November 13, 2009

Haji dan Baby



My in laws are leaving for Hajj tomorrow morning. I'm kinda sad or worried actually. Afraid if something might happen to them. Nauzubillah. Semoga mereka sentiasa di bawah perlindungan-Nya. Amin.



Tadi, kami baru sahaja telefon mereka menggunakan MIG-ration card. No nooo. Tipu la tu kalau boleh guna migration card. Kami menggunakan MIG (Read: EM AI GI). Macam italk la kot. Tapi ini boleh di sambungkan melalui internet. Lepas tu internet akan sambungkan talian dari Russia ke Malaysia (contohnya). Boleh juga menghubungkan negara-negara yang lain. Talian akan dihubungkan menggunakan telefon bimbit dan seangkatan dengannya (maksudnya kalau ada land line boleh guna juga. Asalkan ada nombor). Paham tak? Kalau tak paham jugak sila hubungi Mr google untuk maklumat lebih lanjut.


Mula-mula Encik Husband borak dengan ibu dan ayahnya. Pastu, tiba lah giliran saya untuk beramah mesra bersama mertua. Jeng jeng jeng. Ibu mertuaku menganjurkan soalan cepu emas. Siapa tahu apa dia? Soalan emas. Cepat teka. Cepat. Emas! Emas! Dapat free ni.


HAHAHAHAHAHAHAHA (Memang cepu emas soalan ini!)


" Najwa nak mama doakan dapat baby tak? ". Aku tergamam. Tak tahu nak response apa. Tapi kena la response jugak. Kesian ibu mertuaku menunggu dihujung talian.

" HAHAHA (boleh gelak dulu budak ni. Nasib baik jauh. Kalau tidak, mahunya kena sekeh dulu!). Nanti nanti la kot ma. Kami nak honeymoon dulu." (Eceh, honeymoon you!). Jawapan tak boleh belah kan!

Kesian mama. Mesti dia dah tak sabar nak menimang cucu. Setiap kali telefon, mesti dia tanya Mr husband dah ada tanda ke belum. Aiseh.

Soalan cepu emas betul ! OOhhh la la....
  1. Frankly speaking, I am not ready. We are both not ready.
  2. Walaupun sudah setahun lebih aku berstatus 'isteri', aku masih lagi sedang menyesuaikan diri untuk menjadi isteri, walau mungkin bukanlah yang TERbaik tapi aku masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik untuk suami. Cuba bayangkan, anda hidup selama 21 tahun (ini untuk my case, others maybe lain lain; mungkin kurang, mungkin lebih). Dan selama itu, anda hanya perlu kisah tentang anda sahaja. Apa anda mahu buat, buatlah. Nak pakai apa, nak makan apa, nak make up ke, nak keluar bersama girlfriends ke. Up to you. Anda boleh lakukan apa sahaja yang anda suka. Tapi bila anda bersuami, anda kena beratkan suami. Semua kena letakkan suami dahulu. Makan minum, pakaian. Semua lah. Nak sesuaikan diri memerlukan masa. Bukan satu dua hari pastu dah boleh jalan. Mungkin bagi mereka yang boleh express seperti PosLaju tu boleh la kot. Dijamin sesuai esok. Bagi aku, aku perlu menjadi isteri yang baik untuk suami dahulu sebelum aku dapat menjadi ibu yang baik pula.
  3. Aku masih lagi seorang pelajar. Aku ada 5 paper penting semester depan. I mean, really important! State exam beb! Mungkin ada yang akan jawab so what? Ada je yang masih belajar tapi boleh je pregnant. Exam adalah stress. Please bear in mind my dears, stress can increase your blood pressure which in turn could affect your baby! Boleh jadi sampai mental retards ok sebab tak cukup oksigen. Kesian my baby! No nooo.
  4. Lepas grad, kena buat HO pulak. Kalau tidak macam mana nak dapat lesen jadi pengamal perubatan. House Officer=NIGHTMARE! Dan sekarang, Ho kena buat selama 2 tahun @ 24 bulan @ 100++ minggu. Jadi, makin bertambah NIGHTMARE! Nightmare. Nightmare. Semasa HO, semestinya aku akan jadi zombie. Tapi up sket la sebab zombie doktor. Tak kelakar. Nak ditekan dan dipicit di sini, aku akan sangat sibuk semasa HO. Kena on call la, kena itu, kena ini. Aku perlu berlatih menjadi doktor yang competent. Kalau tak siapa nak kasi lesen weh. Tidur tak sempat, makan tak sempat, eyak pun tak sempat. Jumpa pesakit je yang terlebih sempat. Kesian anak aku. Aku tak mahu anak aku kekurangan kasih sayang, perhatian dan lebih penting zat galian. Mana sempat nak masak. Nightmare? Memang menjadi HO adalah sangat nightmare.
  5. Lepas aku belajar obstetrik dan gynekologi, aku um um takutlah nak mengandung. Takut. Takut. Sebabnya kan, macam macam proses yang rumit terjadi semasa seorang perempuan mengandung. Macam-macam penyakit boleh jadi, komplikasi lagi. Macam-macam lah. Kalau nak cerita apa yang jadi, memang tak cukup entri ni. Mengandung sangat rumit. Terlalu rumit. Bukan sesenang kupas kacang, kunyah dan telan. Mengandung pun dah rumit, melahirkan bayi juga satu proses yang agak rumit. Pastu, nak membesar seorang manusia lagi lah rumit. Aku memang kagum dengan mereka yang masih muda tetapi sudah BER-anak. Tabik SPRING weh. Tapi aku....hurm..
Kesimpulannya, I'm not a girl, not yet a mummy. Buat masa ni, jangan tanya aku tentang good news.

P/s:Tapi kalau ada rezeki, takkan nak tolak pulak kan. Tidak bersyukur namanya.


4 comments:

Zhafharina Sabri said...

hehehe..biasela tu neg..mak mntua nak cucu sgt dah tu..

Hawa CMS said...

ne-g cyg!
nak baby!!
hehehhe~

n.e.G.y said...

@ zHaf

Huhu tue la. Cian die.. I tak mampu lagi. Kih kih kih..

@ Awa

Sure Awa cyg. U tunggu kejap je lagi. 3 thn je nnt i kasi u ok! Hehehe

Hawa CMS said...

halamak lg 3thn ke?
by that time i might be having my own gak lah kot
hahahah~
chiayok ne-g chiayok!!!