Angka 40 yang menggembirakan! Bukan kerana usia yang telah mencecah 40tahun (HOHO! Mungkin gembira buat lelaki diluar sana kerana LIFE STARTS AT FORTIES?? tetapi tahun yang duka buat wanita-wanita sebab dah tua. SOB SOB). Tetapi kerana hari ini sudah genap 40hari berpantang. Yabedabeduuu!! Si kecil juga sudah berusia 40 hari. Muda lagi, I know.
Walaupun dah habis 40 hari berpantang, masih ada pantang larang yang perlu diamalkan; especially foods. Kebanyakkannya makanan yang menyejukkan, terutamanya buah-buahan dan sayuran. Ais memang sah-sah kena pangkah keluar dari list dah. 1 tahun kena pantang tu. Mampukah aku bertahan dikala cuaca panas sebegini? Lainlah kalau kat Russia dulu. Memang tak sentuh ais. Salji sajelah yang aku sentuh. Tu pun sebab jatuh kedebab! Muahaha padan muke!
I'll try my best untuk ingat semua list makanan yang perlu dijauhi untuk 60 hari yang akan datang. Moga-moga diri ini berdisplin untuk menurut. -_-
Put that aside. Yang syoknya, kini aku dah boleh bersuka-ria bergembira di luar sana. Yahoodotcomdotemwhy!! Asyik kena peram dalam rumah. Tak kena cahaya matahari langsung. Boleh jadi dracula kott!
Bersama-sama ini, disertakan artikel tentang amalan berpantang selepas bersalin untuk rujukan masa depan (ehem ehem, masih ada lima yang beratur).Juga buat rujukan you guys semua. Semoga ia dapat memberi manfaat. Insyallah.
Amalan-amalan berpantang selepas bersalin
Written for BabyCenter Malaysia
Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.
Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.
Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah tanah, yang bersifat kering; api, bersifat panas; udara, sejuk; dan, air, bersifat basah. Elemen-eleman ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.
Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut, berbengkung, mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.
Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Apabila ditanya empat orang wanita, hanya seorang daripada mereka, Nuri, 46 tahun, yang dapat melakukan semua amalan dengan lengkap dan sempurna. Hajar, 34 tahun, mengamalkan sebahagian besar daripadanya, manakala, Linda, 30 tahun, tidak melakukannya untuk sepanjang tempoh pantang. Suria, 42 tahun, yang melalui pembedahan caesarean tidak mengamalkannya langsung.
Lazimnya, hanya wanita yang mampu menempah bidan, atau pengasuh khusus atau mendapatkan emak sendiri menemani untuk 44 hari, yang dapat mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna. Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu.
Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara
Baca lebih lanjut mengenai amalan bengkung.
Baca lebih lanjut mengenai amalan bengkung.
Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:
• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.
Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:
• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.
Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.

Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.
Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:
• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.
Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut Datin Sharifah Anisah, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.
Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.
Hajar juga amat tekun mengamalkan jamu sepanjang pantang. Katanya, “Apabila saya kembali bekerja setelah cuti bersalin, semua kawan-kawan mengatakan tubuh saya langsing dan muka saya kelihatan berseri-seri." Linda dan Nuri juga melaporkan bahawa ramai rakan sejawat, lelaki dan perempuan, mengatakan yang mereka kelihatan cantik, jelita dan langsing! Semuanya akibat jamu.

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus.
Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.
Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.
Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.
Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.
Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

No comments:
Post a Comment