October 02, 2009

Dugaan... Cobaan

Pada detik ini, saat ini...

Ada orang yang sedang bertarung untuk menyelamatkan diri

Banjir di Filipina
Tsunami di Samoa, American Samoa dan Tonga
Gempa Sumatera

Ada orang yang baru kehilangan orang yang tersayang
Ada orang kehilangan harta benda, tempat tinggal dan tak cukup makanan
Ada orang sedang kebuluran

Masih ramai lagi orang yang jauh lebih teruk keadaan mereka (disebabkan bencana alam)
dan jauh kurang bernasib baik

Takkan sebab belum ambil paper internal pun aku nak berputus asa
Takkan sebab tu nak rasa bumi macam dah tak keliling matahari
Takkan sebab aku seorang lagi yang masih tak habis exam, aku nak bermasam muka dan tidak lagi ceria

Kan?

Tak patut!

Oleh itu,

teruskan BERSABAR

dan

TABAH

Dalam menghadapi segala dugaan dan ujian daripada-Nya

++++++++++++++++++++++++++++++++

Tersebut alkisah...

Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“ Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan ? ”

Tuan Guru menjawab sederhana,

“ Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

+++++++++++++++++++

Mari bersemangat kawan kawan!
Walau pelbagai masalah atau kesulitan yang anda hadapi, teruskan SENYUM.
Jangan bermasam muka.
Sentiasa CERIA!


Semangat NE-G!

U CAN do it!!

1 comment:

Hawa CMS said...

be strong dear
hidup mmg penuh dugaan
tu lah yg mematangkan kite
miss u
muah2~