November 24, 2009

" I'm leaving the CSI...."

Not leaving actually. Finishing to be exact...


Poyo! Aku CSI ? Tak sekufu lah. Sepadan pun tidak. Kenapa ? Sebabnya kalau kamu nak tahu, aku ni dah la penakut, pengecut pulak tu. Pastu, tambah lagi criteria yang suka membayang-bayang. Kalau aku asyik terbayang semua mayat kat morgue tu macam mana ? Horror!
Tapi serius aku nih jenis yang suka terbayang.


Masa hari pertama cycle forensic, kami join autopsy (bedah siasat). Itu kali pertama aku join autopsy. Ada yang bertuah dapat join autopsy semasa 3rd year lagi, semasa belajar path anat. Tapi bagi aku, lebih bertuah kalau tak tengok langsung ! Aku tidak gemar. Ngeri lah. Dia potong orang macam potong daging lembu je. Pernah tengok orang potong daging lembu macam mana ? Aku pun tak pernah jugak. Tapikan, cara mereka potong bahagian-bahagian corpse tu seolah-olah bukan orang di hadapan mereka. Sungguh tidak hormat boleh aku katakan. Haish. Orang tempatan di sini memang tidak percaya seperti apa yang kita percaya; badi dan karut marut yang selebihnya. Biarlah. Itu bukan point aku sekarang. Nak diceritakan, pengalaman pertama aku mengambil bahagian dalam autopsy. Dari A sampai Z. Itik gembo gembo, jalan kedek kedek muka tembo, perangai biar molek.... Ohoh macam kumpulan A to Z pulak. Bukan itulah. Maksud aku, aku join dari awal sampai akhir. Walaupun bukan sampai dia jahit, mandikan sikit dan pakai kan baju. Tapi dari awal sampai habis description cikgu untuk buat case report. Paham?

Sambung lagi. Panjang betul mukaddimah.
Autopsy starts with the decsription about the corpse externally meaning name, age, case history (apa yang jadi; eg jumpa tergantung kat rumah, meninggal di hospital etc), the clothes that the corpse wore. Then, proceed to the description about the corpse; the skin and all.

Fuh, bila mula potong memotong nih memang aku sangat kurang gemar. Sapa tengok cerita 'The saw' atau cerita psycho yang lain? Aku tak tengok pon. Tapi kalau kamu susah nak bayangkan, boleh la buat rujukan kat cerita cerita sebegitu. Oh, ataupun CSI. Ada jugak
kadang-kadang babak potong memotong.


Credit to cartoonstock.com


Juru pemotong akan mula dengan kepala dulu. Dia potong kulit kepala, balikkan kulit kepala dan kemudian potong tengkorak dengan gergaji. Bila juru pemotong tu mula buat aksi krok krek krok krek tu, aku dah pandang tempat lain. Kalau boleh dengar pun aku tidak mahu. Lemah lumpuh lutut aku. Rasa nak pitam pun ada. Dah la tak sarapan pagi tu. Mencabar!
Aku sebolehnya pesan kat diri sendiri tak mahu jatuh terjelupuk kat situ. Memang tak sanggup nak pengsan kat situ. Kamu nak tahu kenapa?? HO HO HO. Sebabnya, kat atas lantai tu ada
corpse lagi satu tengah baring. Dengan darahnya atas lantai tu tak payah cakap la. Morgue di sini jauh sekali bezanya seperti morgue dalam cerita CSI tu. Nak tahu macam mana mereka simpan corpses kat sini ? Bukan dalam peti besi sorang-sorang tu tau. Mereka lambak semua corpses dalam peti besar tu dan timbun-timbun je macam timbun baju. Tak caya?? Mari datang sini dan lihat sendiri.

Ok. Mari sambung lagi. Lepas habis potong itu dan potong ini di kepala, juru pemotong seterusnya akan membuka bahagian abdomen pula. Aku sekilas pandang je kat mayat lain yang baru masuk, eh pandang balik dah siap terbuka dah bahagian badan. Tajam betul pisau dia. Pastu krok krek krok krek dia potong bahagian ribs, dengan pisau tu jugak. Whoah! Kagum sekejap dengan skill dia. Boleh jadi Ruski Dexter nih.
Bila dah terbuka seluruh bahagian dalam thoraks dan abdomen, juru pemotong tu pun mula la babak 'pengeluaran organ dalaman'. Mula mula dia ikat dulu bahagian-bahagian dalam usus; bahagikan perut, usus besar dan usus kecil. Lepas tu, dia potong bahagian dalam mulut dan jejeng! Dia keluarkan semua organ dalaman dari lidah, jantung dan paru-paru sehingga ke bahagian usus usus. Whoah! Macam setandan pisang.


Setandan pisang. Agaknya boleh bayang tak pisang itu adalah organ dalaman sebenarnya?

Setiap organ akan dibelek satu-satu. Keadaannya, rupanya; semua perlu dihuraikan. Jantung, paru-paru, limpa, hati akan di timbang dan kemudiannya cut into pieces untuk mengetahui keadaan dalam organ dengan lebih lanjut. Sedikit sampel tisu daripada setiap organ akan dihantar ke makmal histology untuk siasatan mikroskopi. Any fluids will be collected in a bottle for further investigations. The same goes for blood which is collected from the femoral or subclavian vein. Roughly, macam tu lah orang buat autopsy.

So tell me, how could i not imagining things ? Trauma tahu. Semasa tulis case report pun terbayang corpse tuh. Semasa tulis post ni pun aku rasa sedikit seram sejuk. Uh-oh. Memang tak best.


Jadinya, aku baru habis cycle forensic hari ni. Nasib baik cikgu tak tanya extra questions semasa buat small test tadi. Lucky? Maybe. Happy? Definitely. Bye bye Morgue. I don't want to see you again.
But not really happy.
Kenapa ? Sebab aku dah habis cycle yang ringan ringan. Sebab lepas ni aku akan mula cycle internal pula; cycle yang beratnya 50kilo (Haha.Berat macam manusia). Sebab aku dah tak ada waktu untuk menonton drama jepun atau korea. Sebab dah tak ada kelas yang paling dekat dengan asrama; yang boleh jalan kaki tak sampai 10 minit pun dah boleh sampai kelas. Tidak seronok! Aku sudah perlu lebih serius dalam study. State exam pun dah semakin dekat. Haish! Aku masih tidak bersedia untuk menjadi lebih dewasa. Aku nak jadi muda remaja lagi.(Tetiba!)


Pengajaran yang aku dapat semasa belajar forensic:
  1. Orang tempatan kurang hormat mayat. Mereka boleh gelak gelak sambil hisap rokok kat depan mayat. Pastu, mayat dibiarkan je bergelimpangan tanpa pakaian. Tutup dengan kain sikit pun tidak.
  2. Teknologi di Russia jauh ketinggalan. Orang kat US semua dah guna computerized kott. Kat sini? Masih menggunakan mesin yang diciptakan pada tahun 1969 ( 40 tahun lalu). Duhh! Tetapi, mereka tetap berbangga. Kagum? Tidak sekali. Boo dia....boo dia...
  3. Tetapi, prinsipal asas forensic adalah sama saja tak kira di mana. Aku rasa kat Malaysia pun sama saja kaedahnya. Cuma teknologi yang membezakan; samada lebih tepat ataupun lebih cepat.
  4. Seronoknya boleh pergi 10 min sebelum kelas bermula. Tak perlu bangun awal dan bersiap awal dan boleh balik awal pulak tu.
  5. Oh dan tidak juga ketinggalan, moral of the story: When u learn forensic or dealing with forensic, you are open to the DARK side of the world. Mungkin kita rasa hari hari kita sangat tenang, indah dan cerah. Tapi di sebalik hari cerah itu, sebenarnya pembunuhan sentiasa berlaku. Sekarang, aku dah takut nak keluar sorang-sorang dan malam-malam. Dulu aku tak tahu banyak orang jahat kat sini, jadi tak takut la kalau keluar seorang diri dan keluar di kala malam hari. Lepas belajar forensic, baru aku tahu. Macam-macam kes ada.

Sekian, habis cerita. Bye bye forensic, Hye internal !


1 comment:

Hawa CMS said...

here in indonesia, we are using brg2 lama jugak n sometimes the doctors(the terer one la of kos) dont really need anything to diagnose the patients. macho bukan? macho bile kite tak perlu bebankan patients dgn bayaran ct, mri, labs dan yada yada(sile tambah snirik senarai pemeriksaan2 yg anda ketahui), cume dgn thorough anamnesis and physical examination. paling tak pun, diorng pakai alat2 zaman tok kadok yg xperlu bayar juta2 rupiah, so dpt la selamat kan nyawa si patients. coz here, kadang patients mati sbb takmo dtg jumpe doctors sbb takde duit sbb nak diagnose je baya juta2 rupiah apetah lagi beli ubat, lagi la puluh2 juta. so kat sini org kaya je leh sakit n org miskin sile jgn sakit. haha~

sometimes, ade certain things yg mmg kene gune cara lama... entah lah, tu pendapat my lecturers. me? i'm just happy to learn no matter what and how but not that excited either to spend times in the morgue doing an autopsy myself!

btw! enjoy the tiring internal ya! hahaha~