March 14, 2009

Post-Exam SYNDROME~

Pernahkah anda mengalami 'Post-Exam syndrome'??









Aku sering mengalami sejenis sindrom yang dinamakan sindrom-selepas-peperiksaan.

Sindrom in tediri daripada beberapa petanda iaitu penyakit yang sangatlah berbahaya iaitu perasaan malas. Malas di sini merangkumi semua bidang samada belajar, memasak, mandi, keluar, bersosial bersama teman, bercakap, light reading kecuali menonton. Sindrom ini biasanya mula menjelma apabila mangsa baru menduduki peperiksaan.
Oohh..saya sangatlah tidak suka dikala dijangkiti sindrom ini...!!

Tanda-tanda:
  1. Belajar.Perasaan malas yang sangat membuak-buak dihadapan buku. Walaupun buku sudah terbuka di depan mata, namun otak masih meligat ke tempat lain. Masa ni lah macam-macam idea timbul. Nak buat nilah, nak buat tu lah. Lantas buku ditutup dan bermaharajalela lah sindrom ini.
  2. Masak.Sangatlah malas nak masak. Tetapi disebabkan perut yang merengek-rengek minta di isis, terpaksalah masak. Tu pon cincai-cincai je.
  3. Mandi. Ohh..ini no komen..kesian orang tu dapat bini yang terlebih rajin ni..hehs..
  4. Bersosial.Biasanya aku jadi malas nak bersosial tatkala diserang gejala ini. Kalau jumpa orang tak tahu nak cakap apa.
  5. Sangat tidak ada mood utk berkomunikasi dengan spesies yang bernama manusia
  6. Perasaan berat hati
Sindrom ini mengambil masa antara 2-4minggu(bergantung kepada terma dan syarat)

Rawatan
Setakat ini, masih tidak ada antidote yang boleh memulihkan mangsa. Hanya sesetengah aktiviti yang dapat meringankan bebanan yang terasa berat di hati. Aktiviti tersebut adalah
  • menonton khususnya movie korea yang lawak, drama bersiri atau TV shows
  • keluar menghirup udara segar
Sesiapa yang ada ubat mujarab untuk penyakit ini, sila kongsi bersama....


No comments: