Kalau hari Sabtu itu hari yang tidak menseronokkan, lain pula ceritanya hari Ahad. Hari yang paling menseronokkan. Daddy dapat a day-off YEAY! Seronottss gitu. Kedengaran seperti gedix la pula. Memang orang kalau gembira akan kedengaran sedikit atau sebanyak gedix. Tapi, bertempatlah. Tak gitu?
Hari Ahad yang paling mengembirakan dibuka eceh seperti rumah terbuka pula. Ada 'open house' ke? MUAHAHAHA KAU GELAK LAH SENDIRI SEBAB TAK LAWAK PUN!
Hari Ahad yang paling seronots dibuka dengan sarapan yang seronok. Aik? Ada sarapan yang seronok? Bukan happy meals saja sarapan yang seronok ya, dapat bersarapan di kedai map-le juga dapat menggembirakan emm terutamanya penggemar kedai map-le lah. Siapa lagi kalau bukan daddy, bukan saya NOOO! Dan kedai map-le all-times-favorites beliau mana lagi kalau bukan restoran yang senantiasa bergemerlapan, Restoran Pelita. Semoga hidup daddy nanti pun senantiasa bergemerlapan disuluh pelita. Please jangan ajar Huda suka makan di kedai map-le yer. Daddy saja yang boleh, bukan my puteri Huda.
Usai sarapan bersama adik ipar dan sepupu sepapat ipar, kami mengundurkan diri untuk ke destinasi outing kami pula; Pertama Utama HAHAHA APA KES KAU MELAYUKAN NI.SUKA HATI KAU SAJA!
Baiklah, destinasi kami One Utama. Aktiviti utama kami adalah bersenggang sahaja. Saja mahu ditikam masa yang ada. MUAHAHAHA KEJAM SAJA BUNYINYA. Tapi, motif utama mummy mahu cari kolam renang yang kecil untuk Tuan Puteri semoga dia dapat bergembira di dalam air. Itu hajatnya lah.
Setelah berpusing pusing mencari jalan, pukul 12 baru sampai. HAIH jalan dah di depan mata tapi kau bagi arahan suruh masuk simpang lain pula. Ha kesian drebar kena pusing lagi sekali. Dengan highway bersimpang siur, salah je masuk simpang ha pusinglah kau lagi sekali. Bazir minyak saja T___T.
 |
| Haha bajet model kah si kecil itu? |
 |
| Tema hari ini: RED DIVAs bukan RED DEVILs |
Tidak mengapa. Yang penting SAMPAI di destinasi. Betul? Mommy memang allergik betul kalau nampak kedai baby. Mesti rasa mahu masuk. Bila dah masuk tu, mula lah nak menggatal belek itu ini. Sudahnya, satu-satu barang masuk bakul. End up setiap kali keluar pun, barang Tuan Puteri saja yang banyak. Rasa macam dah tak menarik nak tengok barang keperluan sendiri. Eceh kau, keperluan ke baju tu?
Baby Huda baik saja hari ini. Tak ada meragam, tak ada nak nangis meminta susu. Tidur saja di dada daddy yang bidang itu. Auww! Senang daddy dan mummy nak bermanja manja. AHAHAHA GELIS!
 |
| Ini tido ke berlakon tido ni? |
Pertama kali dalam sejarah kami menjejakkan kaki ke Starbucks. Jakun, memang pun. Kami memang jakun. Saja mahu meluangkan masa berlepak berdua. Seronok dapat mencuba aktiviti baru. HAHA ITU PUN KAU PANGGIL AKTIVITI KAH? Haha kami kan jakun tak pernah masuk dalam Starbucks, jadi nak pilih menu pun jakun lah sebab tak tahu how. Nak bertanya malu pula. Nanti orang kata jakun. Padahal memang jakun pun. Malu bertanya sesat jalan. Malu nak tanya,minumlah kau kopi pahit HAHAHAHA.
 |
| Aksi lentoQ |
 |
| Memori kau dan aku |
Err nak tanya .. (kat sini baru menggatal nak tanya) coffee latte memang pahitkah? Atau kena tambah sendiri air gula di kaunter kecil tempat dia letak gula and stuffs? Ha, lagi satu. Kat kaunter tu dia sediakan air masak ke atau air gula dalam jar kaca tu? HAHAHAHA jawab, jawab jangan tak jawab.
Time: Lunch + Tea time = ?
Venue: Fish & Co.
Ratings: 5
 |
| Ibarat orang lapar disorongkan menu |
 |
| Daddy suruh tgk kamera, dia pegi sengih pula |
 |
| Nyum Nyum deliciousnya tangan daddy |
 |
| Ok fine nampak berlakon |
 |
| For Daddy: New York Fish n Chips |
 |
| For Mommy: Fettucini bla bla bla |
 |
| For baby: Makanjarisendiri |
 |
| Ini stroller pinjam, One Utama punya! |
 |
| I'm HUNGRY too!! |
Haih, hari ni sudah hari Isnin. Daddy perlu bekerja. Mummy pun bekerja juga. Tapi bekerja sebagai suri-rumah lah, menjadi penyeri rumah kami. Eceh PERASAN! Hurm tak seronoknya bila daddy tak ada. Biar ada sepuluh orang pun dalam rumah ni, kalau daddy tak ada tiada rasa gembira.
Selamat hari Isnin semua! Mommy sedang mengalami Monday blues...
- FrOm My iPhOnE fOuR -
3 comments:
wahh dak kecik tu dah semakin besar! lol best tengok ur happy family :))
Ahahah! patot lah rajin saja men-MMS gue yek! sedang mengalami Monday-blues yeh. But I love your outing day!
Cite pasal Starbucks .. I'm also not so sure lah.. Setakat nie pergi, kami'tapao' blended aja.. Lepas tu caloo. Boleh kire dengan jari ajelah lawatan kami tue.. Hahah! Nk tahu, Google-kan ajos lah. Kan senang.
Right, missy Huda?? Apelah mummy nie :P Ngeee..
@ Iman
Iya, sangat besar!
Alhamdulillah. Anyway tenkiu!
@ Kcik
Huhu dah google tapi tak jumpa pun.
:(
Sebab google pun tak reti, inilah padahnya. Bukan orang IT kan.. SOBSOB
Post a Comment