February 23, 2011

Ragam Hari Ini


PAGI 

Sebelum mandi pagi. 

Pagi pagi mood memang sentiasa baik. Bila mood baik, barulah boleh duduk baik baik di dalam katil sendiri tanpa mummy berbaik dengan dia disisi.


Gaya terbaru. Sembur sembur sembur sampai berbuih-buih mulut tu. Hujan you!

Selepas mandi pagi

Baru terjaga dari morning nap

Acara wajib: kunyah jari NYUM NYUM


Nampak Mommy ada,tak jadi nak melalak panggil orang


PETANG

Tidur dah puas. Susu pun dah puas. Belaian ibu saja masih belum puas. Mummy leka dengan komputer. Jadi nasib lah Huda kena main sendiri.


Angkat.. Uihhh..



Jatuh.. rehat kejap



Angkat balik...yyyaahhh..



Tamat angkat berat, mari gigit gigit pulak



MALAM

Masih petang sebenarnya, nak hampir saja dengan malam tapi masih belum malam. Ha senja, betul betul! 
Mummy baru selesai mandikan dia pakaikan dia losyen dan bagai. Aunty Da datang main-main dengan Baby Hud-Hud; main korek-korek atas changing mat My Jungle Family. Terkekek-kekek dia ketawa.
Mummy agak terkezzut jugak dengar dia gelak terkekek-kekek. Mula-mula ingatkan nak muntah ke apa. Lama-lama baru sedar dia sedang ketawa. DIA KETAWA TERKEK-KEKEK FIRST TIME IN HISTORY! Rasa macam unbelievable anak aku dah besar dah. Uhuh touching betul rasanya bila dengar dia ketawa macam tu. Masha'Allah!
Layan sangat perasaan touching sampai terlupa nak rakam video. Sempat tangkap pun sedikit saja.

Eheh si empunya diri kecil tu biasa lah kalau nampak orang pegang kamera nak rakam dia, terus dia diam bagai tiada apa yang berlaku. Innocent. Yeah you're right!
Layan...

Ini baru betul-betul malam.
Dari tadi memang nampak macam dah penat si puteri kecil ini. Tapi bagi susu pun tetap tak mahu tidur. Petang tadi pun sempat ambil nap sekejap saja. Tunggu daddy ye sayang? 

Walau penat mana dan kecil mana sekalipun mata dia tuh, tetap teruja bila nampak cat. Nampak cat aja,dia tegur. Pandanggg aja macam nak NGAPP! HAHAHA Habislah kamu semua kaum kerabat kucing, Huda dah dapat kaki nanti terimalah habuannya! 

Ada gaya Tiger Woods kah?

Penat ye borak sama cat

Sementara menunggu kepulangan daddy 


I see

I conquer eh bukan I GIGIT-er

Cubaan kedua

Lambatnya daddy mahu pulang. Segeralah pulang, kami rindu T___T



February 21, 2011

Family Outing

Kalau hari Sabtu itu hari yang tidak menseronokkan, lain pula ceritanya hari Ahad. Hari yang paling menseronokkan. Daddy dapat a day-off YEAY! Seronottss gitu. Kedengaran seperti gedix la pula. Memang orang kalau gembira akan kedengaran sedikit atau sebanyak gedix. Tapi, bertempatlah. Tak gitu?  

Hari Ahad yang paling mengembirakan dibuka eceh seperti rumah terbuka pula. Ada 'open house' ke? MUAHAHAHA KAU GELAK LAH SENDIRI SEBAB TAK LAWAK PUN!
Hari Ahad yang paling seronots dibuka dengan sarapan yang seronok. Aik? Ada sarapan yang seronok? Bukan happy meals saja sarapan yang seronok ya, dapat bersarapan di kedai map-le juga dapat menggembirakan emm terutamanya penggemar kedai map-le lah. Siapa lagi kalau bukan daddy, bukan saya NOOO! Dan kedai map-le all-times-favorites beliau mana lagi kalau bukan restoran yang senantiasa bergemerlapan, Restoran Pelita. Semoga hidup daddy nanti pun senantiasa bergemerlapan disuluh pelita. Please jangan ajar Huda suka makan di kedai map-le yer. Daddy saja yang boleh, bukan my puteri Huda.

Usai sarapan bersama adik ipar dan sepupu sepapat ipar, kami mengundurkan diri untuk ke destinasi outing kami pula; Pertama Utama HAHAHA APA KES KAU MELAYUKAN NI.SUKA HATI KAU SAJA!
Baiklah, destinasi kami One Utama. Aktiviti utama kami adalah bersenggang sahaja. Saja mahu ditikam masa yang ada. MUAHAHAHA KEJAM SAJA BUNYINYA. Tapi, motif utama mummy mahu cari kolam renang yang kecil untuk Tuan Puteri semoga dia dapat bergembira di dalam air. Itu hajatnya lah.

Setelah berpusing pusing mencari jalan, pukul 12 baru sampai. HAIH jalan dah di depan mata tapi kau bagi arahan suruh masuk simpang lain pula. Ha kesian drebar kena pusing lagi sekali. Dengan highway bersimpang siur, salah je masuk simpang ha pusinglah kau lagi sekali. Bazir minyak saja T___T.

Haha bajet model kah si kecil itu?

Tema hari ini: RED DIVAs bukan RED DEVILs
Tidak mengapa. Yang penting SAMPAI di destinasi. Betul? Mommy memang allergik betul kalau nampak kedai baby. Mesti rasa mahu masuk. Bila dah masuk tu, mula lah nak menggatal belek itu ini. Sudahnya, satu-satu barang masuk bakul. End up setiap kali keluar pun, barang Tuan Puteri saja yang banyak. Rasa macam dah tak menarik nak tengok barang keperluan sendiri. Eceh kau, keperluan ke baju tu? 

Baby Huda baik saja hari ini. Tak ada meragam, tak ada nak nangis meminta susu. Tidur saja di dada daddy yang bidang itu. Auww! Senang daddy dan mummy nak bermanja manja. AHAHAHA GELIS! 

Ini tido ke berlakon tido ni?

Pertama kali dalam sejarah kami menjejakkan kaki ke Starbucks. Jakun, memang pun. Kami memang jakun. Saja mahu meluangkan masa berlepak berdua. Seronok dapat mencuba aktiviti baru. HAHA ITU PUN KAU PANGGIL AKTIVITI KAH? Haha kami kan jakun tak pernah masuk dalam Starbucks, jadi nak pilih menu pun jakun lah sebab tak tahu how. Nak bertanya malu pula. Nanti orang kata jakun. Padahal memang jakun pun. Malu bertanya sesat jalan. Malu nak tanya,minumlah kau kopi pahit HAHAHAHA.

Aksi lentoQ

Memori kau dan aku


Err nak tanya .. (kat sini baru menggatal nak tanya) coffee latte memang pahitkah? Atau kena tambah sendiri air gula di kaunter kecil tempat dia letak gula and stuffs? Ha, lagi satu. Kat kaunter tu dia sediakan air masak ke atau air gula dalam jar kaca tu? HAHAHAHA jawab, jawab jangan tak jawab.

Time: Lunch + Tea time = ?
Venue: Fish & Co.
Ratings: 5

Ibarat orang lapar disorongkan menu
Daddy suruh tgk kamera, dia pegi sengih pula
Nyum Nyum deliciousnya tangan daddy

Ok fine nampak berlakon
For Daddy: New York Fish n Chips

For Mommy: Fettucini bla bla bla
For baby: Makanjarisendiri

Ini stroller pinjam, One Utama punya!

I'm HUNGRY too!!


Haih, hari ni sudah hari Isnin. Daddy perlu bekerja. Mummy pun bekerja juga. Tapi bekerja sebagai suri-rumah lah, menjadi penyeri rumah kami. Eceh PERASAN! Hurm tak seronoknya bila daddy tak ada. Biar ada sepuluh orang pun dalam rumah ni, kalau daddy tak ada tiada rasa gembira.

Selamat hari Isnin semua! Mommy sedang mengalami Monday blues...

- FrOm My iPhOnE fOuR -

February 19, 2011

Sabtu tapi tidak Seronok

Hari Sabtu yang tidak menSeronokkan. Daddy perlu berkerja. Pagi-pagi lagi daddy sudah keluar ke tempat kerja. Itulah dia demi mencari rezeki yang halal untuk anak bini dirumah.
Daddy sudah masuk department baru sejak semalam. Dan secara lazimnya bila dah masuk department baru, secara automatiknya tagging akan bermula secara 14 hari @ 2 minggu. Itu kebiasaannyalah. Kalau jadi tidak biasa atau terluar biasa dalam erti kata lainnya kena extend lah, bertambah lagilah angkanya bukan setakat 2 minggu sahaja. 
Semasa daddy mula tagging pertama kali pada hujung tahun lepas, mummy masih dalam pantang di sarang all-time-favorites BBBangi. Jadi, inilah kali pertama mummy dapat menyaksikan saat daddy bertagging secara live. Keluar rumah sebelum jam 7 pagi dan pulang pula after 10 malam. Penat memang penat. Macam mana lah mummy bila mula kerja nanti? Sigh T_____T
Hari Sabtu yang tidak menSeronokkan ini banyak dihabiskan dengan menghadap anak sahaja. Bila anak tidur, kain pula dihadap. TV tidak dihadap kerana tiada rancangan yang menarik. Nasib baik anak ini memang menarik. Menghadap lama mana pun tidak akan jemu. Cuma kadang-kadang boleh juga bertukar monster bila suara nyaringnya mula menunjukkan taring. Heh T____T
Jam sudah menunjukkan angka 9 lebih tapi kelibat daddy belum kelihatan. Sementara menunggu kepulangan daddy ke pangkuan keluarga, mari kita layan video ini bersama.

 fresh from oven

February 17, 2011

Time could make a difference

There's a BIG difference between people who feel that he has not much time left and a people who think that he has all the time in the world. For he who feel  that there's not much time left would appreciate all the time he had and try to accomplish everything as if there's no tomorrow. And he who feel like he has all the time in the world would take things light and easy and would easily waste each seconds of the day.

February 16, 2011

The love letter

Bungkusan yang ditunggu, surat yang diterima. 

Maksudnya: menerima surat yang tidak ditunggu-tunggu

Tak sangka. Tak sangka. Tak sangka! 
Surat itu menyedarkan aku. 

PANG!! 
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah dia bila dah lama menjadi kacang yang melupakan kulit.

Surat itu membangkitkan aku dari tidur yang lena. 
Surat itu mengingatkan tentang realiti, sesuatu yang pasti.
Terkejutkah aku? YA!
Gembirakah aku? YA!
Sedihkah aku? YA!
Aik semua pun ya, anda sedang konfius kah? 
YA!
 
- FrOm My iPhOnE fOuR -

Gathering

Selamat bekerja kepada semua yang berkerjaya.

Hari ini sudah hari Rabu. Maka tinggal lagi dua hari untuk berkerja dan seterusnya kita boleh kembali berjoli bersama. Hari ini hari Rabu kerana semalam hari Selasa dan esok pula bakal menjadi hari Khamis. Apa yang kamu merepek ini aku tiada faham?
Semalam hari cuti dan hari ini hari kerja. Dan bila hari kerja, walaupun masih belum berkerjaya kembalilah kita kepada rutin biasa. Apa rutin biasa? Rutin rutin harian bagi mereka yang belum diulangi BELUM, bukan tidak berkerjaya meliputilah kerja rumah yang sampai bila bila pun tidak akan berkesudahan; basuh kain jemur kain angkat kain lipat kain simpan kain dan bermacam-macam kain lagi, menternak lemak eh bukan mentanak nasi dan sebagainya isi yang tidak perlu diolah sebab semua orang pun mesti tahu melainkan kamu ini anak raja atau kamu ada orang yang dibayar gaji untuk melakukannya. Tamat.

Eh bukan, cerita belum tamat lagi hanya perenggan atas saja yang tamat riwayatnya. Itulah dia.

Damainya hati bila dapat bersama mereka yang tersayang, siapa lagi kalau bukan mi familia eceh kau cakap Spanish gitu biar kau belum sampai Spain lagi. Alah bisa tegal biasa, kata orang.
Bahagia, walau sekejap cuma. That's just what i need, for tranquility. Begitulah bila dah berumahtangga kan. You have your own life to lead. Kita bukan lagi anak sahaja, our roles have expanded to a wife, a mother, a daughter in law dan sebagainya tambah lagi jika mahu.

Hari Sabtu dimulakan dengan sarapan pagi bersama keluarga in laws di restoran kegemaran mereka mana lagi kalau bukan restoran yang sentiasa bergemerlapan, Restoran Pelita. Hari Sabtu berlalu dengan biasa saja tiada yang luar biasa kecuali babak apabila anak kesayanganku dilarikan (eceh dramatis gitu) bukan dilarikan lah, di bawa pergi dahulu ke Restoran Pelita. Nasib baik anakanda sopan sahaja ketika dilarikan (AHAHA!) tiada melalak tidak tentu pasal. U go girl!
Tengah hari pula slot di isi dengan aktiviti yang berfaedah iaitu melawat sepupu Mr Husband yang baru di-operate di salah sebuah hospital terletak di Shah Alam. 
Saki baki Hari Sabtu haruslah di habiskan dengan berpeleseran di SACC Mall bertiga-tigaan (Mommy, Daddy dan Baby) sahaja. Bila sudah puas hati dapat tawaf mall bertiga, baru kita boleh pulang ke sarang all-time-favorites mana lagi kalau bukan BBBangi. AHAHA kedengaran seperti burung pula.

Hari Ahad. Pagi-pagi lagi terpaksa menghantar Mr Husband ke kerja. Yes, kerja! Walau hujung minggu, beliau dikerah juga berkerja. Dan bukan itu sahaja, on call juga! 
Sedihkan? Tak sedih lah kerana dapat berjoli bermesra dengan ibu dan bapa. MUAHAHAHA boleh jadi anak bongsu semula!
Joli-joli dimulakan dengan Bismillah
Bismillahir rahmanir rahim....
Joli-joli menjadi anak bongsu bermula dengan menemani mama ke mini market. Kalau anda mahu tahu, semasa masih belum berumah tangga anak bongsu ini gemar sungguh menemani mama ke mana sahaja beliau mahu pergi. Bak kata orang, 'ekor' yang setia KAHKAHKAH TAK KELAKAR! Sekarang pun gemar juga tapi err restricted lah kerana sudah mempunyai suami malah anak juga. Takkan mahu menjadi 'ekor' mama lagi kan. Ok back to the main story
Aktiviti joli-joli hari ini santai sahaja. Light breakfast dengan roti dan kemudian main masak-masak bersama ibu dan anak. Menu hari ini adalah beraneka jenis pasta; spagetti, soup pasta and meat ball in tomato sauce. Dan guest-of-honor untuk hari ini adalah JENGJENGJENG bakal Mak Long! Saja mama mahu berjinak (eh?) dengan bakal menantu ye! Sebenarnya mama mahu test power tu. HAHAHA mahu menguji bakat memasak kah?
Majlis diserikan lagi (eceh kau ni!) dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka SURPRISEEEE Mama n Papa Chique'. Saja je mereka ni mahu buat surprise kan! Memang surprise lah kami semua. Mana nak disangka mereka datang dari Penang tuuu. Menjadi jejak kasih-an sekejap. HUEHUEHUE RINDU TAUUU!! I miss you when you are not there..SOBSOBSOB
OK lah cerita hari Ahad tamat disini sahaja. Aktiviti seterusnya tiada keenakan pun. Mungkin lazat berkerim bagi saya tapi biasa sahaja pada anda semua. To cut short, mari ke hari seterusnya pula.

Hari Isnin. Hari ini Little Huda ada temu janji dengan Dr Sheila. Apa lagi kalau bukan cucuk mencucuk. Bukan bercucuk-tanam mencucuk bons bons lah. Vaccination you! Pagi-pagi lagi Little Master kena bangun untuk dimandikan. 
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Displin perlu diterap kepada anak-anak sejak kecil. 
My mom selalu berpesan: Kalau nak hantar anak kepada pengasuh, pastikan anak kita mandi dulu. 
Kalau kita hantar anak kita kepada penjaga tanpa mandi, penjaga tu akan jaga anak kita sambil lewa saja. Sebab apa? Sebab kita pun tak pentingkan kebersihan atau hygiene anak kita sendiri. So, why woud they care kan? Bukan anak mereka pun. Jadi pengajarannya, mandilah anak kamu sebelum kamu keluar ke mana mana tak kiralah ke tempat kerja atau mana mana sahaja. Jadikan ia satu amalan. Insya'Allah berkesan.
Berat Missy Huda sudah bertambah kepada 6kg berbanding 5.4kg pada penimbangan yang paling akhir sekali. Tak banyak bertambah. Berat Huda sepatutnya 6.88kg considering she must put 1kg each month. So, she has short 880g but she is completely healthy ALHAMDULILLAH. She sweats a lot. Dr Shelia said she has high metabolism rate. So, no wonder lah kan if she didn't put much weight.
This one Little Master nih kan memang suka buat apa yang dia nak buat saja tau. Boleh dia buat tak endah je kat Dr Sheila semasa beliau sedang membuat general examinations. This one time, Dr S mahu membuat pemeriksaan telinga kanan. Punyalah Dr S gerakkan mainan tu di tepi telinga kanan supaya dia toleh, dia buat dunno saja. Nak tahu apa yang dia buat? Dia leka tengok mainan kereta api yang berwarna MERAH. Red DIVA lah tu kononnya ya!
Lagi satu, when Dr S put her on her tummy to encourage her to crawl. Want to know what she did? She lifts her head for a while to see if there's any interesting toys in front of her then put her head back. Like this.


I couldn't care less
"Aiyoo cute la You," says Dr S and the nurse
Yeay yeay Daddy balik malam ni!

Hari Selasa. Salam Maulidur Rasul. Hari yang berkat kita mula secara berpakat. Berpakat apa? Berpakat makan sarapan lah. Kata orang muafakat membawa berkat. Itu kata orang lah, bukan kata saya. Kata saya berpakat itu lebih mujarab. Lebih-lebih lagi kalau membuat kerja rumah. Saya rasa pasangan yang romantik adalah pasangan yang berganding bahu mengerjakan kerja rumah. Tidak kah anda juga rasa begitu?
Usai bersarapan bersama di Nasi Belauk (Selera Kelantan di BBBangi), mama membahagikan tugas antara dua pasangan. Eceh, macam 'Serasi Bersama' pula ya! 
Satu rumah kami kerjakan, berpakat! Habuannya, Mommy akan belanja dinner di Pullman Putrajaya Lakeside. Hoyeah!!
Jam 6 ptg, kami turun dari rumah untuk makan malam bersama. Barang-barang untuk pulang ke pangkuan keluarga in laws sudah dikemas dan di bawa bersama. Selesai makan, kami akan bertolak terus ke Taman Jasa. SOBSOB BABAI BANGI!


Pullman Putrajaya Lakeside. Lovely!
B's All Day Dining
All pics GOOGLED!
I never could imagine these short weekend visits to my parents house would turns into a small family gathering. We never planned but Allah knows it all. He always has a better plans for you. Thank You Allah! Alhamdulillah.


- FrOm My iPhOnE fOuR -

February 11, 2011

Take Me Away

take me away, a secret place
a sweet escape, take me away
take me away to better days
take me away, a hiding place

i got a pocket, pocketful of sunshine
i got a love and I know that it's all mine
do what you want, but you're never gonna break me
sticks and stones are never gonna shake me

- FrOm My iPhOnE fOuR -

February 08, 2011

Have you seen her?

Huda was passive this morning. She woke up without a sound. Pure silence. No coos no whining. Only her hands and foot wiggle around, probably waking me up.

Dia senyum bila diagah. Kemudian diam semula. Tak ada sembur sembur tak ada jerit jerit.

What happen?

Bila Kena tinggal sorang sorang pun masih diam saja. Tak bising panggil orang. Hairan!

Sekali sekali senyum sendiri. Sembur sikit sikit. Kemudian sambung diam.

Still no whining or what so ever when I put her on her tummy. Tak Ada protes pun. Ajaib!
Dia banyak termenung saja. Sekejap sekejap angkat kepala, check mummy still there or not. Kemudian sambung termenung.

Banyak betul masalah dunia!











































Have you seen my Huda? I'm wondering where did she goes..

- FrOm My iPhOnE fOuR -

February 07, 2011

Empat bulan laaa

Tanggal 30 Januari yang lalu, usia puteri cilik kami sudah pun mencecah 4 bulan. Empat bulan laaa.. bukan empat tahun lagi. Rasa seperti sekejap saja masa berlalu. Yes, betul sangat. Duduk seharian dengan si kecil ini, memang rasa cepat sangat waktu berjalan. Kiranya waktu itu berjalan dengan sangat pantas lah. Kata onyang; cerah gelap cerah gelap, dah besar Missy Princess ni.

At 4 months of age ni, mari kita lihat bidang apa yang Puteri Huda kita sudah pandai.

  1. Menangis secara lantang. Kalau dulu boleh tune volume, sekarang adeh dah tak ada dah. Volume dia hanya 5 sahaja. Tak ada kurang. No discount discount la aunty. Be it nak susu, nak tidur, pampers kotor, anything. 
  2. One, menangis secara lantang. Two, menjerit dengan sakan. Bila gembira sangat, dia menjerit gembira. Jerit yang satu rumah dari depan sampai belakang boleh dengar. Entah-entah orang kat porch pun boleh dengar. Saya tak tahu sebab saya tiada disitu. Dan lagi satu, menjerit sebab marah. Especially bila dia dibuli oleh siapa lagi kalau bukan daddy dia and others juga lah. Cium cium cium sampai dia rimas. Hah AMIK KAU jerit sakan. Geram tau.. AUMMMMM (macam bunyi harimau mengaum..)
  3. Three pula (ini ada one two three sebab cerita dia berangkai), bila dia geram dia akan gigit orang itu, sambil apa lagi kalau bukan dengan menjerit sakan. Ini pun boleh dengar dari depan rumah sampai belakang. Dia gigit gigit gigit bahu (sambil menjerit) sampai dia kembali tenang dan tak ada geram dah.
  4. Kunyah tangan. Kalau baby lain suka hisap jari, nah yang ini suka kunyah jari. You, I dah ada gigi sebatang okay! My baby suka sangat mengunyah tangan sendiri, especially jari telunjuk. Macam makan carrot pun ada. Bila dah tergigit mula lah pasang volume. Huda huda. (geleng kepala mummy dan daddy tengok anak dara ni. Macam-macam gaya ada)
  5. Kenal orang, kenal surroundings. Kagum I. She knows me she knows me. Ahahaha perasan T__T. By this age, memang lah baby dah boleh kenal her own mommy kan. Dah tetiap hari di bawah ketiak ibu. Mahunya tidak kenal. I sekeh you kang! HAHAHA. She will cry with strangers. Dan diam serta-merta bila Mommy pick dia. See see she knows me. MUAHAHAHA. Eceh bangga pulak! Dan bila di tempat yang baru, dia akan observe sekeliling, masuk dalam database and process the information. She is quite an observance. Canggih betul ciptaan Allah ni kan. Subhan'Allah. Subhan'Allah. Subhan'Allah.
  6. Kalau dulu dia pandai mencebik, sekarang versi mencebik atau jebeh (kato oghe klate) or cembeng (kate owang luor) sudah diupgrade menjadi lebih canggih; mencebik dan menyembur, sekali harung.
  7. Senyum. Aduhh senyuman manis itu bisa membuat hati tertawan you! Bangun pagi, senyum. Mood baik, senyum. Cuba you agah dia. Kalau dia suka, dia akan tersenyum simpul. Kalau dia cakap; nahh your agah is not good, then dia akan senyum sikit dan pandang tempat lain. Try harder, she says.
  8. Grab things with her hands. Missy Huda sudah pandai grab any things using her two bare hands. Kalau atas dia punya polly swing, dipegang nya besi tu. Takut jatuh ke sayang? Kalau ada apa apa berdekatan yang menarik minat dan nampak ermm delicious, pun dia akan ambil dan syummm masuk dalam mulut NGAP! Mainan, selimut, seluar, anything yang yummylicious lah. U name it!
  9. Tarik rambut. Ho ho ho. Pantang nampak rambut bergelimpangan depan mata dia, mula lah tangan dia merewang-rewang cuba target nak buat acara tarik tali. Nasib baik hurm rambut I hurm sudah dipotong. Dah berapa kali rambut yang tidak bersalah ini menjadi mangsa penarikan tangan si kecil. Adeh!
  10. Besides, Huda juga sudah pandai put hands together alah macam nak tepuk tangan tu. Tapi tepuk tangan belum pandai lagi la. Nanti mama ajar okay. She only knows how to put her hands together-gether tak mahu berpisah. Apakah?
  11. Ketuk-ketuk seperti mengetuk gendang cuma versinya lain sedikit. Tuan puteri kita ni cuma pandai megetuk perut atau peha. Kedebam kedebuk bunyinya. Tak sakit ke dear Princess?
  12. Angkat badan. Angkat berat badan. Aksi ni kadang-kadang saja berlangsung. Most of the time while nappy changing lah. Nasib baik tukar pampers atas katil bukan changing table. Kalau tidak, boleh bergolek seperti ayam golek. KEDEBUK!
  13. Garu kepala. Especially semasa sedang BF. Yes, exactly. Macam orang tua pun ada. Haha. Nampak gaya nak jadi pengikut Aki ni. Kih Kih Kih.
  14. She still smiles in her sleep. Didn't I tell you, when she was a newborn memang selalu senyum-senyum ketika tidur. Comel. Cair hati Mummy.
hahaha


hahaha


Hello, saya Huda






Oh no, kembang pulak hidung I





Yum yum, saya nak amik tepon mummy





Four and counting..




January 28, 2011

Titik.

lemas.
rimas.
panas.
tepi sikit boleh?
nak ke kanan terhimpit.
nak ke kiri tersepit.
arghh.
demmm.
tumpang lalu.
habis, titik.

January 26, 2011

Hobi baru

Pagi tadi, kami pergi ke Tawakkal lagi for the 3rd time this week saja. Tujuannya untuk buat follow up dengan Dr Sheila. 

Tiba saja di Tawakkal, aktiviti pertama adalah phlegm suction (again!!). Ini sudah kali ke empat Huda di sedut. Tahu sangat lah dia akak akak physiotherapist mahu mencucuk hidungnya dengan tiub. Baru tepuk-tepuk dahh nangis. Baru letak atas towel, belum pun bedung lagi, dahh nangis. 

I know mummy. 
You guys are doing something to me kan!
Tak nak. Tak nak. Tolong Huda daddy!!

Banyak hingus yang melekit dapat dikeluarkan. Alhamdulillah. Moga-moga lepas ni, Huda dapat menyusu dan tidur dengan lebih aman dan tenteram. Insha'Allah. Next agenda, the main one is follow-up with her pediatrician. Huda sudah semakin sihat. Alhamdulillah. Wheezes dalam dada sudah zappp hilang! Jadi, no more tears.. Eh tumpang iklan Johnson pulak. Ulang balik ayat tadi tanpa iklan pulak. Jadi, no more nebulizer every 4 hours and the most important; no more phlegm suction! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah. Lega!


Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, badan binasa. (Selingan)


Terlajak pulak bercerita perihal Huda dan hospital. Sebenarnya nak bercerita tentang hobi baru saya eh eh tersilap, Huda la! Nak tahu apa hobi baru Huda di waktu lapang?


Teka. Teka.


Teka lah cepat.


Cuba teka lagi.


Ok lah, dah penat tunggu. Tak perlu teka dah. Tengok saja video ini.


 
 
Sekian sahaja. Buhbye!

January 25, 2011

From URTI to LRTI

Huda was diagnosed with bronchiolitis since last Friday. It all started with upper respiratory tract infections (URTI) which later worsens, turning into bronchiolitis; the lower respiratory tract infections (LRTI).

She started to have URTI signs (sneezing, runny nose and mild cough) since Monday the 17th of Jan. After 4 days, her URTI signs never subside. The cough worsens. And she had blocked nose too. On Friday, we brought her to Dr Sheila, her pediatrician.

And so, she had to do nebulizer every 4 hrs and of course took all the medicines prescribed. Not to forget the worst nightmare, phlegm suction!

Truthfully, I dun care how much money we have spent for her hospital bills and stuff. But one thing I do care is her sufferings. My heart bleed each and every time she cry her lungs out. Suctions? 
Nebulizer? 
Drugs? 
She hate all those stuffs.

And all this happens because of my carelessness. Stupid me! Boo!!

My lil princess, I'm so sorry dear. I promise I would never do that to you, ever again. Mummy is very sorry. I heart you dear. Please be healthy again.

Muah.

Love,
Mummy



The heart-wrenching moment




O Lord, show her some mercy




So heart-breaking...




Nebulizer-time in the middle of the night




With help from daddy... kroih kroih..

- FrOm My iPhOnE fOuR -

saya sayang awak adorable

tidurnya mendamaikan. memberi secebis ketenangan. telatahnya mencuitkan hati. senyumannya bisa membuat hati berbunga kembang. 

tangan montel itu. kaki kecil itu. pipi mulus itu. senyuman manis itu. membuat hati bertambah sayang.



adorable lah



- FrOm My iPhOnE fOuR -

January 24, 2011

Masha'Allah

Masha'Allah.Masha'Allah.Masha'Allah....

Ada perasaan yang sukar tuk digambarkan setiap kali aku tenung Huda ketika dia dibreastfeed. Beautiful picture bagi aku. Pemandangan yang Sungguh cantik. 

Masha'Allah..

Sempurnanya ciptaan Allah. Semua yang diciptaNya memang ada fungsi tersendiri. Bagi wanita, breast itu bukanlah untuk cantik semata-mata. Its for your children ladies. It's made for them la, bukan untuk pertunjukan semata-mata then bekalkan anak dengan susu formula aka susu lembu.
Dengan susu cap gantung Negy, Huda dah pun 5.4kg, berbanding 2.88kg 3 bulan lebih yang lalu. See betapa berkhasiatnya susu ibu. 

Apalagi, mari kita pakat bekal anak-anak dengan susu cap gantung!

Nah, saksikan produk susu cap gantung Negy..



- FrOm My iPhOnE fOuR -

January 22, 2011

Selamat Pagi Malaysia


Selamat pagi semua.

Pagi pagi selalunya mood Huda adalah superb, as in happy lah. Bila Huda happy, Huda akan bercakap-cakap, tidak kira dengan apa atau siapa. Huda pastinya akan tegur semua yang ada di situ; be it langsir, kipas, mahupun angin jua.

Sejak kebelakangan ini, Huda ada hobi baru iaitu pusing memusing. Bila mummy Huda tinggalkan Huda sorang-sorang dalam bilik, maka Huda akan mulakan aktiviti Huda dengan berpusing. Be it 40', 90' atau 180'. Setakat ini Huda belum berani nak cuba buat 360' lagi, tunggu besar sikit lagi. Bila kaki Huda bertambah kuat dan sihat, Huda akan cuba buat aksi berani memusing 360'.

Mari kawan-kawan, kita layan aksi memusing bersama Huda.



Setelah beberapa minit....


January 20, 2011

Saya penat

Presenting our driver yang kepenatan setelah menghantar aki dan wany ke KLIA.


Mama, Huda penat. Huda tido dulu ye..




Kroih...Kroih...




Close up sikit.. Zoooommm




Nasib baik lalat semua dah pulang ke sarang

- Posted using BlogPress from my iPhone