membawa diri ke HKL untuk bertemu-janji bersama doktor ENT. Pemeriksaan telah dibuat dan rawatan telah dirancang. Daddy akan dibedah pada bulan April nanti. 11 April to be exact. Namun daddy perlu bertemu-janji dengan anesthesiologist dahulu di klinik memandangkan daddy akan dibedah under general anesthesia (GA) dan daddy tidak mempunyai any known illness in the past.
Peringkat 4: Appointment with anesthesiologist. Anest perlu mengkaji selidik keadaan tubuh badan daddy sebagai persiapan untuk dibedah under GA
Peringkat 5: 7 April - Appointment at the clinic. Daddy di kehendaki datang ke klinik lagi sekali sebelum dibedah. Tujuan: tak pasti.
Peringkat 6: Admission to the hospital. Walaupun daddy akan dibedah pada 11 April, namun daddy akan dimasukkan ke dalam wad sejak 8 April lagi.
Nampak tidak ada berapa peringkat di situ sebelum dapat terima rawatan. Kamu fikir, sempatkah kami nak selesaikan semua itu tiga tahun lepas ketika kami masih di bangku universiti dan masa yang kami ada hanyalah 2 bulan (cuti summer) pada setiap tahun. Kamu bilang sempat?
Sekarang, daddy masih di peringkat 4. Masih ada 2 peringkat sebelum D-day. Semoga semuanya berjalan lancar. Insh'Allah.
Amin..
No comments:
Post a Comment