November 23, 2009

Random

Aku hairan bila orang asyik tanya, "napa u tak nak join sama kelas dengan suami?", "napa u tak mahu satu group praktikal dengan suami?", "napa u tak pergi potong rambut dengan suami?".

Serius aku hairan kenapa perlu tanya soalan-soalan seperti di atas. Bagi aku setiap orang ada hak kebebasan measing-masing. Betul? Kita tinggal di negara yang demokrasi. Kita ada pilihan. Tak gitu?

Bukan itu maksud aku. Aku cuma hairan dengan cara mereka berfikir. Cara mereka tanya seolah-olah begini tahu: Setelah kita bersuami, kita perlu mengikat kaki suami, jangan kasi lari. Jadi, kemana-mana perlu asyik bersama. Kalau suami mahu ke kanan,kita perlu ke kanan. Kalau suami mahu ke kiri, ke kirilah kita. Hatta mahu ke tandas juga bersama.Huh? Kita dan suami patutnya seperti belangkas. Tak boleh dipisahkan. 24 seven bersama. Duh!

Bagi aku, (Ini bagi aku. Mungkin lain orang, lain pendapatnya kan) aku tak suka campurkan hal rumah tangga dengan soal kerja. Dalam konteks sekarang belajar lah. Salah ke kalau tidak satu kumpulan dengan suami walaupun sudah bersuami? Aku rasa tidak jadi masalah. Asalkan suami pun tidak kisah, mengapa perlu kisah. Kami tinggal sebumbung. Balik bilik, boleh aja jumpa. Tak perlu bertempek di bilik, di kelas, di dewan kuliah dan sewaktu dengannya. Betul? Jumpa di bilik lagi seronok. Ada privacy!

Pendapat aku, pasangan yang perlu dan asyik dua puluh empat jam bersama adalah golongan yang bermasalah. Huh? Kamu tidak faham dengan statement tu?? Mari aku huraikan satu persatu.

  1. Mereka tak bosan ke asyik menghadap muka yang sama 24 seven? Bangun tidur pun muka itu, masuk tandas pun muka sama, time masak pun nampak muka itulah, makan pulak apatah lagi. Tak naik muak ke? Aku serius akan naik mual !
  2. Kalau mereka asyik bersama, agaknya topik apa yang mereka selalu cakap? Dah buat kerja yang sama, mereka akan borak atau sembang tentang apa ye? Macam tidak fun bukan! Kalau aku, balik je kelas aku akan cerita ini, cerita itu kat Mr Husband. Dan dia pun sama. Dan yang paling penting, bila kami berada dalam kumpulan yang tidak sama, maka lagi banyak gosip yang boleh di korek. Sharing is caring kan!
  3. Takkan bila dah kawin maka tertutuplah pintu-pintu lain yang bernama kawan? Tak boleh ada girl's day out? Takkan dah tak boleh hang out dengan girls lain? We are still young. Bagi aku sangat tidak adventurous lah kalau asyik berkepit dengan suami. Kan! Dengan kawan perempuan lah kita boleh develop kan ciri-ciri kewanitaan. Contohnya seperti make-up, shopping dan etc etc...(korang sambung lah sendiri)
  4. Pastu, aku dah habis point. Atau malas sebenarnya. AHAH!
Tapi yang terang lagi nyata, itu semua adalah pilihan masing-masing. Lain orang lain cara. Yang penting, selalu lah minta izin dengan suami (Tetiba!) biar suami sentiasa redha dengan apa yang kita buat dan juga agar suami tidak rasa seperti dibelakangi isteri. Isteri tetap perlu taat dengan suami. Tapi taat bukan bererti perlu selalu bertempek, berkepit seperti belangkas. Jadi, bagi aku tidak patut wujud soal seprti soalan di atas.

No comments: