Pagi tadi bangun, badan terasa amat penat. Sakit badan pun ada. Ye lah, daripada minggu lepas asyik ke sana ke mari. Dari Barat ke Timur dan ke Barat balik. Penat i cakap u !
Jumaat - Ahad : Round KL, KB dan KT termasuklah Pahang jugak.
Isnin seharian teman mama uruskan segala urusan.Kemudian, dinner sekejap di Selayang sambil sambil nak ambil barang.
Selasa : Uruskan urusan di Putrajaya. Jadi suri rumah sementara sekejap. Bukak puasa bersama bonda. Pastu balik pula bermalam di rumah mertua. Hawa ajak jumpa pun i tak sempat nak pergi. Sob Sob. Sedih. susah betul jodoh i dengan Hawa. Asyik tak sempat nak ketemu.
Iklan :


Tibalah hari ini. Hari rabu.
Memang plan nak servis kereta dan pos barang. Selepas itu,hajatnya mahu membeli-belah-tingkap (Read: window shopping) di Midvalley sementara tawaran diskaun masih wujud. Maklum lah, saya seorang warganegara malaysia yang amat cintakan tanah air sendiri. Sebab itu saya sangat dan teramat menyokong kalau bab membeli belah ni. Nak support ekonomi malaysia bebeh.
Situasi 1 : Bangun pukul 8. Janji dengan orang servis kereta pukul 9. Dah tu, tempat servis bukannya sebelah rumah, tapi kat area berdekatan dengan zoo negara. Pukul 8-9 dah la waktu orang nak masuk pejabat. Aiseh. Memang tak sempat nak kejar.
Situasi 2 : Hubby i kena amik parcel di pos laju di Kawasan Perindustrian Dolomite. Business hours adalah daripada jam 8.30 pg till 8 malam. So, hasben i ajak pergi pos barang di tempat ambil parcel. Ingatkan dah tahu kat mana tempat tu. Oke lah i ikut plan dia.
Situasi 3 : Cash memang tak cukup kalau nak pergi pos barang dan servis kereta. Alamatnya, kena la pergi kebank dahulu. Biasanya kat mesra mesti ada maybank. So, off we go to Petronas cawangan apa ntah. Tak pernah nak ambil tahu nama petronas tuh. I intai kat pintu je. Malas nak masuk. Tengok- tengok tak ada maybank. hanya CIMB. @#$$%*^)()&^&. Mana pulak nak ambil cash ni.
Situasi 4 : Jam sudah menunjukkan jam 8.40pg. Kawasan perindustrian Dolomite tak nampak batang hidung. Memang tak tahu nak cari kat mana. Okeh. Tak apalah. Kita proceed ke tempat servis kereta dahulu. Aduh. Terlekat pulak dalam jem kat Jalan Batu Caves. Kesilapan. Kesilapan. &^#%%#@$()*&^^&
Situasi 5 : Sampai kat pinggiran Batu Caves menuju ke Ampang, jalan dah smooth. Alhamdulillah. Tiba-tiba... Alamak YANG!! I lupa nak bawak minyak untuk servis kereta. Pulak. #@!$%^&*(). Terpaksalah pusing balik rumah semula.
Situasi 6 : Then, off we go ke tempat servis kereta. Alahai. Jem la pulak jalan. baru berapa minit kami pusing kereta. Dah jem dah jalan yang menuju ke zoo negara tuh. Jam dah menunjukkan jam 9.40 pg. ^%$#@!*()&. Memang dah lambat. Hopefully tak ramai orang kat tempat servis.
Situasi 7 : Sampai di tempat servis perodua. Mak aih. Banyak betul kereta. Hampeh betul. Ada 4 kereta lagi sebelum kami. Dah la belum breakfast nih. Perut dah buat muzik sendiri. &^$^^%$#&#@*%$#%$#@$^*
Situasi 8 : Tengah tengah tunggu giliran untuk diserviskan kereta, kami tunggu la kat tempat menunggu.I baca buku wanita. Eceh. I sedang belajar nak jadi wanita la u! Hehehe. Gelak mengada sikit. Hasben baca surat khabar. Tapi perut tengah lapar. Mana entah nak cari kedai kat area sini. Dah la tak ada kereta. Terpaksalah menggunakan kudrat 2 pasang kaki untuk mencari kedai makan. Haish. Tengah panas panas ni, habis cair bedak dan lotion yang i pakai pagi tadi. Tapi demi suami, i sanggup. Eceh. Tangkap leleh. Padahal sebab perut i pun memang lapar jugak. Haha.
Jalan punya jalan. Tak jumpa pun kedainya. Kedai jual tilam ada la. %$##$*&%$#@!!!#.
Situasi 9 : Patah balik ke tempat servis kereta. Tanya akak di kaunter. Rupa rupanya ada McD je kat stesen minyak Shell. Jarak Mc D dari tempat servis : unknown. Akak tu cakap dekat. Tapi lain dekatnya kalau naik kereta dengan guna 2 pasang kaki. $#@@$%^*&%$#@
Situasi 10 : Dah kenyang makan di Mc D, redah balik kepanasan terik cahaya matahari ke tempat servis kereta. Jam menunjukkan angka 11.30 pg. Kereta kami sedang di servis. Ok fine. Dah tak lama kot. Baca majalah wanita kejap. Mengantuk la tunggu atas sofa empuk ni. Aiseh. Mata makin berat. Sedar sedar i dah terlelap kat bahu hasben. Eceh. Saja nak cerita bab ngada ngada camni. Jangan jeles ye rakan taulan.Kalau jeles, cepat cepat dan cepat ajak i makan nasi minyak. I tengah mengidam nih. Mak aih dah pukul 12.30. Lama lagi ke? $#@*(&%$#@ Bosan betul menunggu macam ni. Lain la kalau kasi i shopping, memang i akan sentiasa energetic !
Pukul 1 lebih, kereta siap di servis dan di cuci. Alhamdulillah. Selesai satu kerja. Mama TJ (Read: Mak mertua) ajak lunch sama sama di Ruz Aladdin. Tempat tu opposite dengan Hospital Ampang Puteri. Along dan angah ada sama. Along nak belanja rupanya. Maklumlah OKB. Baru dapat bonus u. I order nasi beriani ayam goreng biasa dan air mango. Sedap! Sesedap Restoran Insaf.
Habis separuh hari Rabu.
Sekarang, i mahu berehat di rumah. Penat dan mengantuk setelah di sumbat dengan beriani dan jus mangga.
3 comments:
Huhhu bz sungguh org berumah tangga.
Btw, maybank card ade visa/meps kan? Taleyh eyh cucuk kat CIMB?
You take care.
@ Fzah Ruslan
Hahaha...ada meps tapi kena tolak sikit..
haha i peminat setia maybank. hanya nak cucuk di maybank.
TenQ. U take care too
P/s: can i come and visit u kat france?
Keddekot! Tolak sennget je kot... ;p
so sorry, dint notis ur rply earlier. Do come, i'll b happy to show u around. If i dont have classes, that is..
Post a Comment